Konvoi to Bagan Lalang

Akhirnya, konvoi ke Bagan Lalang berjaya dilaksanakan. Pada 28hb Februari tepat jam 8.30am kami seramai 4 orang peserta mula bergerak dari PPUKM ke Plaza Tol Sg. Besi untuk menjemput seorang lagi rider yang menunggu di sana.
Kami terpaksa tunggu agak lama kerana rider Yamaha TZM nie baru bangun dari tidur semasa di call. Selepas lama menunggu barulah chairill nie sampai. Apa la boleh terlajak tidur plak.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan dan keluar Tol Bangi dan menjemput seorang lagi rider yang menunggu di sana. Nasib baik la dia dah sampai, kalau tidak lama lagi la kena tunggu.
Sebelum kami memulakan perjalanan yang agak jauh, kami singgah breakfast dahulu restoran mamak di luar UKM. Selepas selesai breakfast, barulah kami memulakan perjalanan ke Bagan Lalang melalui jalan dalam yang diketuai oleh Farhan, kerana dia saja yang tahu di antara kami semua.
Kami memilih jalan dalam berbanding highway kerana hendak mendapat sedikit kelainan dan suasana. Perjalanan dengan kelajuan 70~80km/j agak sederhana dan santai.
Setelah berjalan agak jauh, kami singgah sebentar di stesen minyak Shell di pekan Sepang. Kami berehat sebentar lebih kurang 15 minit sebelum meneruskan semula perjalanan ke Bagan Lalang.


Lebih kurang jam 11.15pm kami sampai ke Bagan Lalang dan berhenti berehat di salah sebuah gerai di sana. Sambil menikmati ABC sebagai penghilang dahaga dan penat, kami berborak sambil memikirkan aktiviti bermotor di masa akan datang.


Lebih kurang jam 1pm kami singgah di sebuah surau Kg Bagan Lalang, sambil berehat kami menunggu sehingga masuk waktu Zohor.

Lebih kurang jam 2.15pm kami kembali semula ke pantai Bagan Lalang sambil menikmati pisang goreng, keropok lekor, air kelapa dan cucur udang. Cuma Farhan sahaja terpaksa pulang lebih awal, kerana ada hal lain. Sambil makan kami menunggu Abang Sharul di gerai tersebut. Lebih kurang jam 2.50pm, Abang Sharul sampai dan kami berborak lagi.

Alang-alang dah sampai Bagan Lalang, kami singgah sebentar di Gold Coast, Bagan Lalang. Rugi woo, jalan jauh-jauh kalau tak singgah. Kami berehat sambil saya mengambil gambar sekeliling.


Jam 3.20pm, kami follow Abang Sharul singgah ke rumah barunya. Sempena kami datang berkonvoi dan jauh juga perjalanannya. Laksam menjadi juadah pembuka selera.
Boleh kata kami asyik dengan makan sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: