Canon EOS 50D firmware 1.0.9

Suddenly ada pembaca blog saya bertanyakan berkenaan firmware 1.0.8 untuk Canon EOS 50D. So, saya menyarakan agar orang berkenaan download fail firmware tersebut di laman web Canon.

Maka terfikir juga kalau-kalau ada firmware terbaru untuk 50D ni. Boleh kata lama juga saya tidak mengambil tahu berkenaan update firmware kamera saya ni. So, belek punya belek rupanya ada firmware terbaru iaitu 1.0.9 untuk 50D.

Tanpa berfikir panjang terus saya download firmware terbaru dan cuba memasangnya. Akhirnya firmware terbaru berjaya saya install. Cuma saya tidak dapat cuba menggunakan fungsi terbaru pada kamera ini kerana update firmware ini lebih kurang sama dengan update (1.0.8) sebelumnya.

 

Update yang ada pada 1.0.9 ialah

1. Memaksimakan prestasi kamera apabila menggunakan CF Card tertentu serasi UDMA 7 yang dikeluarkan pada bulan Februari 2012 atau akan datang.

2. Membetulkan perkataan-perkataan di skrin menu bahasa Belanda.

 

So, selagi saya tidak mencuba menggunakan CF Card yang menggunakan UDMA 7 saya tidak dapat melihat perubahan ketara atau merasai perubahan tersebut.

Well, tak rugi pun update firmware. Mungkin akan datang saya akan beli CF Card yang menggunakan UDMA.

Melawat Kelvingrove Art Gallery & Museum

Hari sabtu ialah hari cuti buat wife saya. Tetapi bagi saya setiap hari adalah hari cuti kerana masih belum dapat pekerjaan. Kami merancang untuk bersiar-siar sekitar bandar Glasgow di sebelah West End. Kami berjalan tanpa tujuan kerana hendak explore semua tempat.

Mungkin kedai berhampiran rupanya agak sama sahaja, kerana tiada yang istimewa. So, kami pun letak hala tuju iaitu ke Kelvingrove Art Gallery & Museum. Berjalan kaki dari Byres Road sampai ler ker University Avenue dan seterusnya ke destinasi kami.

Menariknya museum di Scotland dibenarkan menangkap gambar. Tapi agak malang kerana saya terlupa membawa kamera kesayangan. Terpaksa la bergantung harap pada kamera iPhone 4s. Nasib baik la kamera iPhone 4s berjaya menangkap gambar dengan cemerlang walaupun di dalam museum yang kurang cahaya.

Kebanyakan barang di dalam museum adalah berkaitan dengan art, sebab itu namanya Art Gallery. Semua gambar dan patung arca begitu unik ada di antaranya datang dari Italy, France, Dutch dan Scotland sendiri. Kami hanya melawat sambil mengabil gambar, tiada langsung berminat pada hasil seni zaman lampau.

Apa yang saya dan family minat ialah bergambar. Cuma satu sahaja yang saya minat iaitu dengan pakaian besi pahlawan zaman lampau. Bermacam-macam armour dari setiap kurun kerana ianya begitu unik. Pedang zaman Viking juga ada dipamerkan di sini.

Selesai pusing museum yang ada 2 tingkat ni, kami pun balik kerana penat berjalan namun puas. Sekali sekala dapat berjalan bersama family memang seronok.

Bersiar-siar di Botanic Garden

Masuk musim Spring adalah waktu yang ditunggu-tunggu sebelum masuk musim Summer. Walaupun baru masuk Spring, tetapi cuacanya agak panas seperti di Malaysia. Bezanya cuma angin yang bertiup bagaikan Air-Con.

Petang adalah masa yang sesuai untuk berjalan-jalan dan masa inilah yang sesuai untuk ke taman. Kebetulan pula Botanic Garden berhampiran dengan Main Campus, University of Glasgow. Wife pula memang ada kelas pada hari yang sama, so kami berjumpa di Botanic Garden selepas habis kelas.

Saya dan Umair pula pergi ke Botanic Garden lebih awal, sementara menunggu Mamanya habis kuliah. Memang ramai pengunjung di sini. Semua berjemur di bawah sinaran cahaya matahari bagaikan di tepi pantai. Sehinggakan ada yang buka baju tanpa rasa malu. Walhal nak tunjuk body solid molid selepas bina badan di Gym.

Apa yang saya hairan ialah mereka semua ni tak pergi kerja ke hari ni. Ramai jer lepak-lepak sambil baring-baring. Mungkin masa inilah mereka dapat merasa cahaya matahari dan semua pakat ambil cuti.

Umair pula sudah tertidur  ketika mula sampai ke Botanic Garden. Ketika menunggu Mamanya sampai, dapat la saya lihat betapa sukanya warga Glasgow ni apabila dapat berjemur. Selang setengah jam barulah wife saya sampai.

Kami bergambar di kawasan yang kurang pengunjung. Bergambar di taman bunga memang menarik. Selain kelihatan meriah, suasana juga tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Sehinggakan saya dan Umair cuma pakai pakaian yang nipis sahaja seperti di Malaysia.

Pokok Bunga

Semasa membeli belah di Morrison, ada beberapa jenis pokok bunga yang dijual sempena hendak masuk Musim Spring. Saya pun tak tau apa jenis pokok bunga ni, tapi wife saya berminat untuk beli kerana di rumah memang tiada pokok bunga.

Bermulalah dari dibeli semasa bunga belum kembang dan kini hinggalah bunga ni kembang. Kebiasaannya, pokok bunga di sini tidak hidup lama kerana berlaku pertukaran musim sepanjang tahun.

So bunga ini akan menjadi bahan ujian sama ada betul atau tidak mitos yang diperkatakan. Walaupun dah tau tapi aku still nak juga lihat kesannya. Bunganya cantik juga apabila kembang. Harganya cuma £3 sahaja.

Meronda Glasgow City Centre

Pusing keliling sekitar bandar Glasgow bersama wife dan Umair adalah aktiviti kami sekeluarga pada hari Sabtu yang lepas. Dengan menaiki bas tambang seorang dewasa ialah £1.80 sahaja. So untuk 2 orang kena la £3.60 untuk perjalanan sehala ke George Square.

Bas di sini tidak menerima duit kertas, hanya coin sahaja. Oleh itu, syiling yang ada memang sangat berharga walaupun nampak kecil nilainya. Perjalanan kami yang memakan masa tidak sampai 20 minit setelah beberapa kali berhenti, akhirnya kami sampai ke destinasi.

Aktiviti pertama kami ialah mencari tempat untuk makan. Rupa-rupanya dah masuk jam 1pm, patut la lapar. Oleh kerana kami ada bawa bekal makanan, kami makan jer Nasi Goreng dan Nugget Ayam. Sebab agak sukar hendak mencari makanan yang halal kecuali ada la sebuah KFC yang halal di sini. Sekali lihat harga lebih kurang RM (Ringgit Malaysia) cuma di sini guna matawang £ (pound).

Sambil pusing-pusing ada la beberapa penghibur jalanan yang menjadi maskot di Scotland ni. Ianya adalah persembahan Bag Pipe yang  unik. Saya, wife dan Umair agak terhibur kerana bukan senang hendak melihat persembahan secara live.

Namun tujuan kami ke bandar ada juga terselit dengan agenda lain. Kami perlu beli wayar fius kerana malam sebelumnya fius terbakar tanpa sebab. Satu malam kami bergelap, nasib baik ia tidak melibatkan soket.

Sambil pusing keliling melihat bandar Glasgow ni, kami ke Mark & Spencer (M&S). Semata-mata hendak pinjam toilet untuk menukar pampers Umair yang dah pun full. Alang-alang dah sampai M&S kami singgah ke Cafe untuk menikmati Coffee Macchiato dan sepotong kek buah.

Coffee Macchiato ni tersangatlah pekat, bubuh la gula sampai 5 paket. Kopi still rasa “keras” mengalahkan Double Expresso. Belum minum dah terasa bau kopi menyengat ke hidung. Fuhh, aku cuma boleh minum untuk sekali hirup. Lepas tu terus cari air mineral.

Lepas minum lebih kurang, kami sambung berjalan-jalan di luar sambil melihat gelagat warga Glasgow nih. Kedai Pound Land pun banyak di sini, dimana semua barangnya berharga £1 sahaja. Kalau ikutkan memang banyak benda nak dibeli, tapi oleh kerana kami hanya menggunakan public transport maka kami hadkan pembelian barang yang perlu sahaja.

Sambil pusing keliling kami terpandanglah satu-satunya Cinema kat Glasgow ni (sebab aku jumpa satu jer). Ianya juga merupakan Cinema yang tertinggi di dunia. Satu bangunan tu memang semata-mata Cinema sahaja. Tapi kami tidaklah pergi menonton wayang.

Tanpa sedar, hari semakin gelap. Kami pun pergi mencari bas untuk balik dengan tambang yang sama. Seronoknya menaiki bas kami boleh melihat pemandangan sepanjang bandar. Apa yang menarik, susah la hendak jumpa traffic jammed. Kalau ada pun tidak seperti di KL.

Proton Persona at UK

The 1st National Car yang aku jumpa kat UK (Glasgow especially) ialah Proton Persona. Second ialah Perodua Kembara, tapi the unlucky aku tak bawa kamera untuk shot gambar Kembara. Sigh..

Proton Persona yang aku jumpa ni memang selalu park di kawasan rumah yang aku selalu duduk. Hanya dengan melihat keluar tingkap, dah boleh tengok kereta Proton nih. Memang rare species kalau kat UK.

Selalu orang kata kereta Proton UK Spec High Quality, tapi mulai saat ini I take that back. Because kalau la ianya High Quality, takkan la pemegang pintu driver tu rosak. For certain reason kenapa la owner tu tak pergi repair.

Adakah kualiti Proton untuk pasaran Export semakin menurun? Adakah spare part Proton sukar untuk didapati di pasaran sehingga owner kereta Persona ni membiarkannya begitu sahaja? Proton Oh! Proton..

Picnic at Pollok

Cuti di hari Ahad sememangnya ditunggu-tunggu kerana kami telah ada plan untuk picnic. Tujuan asalnya ialah untuk ke Hamilton sambil melihat Car Boot Sale, seterusnya berpicnic di sana. Namun tujuan asal terpaksa diubah kerana ianya masih ditutup dan dibuka semula pada 1 April.

So, kami ke Car Boot Sale di tempat lain (nama tak ingat). Di sana kami beli bermacam-macam jenis barang yang terpakai dan ada juga yang baru. Ada juga barang makan dan barang mentah seperti sayur, daging dan buah-buahan. Tapi kami cuma beli buah dan sayur sahaja.

Umair pula cukup minat dengan barang permainan keretapi. Langsung tak mahu lepas, nak taknak Mama dia terpaksa la keluar duit beli keretapi tu dengan harga £1 sahaja. Sedangkan barang mainan lain cuma 3 for £1. Umair dapat bola baru untuk bermain nanti ketika berpicnic.

Ketika pusing keliling di sekitar Car Boot Sale ada la seorang seller ni yang jika dilihat tersangatlah kasihan. Susah nak lihat orang berkunjung ke stall tempat dia berniaga. Barang yang dijual juga kebanyakkannya tidak boleh dipakai dan yang menarik cuma bahan bacaan sahaja kerana ianya masih baru.

Entah macam mana ketika aku hendak melihat salah satu buku tersebut, seller terbabit mengambilnya. Sangkaanku dia hendak membaca, rupanya dia terus membaling dan buang terus ke arah yang tiada orang dengan begitu sahaja. Aku terkedu sebentar dengan tindakan seller terbabit.

Tak sempat aku nak belek buku tu dia dah pergi buang, membazir betul. Bagi aku secara percuma pun takper. Oleh kerana buku tersebut  kelihatan menarik dan masih baru, aku pun menyuruh isteriku dan kawannya Mariam menarik perhatian seller terbabit sementara aku dan Faizal pergi kutip buku yang dibuangnya. Akhirnya aku dapat sebuah buku secara percuma, kalau seller tu tak baling buku tu rasanya takder la kesan calar.

Selepas puas pusing keliling, kami pergi picnic di Pollok. Satu kawasan taman yang dahulunya dimiliki oleh seorang bangsawan yang bernama Pollok. Rumah Agam yang indah memang ada ciri-ciri zaman Victoria. Kawasan penternakan cattle dan ladang yang luas.

Cara picnic di sini agak berlainan sedikit kerana memang ada disediakan kerusi dan bangku. Berbanding dengan di Malaysia kita akan bawa la tikar mengkuang apabila picnic. Kami bawa sandwich sardin, nasi goreng, air diet coke, sayap ayam dan walkers. Umair pula cukup suka makan nasi goreng yang dimasak oleh Mariam. Pantang jumpa nasi Umair nih.

 

Boleh dilihat orang di sini suka membawa anjing bersiar-siar yang dibiarkan bebas berjalan dan berlari. Kami tidak perlu risau, kerana anjing di sini sememangnya terlatih sebelum dibiarkan bebas. Boleh dilihat, anjing akan mengikut arahan tuannya apabila dipanggil. Anjing di sini juga tidak akan menyalak pada orang lain walaupun berselisih.

Ada sekali tu ketika ada la mat salleh ni main bola dengan anaknya, bola tersebut jatuh ke dalam sungai. Anjing tu terus terjun pergi dapatkan semula bola tuannya. Sampai begitu sekali terlatihnya anjing-anjing mat salleh nih. Padahal punya la sejuk air kat sungai tuh, anjing tu tak takut sejuk ker apa.

Selesai makan perut yang lapar tadi sudah pun kenyang, barulah kami berkemas dan pergi melawat sekitar Pollok. Kawasan ladang, stable kuda, taman bunga, rumah agam, cattle dan last sekali barulah kami minum sebentar di cafe yang bersebelahan dengan muzium.

 

Sempat kami bergambar di rumah agam Pollok nih, cukup besar walaupun untuk duduk sekeluarga. Mengikut cerita, dalam satu rumah Pollok ni dahulu ada 30 orang gaji untuk menguruskan rumah ini. Memang betul-betul orang bangsawan keluarga Pollok nih.

Umair pun sempat bergambar dengan salah seorang anak mat salleh nih yang umurnya baru 1 tahun 9 bulan tapi dah sama besar dengan Umair. Nampaknya Umair dah ada saingan di sini. Sorang lagi anak mat salleh cuba nak berkawan dengan Umair tapi Umair pula terus jadi “keras”. Tiba-tiba Umair jadi pemalu. Hahaha..

 

Jauh di satu sudut ada keluarga India sedang bergambar sambil berposing di atas taman. Terserlah sungguh macam dalam cerita Hindustan. Puas berjalan di sekitar rumah agam, kami pergi melawat cattle. Kena naik atas sikit sambil jalan kaki.

Di sini boleh dilihat lembu sedang berehat dan sedang makan. Lembu di sini semuanya berbulu lebat untuk mengelakkan kesejukan. Kalau kambing berbulu dipanggil “Kambing Biri-biri”, agaknya kalau lembu berbulu dah boleh panggil “Lembu Biri-biri”. Hahaha..

Kemudian kami pergi melawat muzium dimana tersimpannya barang-barang kepunyaan Rubell iaitu orang bangsawan juga. Boleh la lihat segala koleksi peribadinya yang pelbagai di muzium ni. Puas melihat sekitar muzium, kami minum sebentar di Cafe bak kata orang putih It’s Tea Time.

Kek yang dijual juga sedap-sedap belaka, kopinya juga cukup sedap. Semua sedap la senang cerita. Habis minum-minum, kami pergi ke Playground untuk dberi peluang Umair bermain-main. Suka betul Umair dapat main dengan sepuas-puasnya. Cuaca pula agak baik, walaupun panas terik matahari tetap ada “air-con” original.

Dinner Nasi Goreng

Semalam dah makan Pizza Vege segera. Nak taknak malam ni mesti kena makan nasi jugak. Cuma agak bosan la bila makan asyik-asyik berkuahkan kicap sahaja. Saya pun pergi ler ke dapur tengok apa yang ada.

Sambil belek-belek perencah masakan, maka terpandang la Perencah Nasi Goreng Kampung. Terus timbul idea nak masak Nasi Goreng untuk malam ni. Mengikut label pada perencah macam senang jer, so tanpa fikir panjang terus buat.

Nasi kebetulan dah pun masak, so saya pun cari la sosej dan hiris nipis-nipis. Kata mak saya, nak bagi masakan wangi tumis ler bawang putih dan bawang merah. Tapi kat sini cuma ada bawang putih jer, hantam saja lah.

Setelah tumis lebih kurang saya masukkan sosej yang siap dipotong dan goreng sehingga separuh masak. Kemudian saya masukkan telur yang telah dikacau supaya lebih menarik (ntah mana dapat idea camni).

Lepas tu masukkan la nasi dan gaulkan bersama Perencah Nasi Goreng. Susah nak gaul sebab kuali Wok ni kecik jer, sampai tumpah-tumpah lagi (biasa la 1st timer). Setelah semua nasi digaul rata dan agak-agak lebih kurang dah masak, saya rasa sedikit untuk memastikan dah masak.

Setelah dah masak, maka siaplah Nasi Goreng yang saya masak buat julung kalinya. Wife saya pun puji kerana Nasi Goreng yang saya masak sedap. Hhnnnsssfff.. (kembang kuncup hidung ku)..

Tiba-tiba aku dapat rasakan skill IT aku semakin lama semakin pudar. Bidang masakan pula semakin mendapat perhatian. Aduh.. silap hari bulan mau berkarat ilmu IT aku nih.

Spaghetti Untuk Makan Tengahari

Wife saya request untuk masak Spaghetti. Katanya cukup senang dan mudah untuk dimasak (Iyer la tu). So, saya pun try ler buat since saya pun mempunyai banyak masa senggang sementara menunggu mendapat kerja.

Setelah mendapat tunjuk ajar yang lebih kurang dari wife, saya pun buat la mengikut apa yang dicakapkan. Mula-mula sediakan bahan-bahannya seperti Lada Besar, Cendawan, Tomato dan Salami. Keempat-empat bahan ni saya potong dadu seupaya senang dimasak.

Kemudian setelah siap, sediakan kuali dan tumis bawang putih dengan minyak lebih kurang 3-4 sudu makan. Apabila bau sudah naik, barulah masukkan Salami dan goreng ler sampai seakan-akan masak diikuti dengan cendawan, lada besar dan tomato.

Kemudian masukkan sos spaghetti lebih kurang setengah botol. Oleh kerana sos ini pekat, masukkan sedikit air ke dalam masakan. Kacau lebih kurang, kemudian masukkan 3 sudu gula, oregano, basil dan black pepper (jika perlu). Kecilkan api agar sos tidak terpercik keluar.

Sambil menunggu sos masak, saya siapkan Spaghetti Noodle dengan merebusnya sehingga lembut. Ketika merebus, masukkan sedikit garam. Apabila Spaghetti Noodle telah masak, barulah dibuang airnya dengan penapis.

Sos sudah siap, Spaghetti Noodle pun dah siap. Apa yang perlu dibuat campurkan Spaghetti Noodle tadi dengan Sos yang dimasak. Maka siaplah makanan tengahari untuk hari ini iaitu Spaghetti.

Credit to my wife, sebab assist saya semasa menyiapkan Spaghetti ni. Tak lupa juga kepada biras saya iaitu Afiq kerana beritahu biji tomato perlu dibuang jika buat Spaghetti. Saya follow jer, sebab dia ex-Chef dan saya hanya Tukang Masak Picisan. Hohoh..

Entah apa rasanya, tentulah rasa Spaghetti. Saya pun tak sangka begitu mudah sekali (Iyerkan jer la). Rasa pun boleh tahan, sedap seperti makan di kedai (padahal tak pernah makan Spaghetti di kedai). Kalau saya puji sedap macam masuk bakul angkat sendiri pulak. Senang cerita family saya takder bising mengenai masakan yang saya masak.

Scottish Breakfast

Sejak duduk di UK, selera makan pun dah berubah. Dek kerana susahnya hendak mendapat makanan Malaysia. Kalau ada pun bahannya, kena la buat sendiri. Bila tang yang buat sendiri tu la yang terasa malas yang amat. Tapi kerana perut perlu diisi, maka there is no other choice.

Nak buat Nasi Lemak? Leceh ler pulak, kena buat sambal, goreng kacang, santan kena pakai yang dalam kotak. Nak buat mee goreng? Entah mana nak dapat mee yang boleh dipercayai (halal). Kuih-muih? Jauh sekali, memang takder la.

Appetite pun kena ubah kepada ke”BARAT”an. So, saya pun buat la breakfast untuk family buat pertama kalinya iaitu The Scottish Breakfast. Cukup mudah dan senang, bahannya cuma goreng telur, panaskan baked bean, goreng sosej dan hidangkan sekeping roti.

Umair pula cukup suka makan telur dan sosej. Baked bean dan roti sahaja yang dia tak suka makan. Tapi layankan saja la, Umair pun dah pandai memilih makanan.