It’s All About Money

“Duit duit, di mana kau duit” itu la salah satu lirik lagu yang pernah berkumandang di corong radio suatu ketika dahulu. Ketika aku masih kecil, aku masih ingat di mana aku pernah mendapat RM1 daripada abah untuk dibahagi sama rata dengan adik-beradik yang lain. Aku dengan yakinnya mengoyakkan duit kertas RM1 kepada 4 bahagian dan setiap cebisan Rm1 ku beri pada adik-beradik yang lain. Memang kelakar bila diingat kembali kisah silam.

Semasa aku bersekolah rendah sekitar tahun 1990, wang belanja aku ketika itu ialah RM0.50 sahaja. Dengan duit belanja itu aku boleh membeli nasi lemak yang berharga RM0.20 atau mi goreng RM0.20. Ada juga nasik lemak dan mi goreng yang berharga RM0.50 tetapi di dalam bungkusan yang besar dan banyak kuantitinya. Kebiasaanya, aku hanya akan makan mi goreng RM0.20 dan selebihnya untuk disimpan. Boleh kata sepanjang persekolahanku di sekolah rendah aku belajar dalam keadaan lapar.

Kadang-kadang aku tidak makan langsung kerana mahu menabung. Berlainan pula dengan adik-beradik ku yang lain, mereka akan menghabiskan wang belanja sekolah. Aku sentiasa menjadi juara menabung di kalangan adik-beradik yang lain. Semakin usiaku meningkat, entah mengapa aku rasa barang makanan yang selalu dijual di kantin sekolah terasa agak mahal. Kalau dahulu nasi lemak boleh diperolehi dengan RM0.20 tetapi ia sudah meningkat kepada Rm0.50 tetapi dengan kuantiti yang sama.

Duit belanja yang ada seperti tidak cukup, bermulalah era membawa bekalan makanan ke sekolah. Ketika membawa bekalan ke sekolah, aku sering dibekalkan nasi dan ayam goreng dan kadang-kadang ikan goreng. Kadang-kadang aku terasa iri hati dengan rakan sekolahku yang lain. Mereka mempunyai duit belanja yang lebih dari cukup. Ada yang dibekalkan belanja RM1 ada juga RM2. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa abahku tidak memberi belanja yang secukupnya seperti orang lain. Ketika itu fikiranku masih mentah, pada ketika ini aku sedang mengarang blog, aku sedar abahku tidak mampu memberi belanja sekolah kepada 4 orang adik-beradik kerana gajinya yang kecil.

Tumbesaranku tidak segagah rakan-rakanku yang lain. Mereka ada yang gemuk, ada yang agak dewasa berbanding usia sebenar. Mungkin kerana sikapku yang rajin menabung ketika sekolah. Mungkin aku kekurangan nutrisi apa yang diperlukan oleh kanak-kanak pada ketika itu. Aku tidak menyalahkan kedua ibubapaku, kerana aku faham kedudukan kewangan ibubapaku.

Ketika aku menganjak ke sekolah menengah, duit belanjaku kini bertambah kepada RM1. Namun barang makanan di kantin pada ketika itu tidak seperti di zaman sekolah rendah. Barang makanan ketika itu agak mahal. Nasi goreng RM1, Mi goreng RM1, Mee Segera RM1 dan hanya kuih-muih yang tidak mengenyangkan dijual dengan harga RM0.30 setiap satu. Aku sentiasa ikat perut dan boleh kata, sepanjang persekolahanku di sekolah menengah aku sentiasa lapar. Kebiasaanya aku akan makan kenyang-kenyang sebelum ke sekolah. Makanan yang dijual juga tidaklah sesedap mana, tetapi lebih kepada mahal.

Minatku terhadap elektrik dan elektronik menyebabkan aku memilih ke Sekolah Menengah Teknik untuk mengambil aliran Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Ketika aku di sekolah ini, duit belanjaku ialah RM2. Bunyinya agak besar jika dibanding ketika sekolah rendah dahulu. Tetapi aku akan menghabiskan duit belanja untuk makan dengan sekenyang-kenyangnya. Ini kerana, aliran kejuruteraan mempunyai masa belajar yang agak panjang. Masuk sekolah jam 7am dan tamat jam 1pm. Kebiasaanya akan ada kelas tambahan di waktu petang, dari jam 2pm hingga 5pm. Ini kerana masa belajar yang ada pada masa persekolahan biasa sememangnya tidak cukup.

Pada ketika itu aku memang tidak boleh untuk berlapar, sekiranya aku menahan lapar agak lama. Aku akan sakit kepala. Macam migrain pun ada. Ditambah pula kerja yang ada memang memerlukan tenaga fizikal yang secukupnya. Tapi memang makanan diperlukan untuk terus hidup.

Ketika aku menunggu result untuk ke pengajian yang lebih tinggi, aku bekerja di Food Court yang terletak di Ujana Kewangan, Labuan. Makan dan minum aku lebih terjamin ketika bekerja di sana. Al-maklumlah, kerja di tempat makanan. Memang makanan di tanggung beres. Aku pula memang pelahap, ambil makanan yang sedap sahaja.

Apabila aku dapat tawaran untuk sambung belajar di utara tanah air, aku tidak mempunyai masalah dengan makanan, mahupun wang ringgit. Ketika itu, harga makanan tersangat la murah. Kira makanan agak mewah la masa tue, dengan nasi penuh pinggan, ayam goreng jer dah besar macam kat kedai mamak, sayur macam biasa dan sedikit kuah gulai, harganya cuma RM3.50 sahaja. Pada waktu itu aku sudah pandai sarapan pagi yang mana aku telah lama tinggalkan sejak sekian lama. Sarapan sudah menjadi kemestian dalam hidup aku. Kalau tak lapar ler.

Setelah aku tamat pengajian, aku bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang Juruteknik Komputer. Kehidupan pada waktu itu, agak berlainan sekali. Hidup bersendirian dan kena berdikari. Terasa ada kejutan budaya dan kejutan yang pelbagai, kejutan wang ringgit dan sebagainya. Di mana aku hanya membelanjakan RM6 sehari ketika belajar, tetapi ketika bekerja aku membelanjakan RM6 untuk sekali makan. Memang jauh berbeza, mahal sungguh dan tinggi sungguh taraf hidup di Kuala Lumpur nie. Entah apa la yang mahal sangat, tapi tidak juga begitu sedap.

Tapi nasib baik la aku bujang waktu tue, duit gaji memang banyak habis kat makan jer la. Mak dan abah aku pun bising sebab tak pandai menyimpan duit seperti aku di zaman sekolah dulu. Tapi perut lebih suka nak makan daripada nak puasa. Sampai la satu masa aku banyak habiskan duit untuk makan kat kedai makanan segera seperti McD, KFC dan itu jer la yang biasa aku pergi pun.

Apabila aku kahwin, hidupku lebih banyak berjimat tetapi perut sentiasa dijaga. Aku lebih banyak makan makanan yang menjimatkan. Seperti roti, pau dan kadang-kadang mi goreng. Ditambah pula bini aku yang agak sibuk dan jarang masak di rumah, menambahkan lagi aku makan apa saja yang ada. Kadang-kadang, duit yang ada tak pernah cukup.

Tapi bila difikir semula dari awal sehingga akhir topik aku lebih banyak kepada hidupku tentang makanan. Tetapi dengan duit la baru boleh dapatkan makanan. Apabila sampai ke satu tahap, aku rasa seperti berapa banyak pun duit yang kita ada, ianya takkan cukup sekiranya mempunyai selera yang besar. Ditambah pula dengan ekonomi dunia yang semakin lama semakin merudum.

Keadaan politik pula agak parah penuh dengan penindasan dari berbagai-bagai penjuru. Adakah gajiku cukup untuk keperluan keluargaku untuk akan datang? Aku sendiri masih belum ada perancangan yang rapi. Isteriku yang belum juga habis dari belajar masih belum ada pendapatan tetap agak merunsingkan aku. Apa pun hidup ini perlu diteruskan.

1 Comment (+add yours?)

  1. kak dira
    May 28, 2009 @ 23:56:38

    Ish ish ish.. adik akak ni… patut ler akak tgk kalau datang rumah mesti makan. kakakakaka…

    Iyong, nanti kakak belanja makan ek..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: