Balik Penang

Pada hari khamis yang lepas, aku pergi bercuti balik kampung isteri di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Ambil cuti 2 hari sahaja, Khamis dan Jumaat. Nak dijadikan cerita, plan asal nak balik kampung dengan satu kereta terpaksa dibuat dengan dua kereta. Entah macam mana pulak, Nono dan Ihsan (dua-dua adik ipar) nak ikut balik sekali last minit.

Adoi, terpaksa la tunggu hingga jam 7.30pm kerana Ihsan belum balik dari kerja. Tunggu punya tunggu, jam dah pun 7.30pm, Ihsan belum jugak balik. Kalau ikutkan hati, tak payah ler aku ambik cuti pada hari Khamis. Lebih baik aku kerja, cuti pun save, kerja pun jalan. Lebih kurang jam 8.30pm baru la Ihsan nie balik. Lebih kurang jam 9pm lebih sket, baru la kami bertolak menuju ke Nibong Tebal.

Perjalanan ke Penang memakan masa lebih kurang 4 jam 30 minit. Berhenti sekali di stesen minyak petronas untuk membeli air dan berhenti sekali di stesen minyak Esso untuk mengisi minyak. Sampai saja di kampung, my father in law dah keluar rumah menjemput kami. Macam tau jer kami balik time nie. Rupanya mertua saya terdengar bunyi anjing menyalak dengan penuh kesayuan, sebab tue la dia keluar menjenguk.

Keesokan harinya hari Jumaat, nenek (belah isteri) yang dipanggil Tok Tok membuat kenduri arwah sempena mengingati arwah Tok Wan yang telah meninggal. Saya dan Uncle Ali bersama-sama membantu mengemas ruang tamu untuk persiapan kenduri. Pada sebelah petangnya, kenduri berlangsung dan ramai jiran tetangga Tok Tok datang.

Tetamu ramai datang dan pergi. Majlis dibuat secara sederhana tetapi agak meriah. Tak macam kenduri arwah pulak. Di malam harinya kami beramai-ramai pergi makan Kue Teow di Bukit Panchor. Kami pergi dengan seramai 4 keluarga, my family mertua, family Pakcik Man, family Mak Su dan family Mak Teh.

Keesokannya kami pergi ke majlis perkahwinan salah seorang kawan bini saya semasa kecil. Apatah nama dia, tak ingat. Oowwhh!! Firman nama dia. Besar orangnya, pasangannya pengantin perempuan dari Pahang. Ramai tetamu yang datang, kawasan kejiranan yang begitu rapat boleh dilihat kerana hampir semua orang mengenali sesama mereka. Berbanding dengan majlis kahwin yang biasa saya kunjung di sekitar KL dan Selangor rata-ratanya buat hal masing-masing.

Seronok juga buat majlis kenduri di kampung nie rupanya. Cuma aku tak merasainya, mungkin akan datang kalau la ada rezeki boleh bina masjid yang kedua. Hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: