Zaki Tukimin Kahwin

Setiap orang yang bujang pasti akan berkahwin. Bezanya cuma awal atau lewat sahaja. Kalau tak kahwin-kahwin tu dah bukan dalam kategori kahwinlah namanya. So, dipendekkan cerita kawan aku yang sorang ni dah pun berumahtangga dengan pasangannya.

Flash back mengenai sejarah Zaki ni, dia ni kalau diikutkan dah lama kahwin awal. Tapi mungkin takder jodoh, maka tunangnya yang dahulu kahwin dengan orang lain. Mungkin sebab kegagalan yang lepas adalah untuk yang terbaik pada hari ini.

Zaki akhirnya berkahwin dengan pasangannya iaitu Cik Shi Shi (nama panggilan jer), orang Bagan Lalang, Sepang. Dengan 2x lafaz akad nikah yang telah dilangsungkan pada 11.11.11 yang lalu, maka sahlah pernikahan mereka.

Majlis perkahwinan dibuat secara sederhana, memang itulah yang dituntut oleh Islam perlu bersederhana dalam apa-apa jua sekalipun. Ramai juga tetamu yang hadir, Aie, Usop, Sharulhizad (my Boss), Wan Snake, Aisyah Muslimah dan saya akhir sekali.

Semoga kedua-dua mempelai melayari bahtera perkahwinan dengan jayanya sehingga ke anak, cucu dan cicit. Amin..

Majlis Perkahwinan Pak Tam

Majlis Perkahwinan Pak Tam telah pun berlangsung di Klang, iaitu di sebelah pihak perempuan. Oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk hadir di sebelah pihak perempuan, maka saya hanya dapat hadir untuk di sebelah pihak lelaki sahaja.

Majlis dibuat secara sederhana, jemputan yang hadir adalah di kalangan jiran-jiran dan saudara-mara terdekat. Tetamu yang hadir datang dan pergi tidak putus-putus. Senang cerita, meja dan kerusi sentiasa penuh sehingga sampai ke petang. Catering pula menggunakan khidmat Pak Anjang iaitu Azmi Catering. Hanya nasi minyak sahaja yang dimasak oleh Tok Tok.

Majlis dijalankan dengan lancar diselang-selikan karaoke berserta DJ yang dijemput khas. Tiada pelamin untuk dipertontonkan hanya makan beradab yang serba ringkas untuk disaji. Ianya tak lebih seperti Majlis Menyambut Menantu. Tiada ‘bunyi-bunyi’ yang kurang enak didengar seperti yang berlaku di sebelah pihak perempuan. Tapi agak kasihan kepada pengantin perempuan kerana saudara maranya tidak dapat menghadirkan diri. Mungkin malu untuk berhadapan dengan keluarga pihak lelaki setelah apa yang  berlaku di Klang.

Selepas selesai majlis, satu sesi bergambar khas buat pengantin dibuat secara ringkas. Siapa lagi kalau bukan saya yang menjadi Jurugambarnya. Cuma ianya tidaklah sebaik Jurugambar Sepenuh Masa. Atas alasan bajet saya hanya menjadi Jurugambar tak rasmi. Hehehe, hasilnya pun ‘Tak Rasmi’ jugak ler. Hehehe…

Majlis Perkahwinan NurMardhati dan Afiq

Semalam, pada tanggal 30 Januari 2010 adalah tarikh keramat bagi kedua pasangan pengantin iaitu NurMardhati dan Afiq. Sekitar jam 9.30pm rombongan pengantin lelaki sampai ke rumah pengantin perempuan diiringi dengan dulang hantaran.

Hanya dengan sekali lafaz akad nikah, maka NurMardhati telah sah menjadi isteri kepada Afiq. Maka bertambah lagi seorang menantu dalam keluarga Haji Md Isa dan Puan Rohani.

Pada hari ini, majlis bersanding dibuat di Dewan Seri Siantan, Putrajaya. Walaupun kedatangan tetamu agak kurang memuaskan, majlis berjalan dengan lancar. Cuma terdapat beberapa isu yang menjadi buah mulut pihak lelaki dan juga pihak perempuan.

Tugas saya membantu perkara yang berkaitan dengan Lighting dan Sound System. Manakala isteri saya, membantu PA. Dia tidak boleh buat kerja berat sangat, kerana sedang sarat mengandung. Pencahayaan di pentas pelamin agak kurang memuaskan pada awal majlis kerana controller yang mengawal lampu rosak. Hanya selepas masuk jam 3pm, barulah cahaya dari atas bumbung masuk ke dalam dewan menerangi pentas.

Saya hanya boleh makan selepas majlis hampir selesai. Apa boleh buat, kita sebagai host tuan rumah kena la buat kerja. Akan datang di pihak lelaki juga akan buat perkara yang sama. Selepas majlis selesai, barulah dibuat sesi bergambar bersama keluarga. Tidak banyak gambar yang saya dapat snap, kerana banyak masa di dalam Control Room.

Saya pula baru hendak makan, selesai saja makan saya agak terkejut kerana gelas yang saya pakai itu retak. Nasib baik la, saya minum di hujung yang tidak retak. Agak merbahaya kerana boleh mendatangkan kecederaan. Awal-awal lagi saya letak bad rating pada katering ini.

Selepas majlis selesai, kami semua balik ke rumah mak mertua saya. Di sana barulah saya dengar berbagai-bagai cerita yang kurang enak di dengar. Bermula dengan katering, pembahagian tugas di pihak keluarga perempuan dan ketidakpuasan keluarga pihak lelaki.

Isunya bermula apabila pihak katering tidak menyediakan meja VIP yang mencukupi. Pada waktu itu bermulalah kisah keluarga pihak lelaki tidak mendapat tempat duduk. Dari situ, maka bersangkut-paut kepada keluarga pihak perempuan yang tidak menjaga tetamu VIP.

Maka bermulalah perbincangan hangat di rumah mak mertuaku. Masing-masing tidak mengaku salah dengan memberi alasan masing-masing. Pada saya, apa yang lepas kita jadikan iktibar supaya perkara seperti ini tidak berulang di kemudian hari. Saya pula tidak rasa bersalah dalam hal ini kerana saya telah menjalankan tugas sebaik mungkin.

Majlis perkahwinan ini nampak meriah dan gembira dari segi luaran akan tetapi ianya secara tidak langsung menjadi buah mulut dan ketidakpuasan di pihak keluarga lelaki. Harap-harap perkara seperti ini tidak berlaku semasa rombongan keluarga pihak perempuan berkunjung ke tempat pihak lelaki. Kalau tidak, pasti ada hati yang terguris.

Walau bagaimanapun, majlis perkahwinan ini berjalan dengan lancar. Amin..

Majlis Perkahwinan Dewi Yusmalaila

18hb Disember 2009 iaitu hari Jumaat adalah tarikh keramat bagi sepupuku Dewi Yusmalaila kerana telah selamat menjadi isteri kepada suaminya Raja Nuar (nama penuh tak ingat). Akad nikah dilangsungkan di surau Apartment Sri Rakyat selepas solat Asar.

Keesokan harinya adalah majlis bersanding di sebelah pihak perempuan, dibuat di dewan serbaguna Apartment Sri Rakyat. Boleh kata semua penduduk di situ hadir untuk melihat kedua-dua pengantin walaupun cuaca pada waktu itu kurang baik kerana sekarang nie musim hujan.

Tema warna kuning menjadi pilihan bagi pihak perempuan. Komuniti di Apartment Sri Rakyat banyak membantu dalam menjayakan majlis perkahwinan ini. Ramai yang memberi sumbangan dalam bentuk barang makanan dan tenaga kerja.

Pada hari lusanya pula adalah majlis menyambut menantu oleh pihak lelaki. Majlis dibuat hanya selang sehari, bertempat di Dewan Kompleks Sukan Bukit Jalil. Tema warna Oren Putih menjadi pilihan, majlis dibuat agak kelas jugak la, almaklum la keluarga kerabat di Raja.

Beberapa tetamu VIP seperti Dato’ dan Datin juga hadir ke majlis ini. Kami di tempatkan di meja khas untuk keluarga pihak pengantin perempuan. Beberapa persembahan silat dipersembahkan kepada pasangan pengantin, dari budak kecil sehingga ke orang dewasa. Tidak lupa juga bapa saya menjadi salah seorang wakil dari pihak perempuan untuk menepung tawar (betul ker apa aku tulis nie).

Tapi ada beberapa rungutan dari beberapa keluarga pihak perempuan, kerana hidangannya makananya agak sedikit. Masih ada yang lapar rupanya. Al-maklumlah, makan tue cuma adat sahaja. Takder ditambah-tambah, walaupun diminta tambah.

Sesi akhir ialah kami bergambar beramai-ramai sekeluarga dan barulah kami balik. Memandangkan family saya terpaksa bekejar ke KLIA untuk penerbangan balik ke Labuan, kami terpaksa balik awal.

Majlis Perkahwinan Admi dan Nora

Semalam adalah majlis perkahwinan salah seorang sepupu lelaki sebelah isteri dan sebelah bapanya (My father in law ler). Saya, isteri saya, mak mertua dan bapa mertua pergi menghantar bagi pihak lelaki. Kami mula bertolak dari rumah sekitar jam 11.30am dan tiba di Tampin sekitar jam 1pm.

Setiba di sana, kami mula bergerak ke rumah pengantin perempuan di Kg. Seri Repah. Ketibaan kami mungkin agak awal kerana pemain kompang belum sampai-sampai. Kedua-dua pengantin sudah naik ke atas pelamin barulah pemain kompang sampai. Tapi jam dah masuk 1pm lebih, takkan la pemain kompang masih belum sedia.

Tiada meja untuk keluarga pengantin lelaki disediakan. Terkulat-kulat kami mencari tempat duduk yang agak terhad. Disebabkan wife saya mengandung, saya menyuruh dia makan beradab bersama pengantin sambil ditemani oleh emaknya (my mother in law). Ruang makan yang agak terhad dengan tetamu yang ramai, maka terpaksa la saya makan duduk di atas batu sahaja. Sabar jer lah.

Lebih mengecewakan, tiada siapa pun dari keluarga pengantin perempuan yang melayan keluarga pengantin lelaki. Rasa pelik pun ada, sebab dibiarkan macam tue. Nasib baik la ketua rombongan pengantin lelaki hendak balik awal. Kalau tak, memang bosan ler jawabnya.

Moral of the story, berilah priority kepada keluarga pengantin. Apa perasaan mereka kalau berada di situasi kami? Tepuk dada tanya selera..

Majlis Akad Nikah Nurul

Pagi-pagi lagi saya dah keluar ke pejabat untuk regroup sekali dengan Wan. Rumah pengantin beralamatkan Seksyen 25, Shah Alam. Saya kalau masuk Shah Alam memang failed. Sebab itu saya pergi dengan Wan. Sampai di Shah Alam, kami call pengantin perempuan direction ke rumah pengantin.

Sampai di tempat pengantin kami mula mengeluarkan kamera masing-masing agar siap sedia. Kami terpaksa menunggu agak lama sedikit kerana Mak Andam datang agak lewat. Sampai saja Mak Andam di rumah pengantin, dia memulakan kerjanya touch up pengantin perempuan. Saya dan Wan juga mula menangkap gambar pengantin yang sedang di makeup.

Selesai makeup, rombongan pengantin perempuan mula bergerak ke Masjid Al-Falah. Di sana kami menunggu kedatangan rombongan pengantin lelaki. Lebih kurang 15 minit barulah rombongan pengantin lelaki sampai. Kemudian diikuti oleh Tok Kadi atau Juru Nikah. Kedua-dua pengantin selamat menjadi pasangan suami isteri setelah 2x lafaz.

Selesai majlis akad nikah, kedua-dua pengantin balik ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Majlis makan dibuat secara kecil-kecilan. Selesai makan saya dan Wan pun balik dalam keadaan kepenatan.

Majlis Akad Nikah Syakri

Sabtu yang lepas saya dapat job untuk jadi 2nd Photographer bagi majlis akad nikah di Seremban. Saya dan Wan Rap mewakili jurugambar bagi pihak lelaki sahaja, kerana pihak perempuan ada jurugambarnya sendiri. Lupa nak beritahu, Syakri adalah kawan kepada Wan Rap. Kami bertolak dari Flet Seri Labuan di Bandar Tun Razak menuju ker Seremban.

Cuaca yang agak tidak menentu, sekejap hujan sekejap cerah tidak menjadi penghalang kepada majlis yang bersejarah buat kedua mempelai. Majlis akad nikah dilakukan di Masjid. Selepas solat Asar, majlis akad nikah dilangsungkan oleh bapa pihak perempuan sendiri. Dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi suami isteri disaksikan oleh kedua-dua keluarga pihak lelaki dan perempuan.

Selesai majlis akad nikah, ada sedikit jamuan ringan dibuat oleh keluarga pihak perempuan bagi menyambut kedatangan rombongan pihak lelaki yang susah payah datang dari jauh. Saya berehat seketika sambil makan nasi himpit dan kuah kacang, berserta pulut kuning dan sambal bilis. Sedap-sedap semuanya, sampai tambah buat kali kedua.

Selesai makan kami pun mula beredar dan meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Keesokannya adalah majlis bersanding. Namun saya tidak menghadirkan diri kerana ada hal lain.

My First Wedding Anniversary

Setiap orang ada cara untuk meraikan sempena menyambut ulang tahun, sama ada Hari Jadi, Hari Perkahwinan, Hari Blind Date dan macam-macam hari lagi. Saya pula ada cara tersendiri, agak simple dan mudah. Mungkin juga sama seperti kebanyakan orang lain.

Angka 08 08 08 bersamaan dengan 8 Ogos 2008, iaitu hari bersejarah buat saya dan isteri menjadi pasangan hidup. Kini telah genap setahun kami berkahwin. Demi memperingati hari bersejarah ini, saya membawa isteri ke Alamanda Putrajaya untuk makan di Pizza Hut dan menonton Wayang. Kalau ikut plan asal, kami ingin makan di Chicken Rice Shop. Tapi isteri saya hendak makan makanan selain nasi. So, pizza saja pilihan yang ada.

Kami membeli tiket wayang di GSC Alamanda sebelum makan pizza. Wayang yang bertajuk ‘Setem’ menjadi pilihan kami. Dengar daripada cerita kawan-kawan di pejabat agak menarik dan lucu. Selepas kami membeli tiket kami pergi ke Pizza Hut untuk menjamu selera.

Makanan untuk 2 orang kami pesan, seperti biasa Super Supreme menjadi pilihan default. Selepas makan barulah kami ke panggung. Di sana berlaku sedikit drama antara saya dengan penjaga tiket, di mana saya dilarang membawa kamera ke dalam panggung. Saya mengatakan kamera saya bukan boleh rakam video. Tapi penjaga tiket tetap berkeras supaya saya meletakkan kamera saya di luar. Saya pula bertanya sambil meninggikan suara, “Kalau kamera saya hilang, awak mahu ganti ka !!!”. Penjaga tiket tersebut hanya berdiam diri sambil mengutip tiket pelanggan yang lain. Seorang lagi penjaga tiket menenangkan keadaan, supaya saya menyimpan kamera ke dalam beg supaya saya boleh masuk ke panggung. Akhirnya beg isteri saya menjadi mangsa, kamera DSLR saya yang besar dimasukkan ke dalam begnya yang kecil.

Cerita ‘Setem’ yang kami tengok agak lawak, tapi isteri saya kata ‘Baik Punya Cilok’ lagi best dari cerita ini. Apapun, pada saya best sesuatu cerita agak subjektif. Lain orang lain citarasa. Cerita nie kira best sebab semua kaum ada berlakun. Melayu, Cina, India dan ada juga watak kecil seperti Indonesia, Siam dan Inggeris. Semua watak dan jalan cerita mudah difahami. Sesuai untuk penonton yang menonton dengan santai tanpa perlu banyak berfikir.

Selepas kami menonton wayang, kami singgah di kedai buku MPH. Belek majalah terkini tapi tak beli pun. Selepas itu kami kedai biskut Famos Amos, isteri saya tiba-tiba mengidam hendak makan biskut. Layankan jer la, memang susah nak faham orang mengandung nie. Lepas tue kami pergi singgah membeli kurma di sebuah stall di dalam Alamanda.

Selepas itu barulah kami balik ke rumah. Kalau ikutkan selepas itu, kami akan pergi makan malam bersama nenek isteri saya. Tapi oleh kerana kami risau tidak dapat balik awal, kami tolak tawaran nenek isteri saya untuk makan bersama. Apapun, saya memang cukup kenyang. Sebab isteri saya tak makan banyak pun. Saya la yang terpaksa menghabiskannya. Huhu…

Majlis Perkahwinan Khairill Azhar dan Sulian Haliza

Tanggal 31 Julai 2009 adalah tarikh keramat bagi kedua mempelai menjadi pasangan suami isteri yang sah. Khairill selamat melakukan akad nikah dengan hanya one shoot. Heheh.. Majlis akad nikah dilakukan di rumah pasangan pengantin perempuan di Puncak Jalil. Bapa pengantin perempuan sendiri yang menikahkan anaknya kepada Khairill.

Majlis Sanding pula dilakukan keesokan harinya. Pasangan pengantin menggunakan warna Oren sebagai tema. Pengantin lelaki diapit oleh salah seorang ex-staff PTM iaitu Azhar. Sebab diorang berdua memang kawan baik. Ramai juga tetamu yang datang dan pergi, kebanyakkan mereka datang awal tapi pengantin belum juga sampai². Apa la..

Tetamu terdiri dari keluarga saudara mara, sahabat handai, kawan lama, kawan tempat kerja dan banyak lagi yang aku sendiri tak kenal. Rakan pejabat yang datang ke majlis ini ialah Joey n family, Din n pasangan, Sharul n family, Sham n family, Jerung n Suhana, Ina n family, Aziz n wife, Saidi n family, Farhan n family, Norhasliza n family, Nazra n husband, Cd n wife, Muiz n family, Haireen n family, Megat n family, Dol n family, Niena n family, Mas Mona n family, Amad n pasangan, Zaki, Faiz, Azizi, Aie, Nazeri, Nora, Azre, Masturah, Ujang, Saiful Azrul dan saya sendiri.

Rakan pejabat yang paling awal sampai ialah Joey, tapi dia terpaksa balik awal kerana adiknya punya majlis juga berlangsung pada hari yang sama. Rakan pejabat yang paling lewat sekali datang ialah Nazeri, tapi nasib baik dia bawak hadiah besar punya. Dari jauh boleh nampak.

Petang tue pasangan pengantin ada sesi fotografi di luar. Lokasi penggambaran adalah selekoh bukit di Puncak Jalil dan rumah kedai yang baru siap. Berbagai aksi spontan dan candid yang dilakukan. Kadang-kadang kekok, kadang-kadang lawak. Apa pun, sesi fotografi terpaksa dipercepatkan kerana ada saudara mara pengantin perempuan yang hendak balik.

Majlis perkahwinan dibuat secara sederhana, tetapi agak meriah. Tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua pasangan pengantin. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Amin..

Jebart n Kuza Kahwin

Tanggal 14 Mac 2009, menjadi titik bersejarah bagi saudara Shahrul Izwan menjadi Raja Sehari dengan pasangannya Tengku Norliza juga kawan saya. Kedua-duanya berkerja di tempat yang sama, jabatan yang sama dan kini tinggal bersama. Heheh..

Kami rakan sepejabat bertolak ke Gambang, Pahang  sekitar jam 10am, memandangkan seorang daripada ahli konvoi baru bangun dari tidur. Apa lah, nasib baik kitorang call. Kalau tak memang tak bangun la dia. Memandangkan kawan yang sorang nie baru nak bangun, kitorang breakfast la dulu.

Setelah member yang sorang nie sampai, baru la kitorang mula bergerak ke stesen minyak Petronas, Gombak. Di sana kami mula berkonvoi dengan kereta Amad. Perjalanan terpaksa berjalan agak laju, memandangkan jarak perjalan yang agak jauh dan kesuntukan masa.

Sepanjang perjalan kami terserempak dengan konvoi kelab kereta Estima Club. Sepanjang-panjang perjalanan penuh dengan kereta Toyota Estima sahaja. Perjalanan menjadi agak lambat kerana Lorong untuk memotong telah ditakluk oleh geng-geng kereta Estima ini.

 

Setelah berjaya memotong kesemua konvoi Estima tersebut, barulah perjalan menjadi lebih laju dan lancar. Kami berhenti sebentar di Tol Gambang dan terjumpa kereta Dr yang sedang berehat. Semasa berehat di Tol Gambang, kami ternampak sebuah kereta Perodua Kancil yang tersadai di tepi jalan akibat kemalangan jalan raya. Isaf sekejap waktu itu..

Kami teruskan perjalanan ke rumah saudara Shahrul Izwan dan kami tiba lebih awal daripada pengantin. Setelah sampai kami makan terlebih dahulu, sambil berbual dan menunggu pengantin yang tidak kunjung tiba. Agak lama juga pengantin nie nak sampai, jam 2.30pm baru lah pengantin nak muncul.

Setelah pengantin duduk di atas pelamin, saya ambil sedikit kesempatan untuk tangkap gambar apa yang patut. Pengantin mula makan beradab bersama keluarga pengantin belah perempuan dan seterusnya sesi bergambar di bilik pengantin. Wow, pengantin perempuan malu-malu la pulak. Heheh..

Setelah majlis selesai, barulah kami mula balik ke KL. Semasa dalam perjalanan ke KL, hujan turun dengan lebatnya. Sepanjang perjalanan ada sahaja kemalangan di sepanjang jalan. Alhamdulillah, kami selamat tiba di KL agak lewat petang. Saya pulak mula balik ke rumah sekitar jam 8.30pm.