Activity

Adik Ipar Joey’s Wedding

Pada hari ahad yang lepas, saya bersama-sama dua rakan sepejabat, Jimmy dan Wan Rap membuat sesi fotografi di rumah pengantin perempuan pada Majlis Perkahwinan adik ipar Joey, juga rakan sepejabat saya. Projek ini sebenarnya memerlukan masa dan tenaga (stamina) kerana sesi forografi ini memang berterusan dari waktu akad nikah pagi sehingga la malam.

Sesi fotografi nie adalah projek Jimmy dan aku cuma datang untuk membantu sahaja. Tapi apabila malam, kamera aku diperlukan untuk menangkap gambar malam, kerana kamera rakan saya yang lain kurang berkemampuan untuk tangkap gambar dalam keadaan yang gelap.

Pengantin perempuan berumur 19 tahun, Hhmmm.. mudanya. Manakala pengantin lelaki (adik ipar Joey) pula 22 tahun. Muda juga kedua-dua pasangan pengantin nie. Majlis dibuat secara sederhana, tetamu datang dan balik silih berganti. Aku pula penat mengambil gambar sekeliling.

Malangnya, bateri pula hendak habis apabila masa tersangat la crucial. Nasib baik la, ada kamera yang lain boleh la backup sementara bateri kamera aku sedang dicas. Tetapi walaupun kamera penuh dicas, storan CF card pula semakin kurang. Memang itu la satu-satunya CF card aku yang ada.

Nasib baik la, ada kamera lain yang boleh digunakan. Moral yang aku pelajari di sini. Sediakan payung sebelum hujan. Nampak gayanya, memang kena ada bateri pendua, CF card pendua dan 4 bateri AA untuk kegunaan Flashgun. Azam akan datang, hendaklah sediakan kesemua itu sebelum melakukan sesi fotografi.

Apa pun majlis di tempat pengantin lelaki akan berlangsung hujung bulan nie. Aku kena la bersedia untuk sesi seterusnya. Banyak juga yang dipelajari di sini. Aku cuba buat yang terbaik untuk majlis yang menjadi ingatan setiap pasangan pengantin.

Leave a comment