Mencadat Sotong di Terengganu

Pada hari sabtu yang lepas iaitu 9hb Mei 2009, saya berserta rakan sepejabat pergi ke Terengganu untuk mencandat sotong. Kami seramai 8 orang iaitu, Sharulhizad, Aizi Adzlee, Asha’ari, Zaki, Zul, Din, Rashidee dan saya sendiri menyewa sebuah bot besar untuk mencandat.

Semasa di sana, kami menumpang di rumah nenek Rashidee. Kecuali abang Sharulhizad yang menyewa di hotel kerana di membawa keluarga bersama. Bermacam-macam yang berfikiran di dalam kepala masing-masing. Ada yang terfikir mahu mendapatkan sotong yang banyak, ada yang mahu melihat aksi muntah beramai-ramai dan ada juga yang tidak begitu harap mendapat pulangan yang banyak.

Saya lebih kepada mahu mendapat pulangan yang banyak, pergi jauh-jauh untuk mencandat memang itu jer la yang terfikir di dalam kepala.

Apabila sampai di jeti kami mula bergerak menaiki bot yang agak sederhana besar dan menuju ke destinasi mencandat. Bukan kami sahaja yang mencandat di situ, banyak lagi bot-bot lain yang mencandat. Cuaca pada ketika itu sangat cerah dan agak baik.

Namun bak kata pepatah, “Ku Sangka Panas Hingga ke Petang, Rupanya Hujan di Tengah Hari“. Memang sesuai sekali pepatah ini diungkapkan. Apabila hari mulai gelap, bulan yang mengambang tiba-tiba gelap. Hujan mulai turun dengan renyainya. Selepas itu berhenti sekejap.

Selang beberapa ketika, baru la muncul 2nd wave. Hujan turun dengan lebat, ditambah dengan kilat dan petir sabung menyabung. Laut cukup bergelora pada ketika itu, bot-bot kecil di sekitar meminta belas ihsan untuk menumpang ke atas bot kami. Pada ketika itu baru la aku faham, apabila ramalan kaji cuaca mengatakan bahaya kepada bot-bot kecil. Aku sendiri nampak betapa bahayanya bot-bot kecil itu ketika laut bergelora.

Bot yang kami naiki terumbang ambing ke kiri ke kana, kejap naik kejap turun. Baru la aku faham mengapa harga makanan laut mahal di musim tengkujuh, yang kadang-kala kenaikan itu agak luar biasa. Kini aku memahami keringat hasil titik peluh seorang nelayan, bagaimana mereka bersusah payah mendapat hasil tangkapan dan bersabung nyawa di laut yang luas.

Apabila hujan sudah berhenti kami pergi ke tempat lain untuk mencandat sotong namun tiada sotong di kawasan tersebut. Kami lalu mengambil keputusan untuk pulang dan sekitar jam 1.30am kami sampai ke jeti. Kami singgah ke sebuah restoran lalu meminta tukang masak tersebut untuk masak sotong yang kami tangkap. Tak banyak cuma 5 ekor jer.

Keesokannya kami mendapat berita, ada bot yang mencandat sotong pada malam itu disambar petir. Bot tersebut tidak jauh dari tempat kami berada pada ketika itu. Salah seorang daripada mangsa adalah pakcik Rahsidee, kami melawat di Hospital pada keesokan harinya. Pakcik Rashidee cuma cedera ringan, tapi luka di badan tidak seperti ringan.

Pada petangnya kami bertolak ke Kuala Lumpur sambil melalui Kerteh. Kami sempat singgah di R&R Temerloh dan baru la tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 12.30am.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: