Petang di Putrajaya

Pada suatu petang ahad yang dingin, aku merayau-rayau di sekitar taman perumahan Equine. Bosan duduk rumah aku berjalan-jalan dengan motor honda ku sambil makan angin. Entah macam mana, aku dah terkeluar dari kawasan perumahan dan terus masuk highway Putrajaya.

Dalam perjalanan ke Putrajaya, ada beberapa penghadang jalan yang telah hilang besi penyangkutnya. Nie mesti kes curi besi, memang takder sebab lain la. Harga besi tengah mahal, semua besi hilang. Kalau nak dijadikan cerita, andaikata ada kereta atau lori terbabas kat penghadang jalan, sure tercabut besi tue, pastu kereta tue mesti terhumban kat highway bawah.

Tapi yang hairan, takder pulak pihak berkuasa tempatan yang nak membaiki semula penghadang jalan yang telah rosak tue. Ntah nak report kat siapa, Majlis Perbadanan Putrajaya atau pihak yang mengurus highway, sebab benda tue kat tengah-tengah.

Aku berjalan lagi sambil menghirup udara segar di sekitar laluan Taman Wetland. Sambil berjalan aku melihat kawasan-kawasan yang menarik untuk dijadikan lokasi penggambaran. Cewah, macam director buat filem la pulak. Padahal tangkap gambar jer.

Sampai ler aku kat area kawasan pentadbiran Putrajaya, dimana bagunan kementerian banyak di situ. Aku terlihat ada air pancut yang agak menarik untuk aku jadikan bahan ujikaji aku. Tetiba nampak pulak ada pasangan yang baru kahwin buat sesi penggambaran kat sebelah air pancut. Aku tengok cam best lak diorang tangkap gambar.

Lepas tue aku jalan lagi, ternampak lagi satu lagi pasangan tengah buat sesi penggambaran jugak. Tapi kat bangunan lain ler. Bila aku perhati betu-betul, ramai pulak orang datang ke Putrajaya nie. Aku jalan sampai ler ke satu roundabout kat Putrajaya yang ada mini garden kat tengah-tengahnya. Ternampak ler pulak ada lagi pasangan tengah buat sesi fotografi. Ramai pulak orang kahwin hari nie, cuti sekolah jer ramai orang kahwin.

Aku guna jalan lurus jer, takder belok-belok. Sampai satu tempat aku nampak signboard Taman Selatan. Tak pernah dengar pulak ada nama Taman Selatan. Aku pun ada perasaan ingin tahu, aku pergi la ke Taman Selatan tue. Jauh juga laluan ke taman tue. Lalu dua roundabout, pastu sampai ler aku kat Taman Selatan nie.

Rupa-rupanya Taman Selatan nie kawasan perkuburan, aiseh naik seram la pulak. Hujan pulak dah start turun rintik-rintik. Mula-mula jumpa perkuburan Islam, jalan ke depan lagi, jumpa pulak perkuburan Buddha pastu perkuburan Singh. Lepas tue aku dah tak pandang kiri kanan, jalan jer ke depan sampai ler jumpa simpang keluar nak ke Dengkil. Aku pulak keluar simpang ikut jalan ke Kuala Lumpur – Puchong.

Lepas tue terus jalan balik ke rumah, sebab dah nak hujan. Nasib baik tak demam. Ingat taman apa la belah Selatan nie, patut la takder orang datang melawat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: