Holiday at Selesa Beach Resort

Sejak mula kahwin sampai la 26 Mac lepas, saya belum pernah bawa isteri saya pergi Honey Moon. Orang Melayu kata Berbulan Madu. Akhirnya pada 27 Mac lepas saya pun pergi bercuti bersama isteri tercinta ke Selesa Beach Resort, Port Dickson. Saya bertolak ke Port Dickson pada sebelah malam hari Jumaat, kononnya nak elak daripada kesesakan lalulintas di sepanjang Highway. Rupanya sampai jer area Nilai, sepanjang-panjang perjalanan sesak teruk.

Selepas sampai area Seremban/Senawang baru la jalan kembali lancar. Semua disebabkan ada sebuah trailer terbabas ke tepi jalan dan menjadi perhatian kenderaan yang hendak melihat kejadian tersebut. Selepas daripada tu, perjalanan menjadi lancar.

Lebih kurang jam 11pm kami sampai ke Selesa Beach Resort. Selepas check-in saya terus tidur sebab penat sangat semasa trafik sesak dan sangat-sangat mengantuk. Niat hendak mengambil gambar di waktu malam, tapi bercadang akan mengambil gambar di malam esoknya.

Esok pagi saya hanya berehat di bilik hotel. Cuaca di luar agak panas, maka saya layan televisyen siaran Vision Four. Memang seronok cerita siaran Vision Four yang hanya ada di hotel-hotel. Lebih kurang jam 3pm baru lah saya keluar untuk menangkap gambar. Cuaca pun agak redup, sambil matahari dipayungi awan.

Pantai agak surut pada waktu itu, mungkin petang sikit barulah nampak air pasang. Ada sekumpulan pelancong asing dari Arab sedang berseronok dengan jet ski dan banana boat di pantai tersebut. Saya berjalan dari hujung pantai hingga ke hujung pantai sambil menangkap gambar ketam yang sedang berjalan-jalan sambil menggali lubang pasir.

Selepas itu, saya balik semula ke bilik kerana masih terlalu awal untuk menangkap gambar sunset. Lebih kurang jam 7.30pm baru la saya keluar semula bersama isteri sambil berjalan-jalan di tepi pantai. Kali ini ramai orang berkelah dan mandi laut. Dalam banyak-banyak orang di tepi pantai ada satu yang menjadi perhatian saya, iaitu ada ‘Dugong’ sedang berbaring di tepi pantai.

Niat nak mengambil gambar close-up tapi tak berani sebab obvious sangat kalau saya shoot gambar tersebut. Sebab orang ramai pada waktu itu. Tiba-tiba saya terserempak dengan Puan Zetti dengan keluarganya, siapa sangka boleh jumpa dia di sini. Puan Zetti main bina istana pasir bersama anaknya. Seronok pulak tengok husband, wife dan anak main sama-sama.

Matahari agak kekuningan sikit, agak cantik. So, saya tangkap gambar sunset pada waktu tersebut. Selepas itu saya dan isteri pergi makan di hotel kerana perut dah lapar. Malam itu saya rasa ngantuk sangat, sampai terlelap. Tapi saya kuatkan semangat untuk bangun. Lebih kurang jam 11pm saya keluar pergi ke tepi pantai sambil menangkap gambar pokok yang dihiasi dengan lampu-lampu berwarna-warni dan pemandangan pantai yang dihiasi biasan cahaya lampu.

Selepas itu,  saya sempat menangkap gambar pemandangan kolam renang dengan pancaran lampu. Agak cantik sekali, tapi mata dah pun mengantuk, saya balik semula ke bilik untuk tidur.

Keesokan paginya saya bangun agak lewat, hampir masuk tengah hari. So, tiada aktiviti menarik pada waktu itu. Saya pergi ke cafe untuk lunch dan siap packing barang untuk check-out dari hotel. Agak menarik percutian kali ini, mungkin saya akan buat percutian akan datang ke tempat lain pulak. Maybe oversea, Hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: