Majlis Bertunang Mardhati

Pada hari sabtu yang lepas, adik ipar sebelah bini saya bertunang dengan teman lelakinya. Majlis dibuat secara sederhana yang diadakan di rumah mak mertua saya di Taman Equine, Seri Kembangan. Wakil dari pihak lelaki seramai 30 orang dengan 10 atau 11 buah kereta.

Pihak lelaki menghantar wakil orang tua untuk berbincang dengan wakil dari keluarga pihak perempuan. Majlis agak lancar dan tiada masalah sepanjang majlis berlangsung. Cuma saudara mara keluarga pihak perempuan pula yang agak malu dan segan kerana saudara mara dari pihak lelaki lebih dominan.

Setelah barang hantaran bertukar tangan, tiba pula upacara menyarungkan cincin. Nono @ Mardhati menjadi tumpuan ketika itu, semua orang hendak mengambil gambar. Apakan daya, gambar yang boleh diambil hanya pada satu sudut tetap sahaja. Ramai sangat saudara-mara pihak lelaki yang mahu menangkap gambar.

Satu nasihat yang menusuk jiwa dari seorang bakal ibu mertua kepada Nono. “Lepas nie jangan gaduh-gaduh lagi yer”.. Saper makan cili dia la rasa pedasnya. Kalau tidak, masakan ada nasihat yang berbentuk sindiran. Heheh..

Apa pun itu semua antara Nono dengan bakal ibu mertua, aku tak mau masuk campur. Ambil gambar jer dah ler.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: