Putrajaya at Night

Cuti sabtu dan ahad saya hanya duduk di rumah. Terasa bosan la pulak, sebab asyik hujan jer. Tak tau nak buat apa. Niat asal nak tangkap gambar pemandangan malam di KLCC. Tapi apakan daya, cuaca tidak mengizinkan. Tempat terdekat yang saya boleh pergi cuma Putrajaya sahaja, nampak jer dekat. Sebenarnya jauh juga.

 Lebih kurang jam 8.30pm saya bertolak ke Putrajaya itu pun setelah hujan berhenti. On the way ke Putrajaya saya singgah sebentar di tepi highway untuk shoot gambar trail light. Dah lama saya nak buat, cuma tiada kesempatan. Dapat juga beberapa shot yang menarik.

Selepas itu saya bertolak ke Putrajaya dan pergi ke Masjid Putrajaya. Tapi sayangnya, sebahagian lampu tidak dipasang. So, kurang menarik lah. Maybe not my lucky night. Apa boleh buat kena la cari gambar pemandangan lain.

Sambil-sambil tangkap gambar, ramai juga couple-couple di sepanjang jambatan. Huhuhu.. Pedulikan mereka, tujuan saya masa tue cuma nak tangkap gambar pemandangan jer. Takder mood nak tangkap gambar candid. Apa pun, tak banyak gambar menarik. Hanya gambar pemandangan dan jambatan sahaja.

Malam itu sungguh sejuk sekali, mungkin selepas hujan angin sepoi-sepoi terasa sungguh nyaman sekali. Masa sejuk-sejuk nie la terasa lapar sesangat. Lepas tangkap gambar, terus balik rumah. Sebab dah malam sangat, takut tetiba hujan lebat nanti langsung tak boleh balik.

1 Comment (+add yours?)

  1. Mohd Hafizal
    Apr 07, 2009 @ 18:32:38

    Bro, check this out http://www.dpreview.com

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: