Sepang Drag Battle 2009

Semalam aku, Dol, Man dan Shark pergi ke Sepang untuk melihat pertandingan drag di Sepang International Circuit (SIC). Banyak kereta yang telah diubahsuai untuk dijadikan jentera perlumbaan. Di antaranya ialah Honda dari pelbagai model Civic, Proton dari pelbagai model seperti Saga BLM, Gen2, Waja, Putra, Wira, Saga, Satria, Perdana dan Saga. Juga terdapat beberapa model old school seperti Toyota. Model high-end seperti Mitsubishi EVO dan Mazda RX-7 juga ada pada pertandingan kali ini.

Orang ramai mula membajiri Grand Stand sekitar jam 9.15pm, kami datang awal kononya takut takder parking. Banyak pula parking kosong, mungkin kerana kami datang awal. Menurut kata Dol dan Rahman, tak banyak kereta yang turun bertanding kali ini, tidak seperti lepas. Sebab pertandingan yang lepas aku tak follow. Kali nie jer aku follow untuk memeriahkan majlis, dan sebab utama nak belajar tangkap gambar panning.

Sekitar jam 9.30pm baru la kereta-kereta nie mula buat warm-up. Entah bila pertandingan bermula, tahu-tahu jer dah masuk semi-final. Aku bukan nak tahu result pertandingan, yang penting dapat tangkap gambar panning. Tapi memang susah, dengan cahaya yang kurang, lawan sport light depan pit stop, aperture lens yang kecil memang thrill dan mencabar minda.

Aku cuba gunakan apa yang ada untuk menangkap gambar yang terbaik. Memang kalau ikutkan kena pakai lens aperture 2.8 atau lebih besar seperti 1.8 dan 1.2, tapi harganya jer yang saya tak boleh tahan. Mahal la pulak. Sekurang-kurangnya aku tahu sejauh mana keupayaan lens aku. Asalkan boleh zoom dan wide itu sudah bagus.

Setelah beberapa race berlalu Dol pulak tertido-tido siap terhangguk-hangguk. Sian, ngantuk la tue. Jam baru masuk 10pm, apa la Dol nie. Khairill dan Sulian yang datang kemudian juga balik awal mungkin sebab dah mula ngantuk. Cuma aku dan Rahman jer yang masih bertahan sehingga ke akhirnya. Tapi last round kategori kelas Campro kami tak tengok, sebab bosan. Tengok kereta macam tak laju jer, mungkin sebab enjin CamPro kot.

Malam tue aku drive hantar Shark ke Kg Baru. Sebab masa datang dia naik LRT. Time dah masuk 2am. Aku singgah ke restoran Nasi Lemak Antarabangsa untuk menjamu selera. Lapar dan dahaga kami lepaskan di sini. Selepas menghantar Shark aku hantar Dol dan Rahman ke PPUKM dimana tempat kami mula regroup sebelum ke SIC.

Hampir jam 4.15am baru aku sampai rumah, tapi tak pulak aku tidur lepas tue. Siap tengok tv channel AXN rancangan yang paling aku suka iaitu CSI. Lebih kurang jam 6am baru aku masuk tidur. Pagi tue juga am 9am aku kena ada kat PPUKM sebab nak tangkap gambar orang kahwin. Sempat ker, cukup ker rehat.. Hhmmm..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: