Tukar Tayar Untuk Wira Ku

Sebelum ini saya tukar tayar kereta untuk kereta Satria isteri saya. Kali ini saya tukar tayar untuk kereta Wira ku pula. Kalau diikutkan tayar sebelum ni masih tebal lagi, akan tetapi oleh kerana bapa mertuaku ditipu oleh mekanik bengkel kereta maka ditukarnya rim dan tayar yang sebelum ini 16 inch kepada 15 inch.

Rim 15 inch memang baru, tetapi tayarnya pula adalah tayar toreh yang telah pun sampai paras marker. Disebabkan tayar toreh ini sangat merbahaya, saya pun tukarkanlah kepada tayar baru yang dibeli di Klang. Jenama yang termurah dipasaran iaitu Silverstone Synergy M5. Tayar 15 inch sebiji RM155 untuk 195/55 Z15 jikalau dahulu sebelum tayar naik harga cuma RM130 sahaja.

So, dah tukar tayar buat ler allignment tayar sekali. Maka kena la RM20, tapi ditambah lagi untuk adjustment camber RM20 sebatang, kena pula 3 batang. Campur labour cost tambah dan 2% cas kad kredit maka jadilah RM724.30 semuanya. Bonus setengah bulan dah habis untuk baju raya anak bini dan duit raya. Tayar ni kena berhutang dulu, elok-elok aku nak habis hutang kena tambah hutang la pulak.

Kalau luar dari Klang sebiji tayar mau kena RM200 tengok bengkel jugak. Tapi murah-murah pun sekali kena beli 4 biji tak nampak macam murah. Huhuhu… Apa yang penting keselamatan harus diutamakan, yang nak pakai nanti keluargaku juga.

Pusat Servis Proton Yang Mengecewakan

Siapa yang tidak kenal dengan Proton? Semua rakyat Malaysia kenal dengan Proton. Sebuah syarikat pengeluar kereta Nasional yang diasaskan sejak 1985. Sehingga sekarang ia menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana Malaysia mampu menjadi negara pengeluar kereta seperti negara lain.

Disebalik kejayaan sebagai pengeluar kereta, banyak isu berbangkit yang sering kita dengar. Bermula dari masalah power window yang sering tersangkut, sehinggalah kepada isu kualiti kenderaan untuk pasaran tempatan berbanding dengan kualiti untuk dieksport. Kenderaan untuk pasaran eksport mempunyai pelbagai aksesori keselamatan seperti beg udara, berbanding dengan pasaran tempatan yang hanya boleh dimiliki dengan model premium.

Maka tidak hairan kenapa ramai yang kecewa dengan produk Proton dan beralih kepada produk import seperti Honda, Toyota, BMW, Mercedes Benz dan banyak lagi brand kereta lain yang memberikan jaminan dan servis terbaik kepada pelanggannya. Ditambah pula dengan teknologi enjin yang mesra alam dan penjimatan petrol serta berkuasa.

Berbanding dengan kereta Nasional yang dilihat agak ketinggalan dengan pesaingnya. Penjimatan petrol yang dikatakan hanya untuk model Savvy sahaja, tetapi bagaimana dengan model lain? Apa yang saya cuba luahkan di sini ialah betapa kecewanya saya sebagai pengguna kereta Proton dan servis yang diberikan.

Pada 2 minggu yang lepas kereta Satria isteri saya mengalami masalah wiper yang tidak berfungsi. Berdepan dengan masalah tersebut saya terus menghantar kereta tersebut ke Proton Servis Centre cawangan Seri Kembangan. Setelah 3 hari kereta ditinggalkan untuk dibaiki, Satria tersebut pun siap dibaiki.

Namun setelah saya membuat bayaran dan membawa balik, masalah tersebut masih timbul. Ditambah lagi dengan cuaca yang sering tidak menentu. Hujan yang renyai menjadi risiko yang sangat besar kepada aku dan keluarga. Selang beberapa hari saya kembali untuk menghantar semula ke Proton Servis Centre yang sama dan meminta mereka memeriksa semula.

3 hari juga masa yang diambil oleh mereka. Setelah ditanya berkenaan status kenderaan saya, jawapan yang mengecewakan diberikan. Mereka masih sedang mencari punca masalah. Pada hari ke-4, mereka (Proton Servis Centre) menghantar kereta saya ke bengkel lain untuk dibaiki.

Dalam masa sehari punca masalah telah dikenalpasti di mana ianya disebabkan litar pintas pada wayar lampu belakang. Jek yang digunakan untuk menukar tayar kereta telah menghimpit wayar tersebut sehingga seluruh wiring di dalam kereta bermasalah. Dalam masa sehari, wiring yang bermasalah telah ditukar dan kereta Satria telah siap. Tetapi angka bayarannya agak mengejutkan. Cecah 4 angka.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, Mengapa Proton Servis Centre atau Wakil Proton tidak boleh mengatasi masalah kereta saya? Apa yang dilakukan oleh mereka ketika kereta saya terpaksa ditinggalkan berhari-hari lamanya? Sia-sia saja saya buat bayaran dahulu sedangkan masalah tidak juga selesai? Kenapa perlu hantar ke bengkel lain? Nampak sangat wakil Proton ni tidak mempunyai kepakaran pada kereta Proton sendiri.

Lebih mengecewakan, wakil Proton Servis tersebut dijalan oleh syarikat Melayu bumiputra. Niat yang kononnya hendak bantu Melayu sendiri tetapi mereka sendiri tidak pakar dalam bidang yang diceburi. Maka tidak hairan kenapa ramai yang lebih suka menghantar kereta ke bengkel lain walaupun tidak menggunakan nama Proton.

Nasihat saya kepada pengguna kereta khususnya pemilik kereta Proton. Sekiranya ada masalah hantarlah ke bengkel lain yang boleh dipercayai dan anda kenal. Wakil Proton Servis nampaknya hanya lebih kepada jenama dan bukan kualiti servis. Servis mahal, kereta tetap juga bermasalah. Lepas ni kalau nampak saja bengkel Proton Servis yang diusahakan oleh Melayu bumiputra saya banned siap-siap.

Rasanya pihak tertinggi Proton perlu lihat masalah remeh seperti ini, kerana end-user seperti rakyat berpendapatan sederhana akan tertipu dengan sikap sesetengah wakil Proton Servis yang buat kerja ‘main-main’.

p/s: Nak tau Pusat Servis tu kat mana? Dekat-dekat dengan Jaya Jusco Equine..

Tukar Tayar Baru Lagi

Pada tahun lepas, saya pernah tukar tayar di Klang. Pada hari ini saya pergi menukar tayar di Klang juga iaitu “Kedai Papan” (orang Klang tau la ni, tapi sekarang dah jadi batu) untuk kereta yang sama iaitu Proton Satria SE yang berwarna kuning tu. Saiz standard rim ialah 16 inch memang tidak boleh diubah lagi kerana ianya memang standard datang dari kilang.

Kalau ikutkan hati saya tidak akan tukar tayar tu selagi tidak botak. Akan tetapi oleh kerana tayar tersebut telah pecah, memang tiada pilihan maka terpaksa la ditukar. Tayar yang pecah ialah Silverstone SSV, saya bercadang hendak tukar sebiji jer tayar yang sama tetapi kedai tersebut mengatakan tayar model tersebut sudah tidak ada jual maka saya beralih kepada M5.

Disebabkan tayar sebelah masih menggunakan SSV, maka saya trade-in tayar SSV yang lama untuk membeli 2 tayar baru M5. Kalau dahulu sebiji tayar M5 berharga RM175, pada tahun ini dah naik harga menjadi RM180. Takper lah, asalkan kedai tayar tu sanggup ambil tayar SSV saya yang lama dengan harga yang tinggi. Mungkin kerana bunga tayar yang masih tebal.

Siap buat alignment dan adjust chamber, total adalah RM345. Cukup murah jika dibandingkan dengan tempat saya iaitu Semenyih. Kalau di Semenyih, Silverstone M5 (205/45R16) ada la kedai tu charge RM220 sebiji. Cukup mahal, dengan harga tu saya boleh beli Yokohama A-Drive di Klang. Fuhhh~..

Kereta Kawanku Kemalangan

Kasihan one of my officemate’s car accident. Tapi bukan dia bawa, wife dia yang bawa on that time. Cerita bermula apabila ada sebuah kereta Proton Iswara hendak masuk simpang di sebelah kiri terlajak sehingga terlanggar kereta si kawan yang sebelah kanan. Alhamdulillah semuanya selamat tiada kemalangan jiwa berlaku.

Entah macam mana boleh terlajak begitu banyak sampai terlanggar. Ini mesti kes bawa kereta sambil bertelefon takpun baca SMS. Tapi disebabkan tiada bukti dan saksi di tempat kejadian, maka kedua-dua pihak bersetuju untuk selesaikan masalah ini di luar tanpa membuat report polis.

Tayar Kereta Pancit Lagi

Maksud lagi bermakna semalam memang dah pancit. Cuma setelah isi angin di stesen minyak Esso, tayar berisi angin seperti biasa. Suspek mungkin kerana dah lama tak isi angin, tapi ada sedikit muskil. Kenapa angin kurang begitu banyak?

Semasa saya sedang minum pagi bersama rakan sepejabat, satu panggilan telefon saya terima dan terpapar “Home”. Saya berkerut dahi sekejap, isteri saya tak keluar rumah lagi ker? Ini kerana jam sudah masuk 11am. Setelah telefon diangkat, rupa-rupanya tayar kereta isteri saya pancit. So, terpaksa la balik ke rumah untuk tukarkan tayar spare.

Sampai di rumah tanpa membuang masa saya terus tukar tayar. Nasib baik la pancit di rumah, kalau isteri saya terus jalan dalam keadaan pancit alamatnya kena tukar tayar baru la. Kalau setakat pancit tanpa ada sebarang pergerakan, tayar tersebut masih boleh ditampal dengan patcher. Skru sebesar jari kelengkeng melekat pada permukaan tayar.

Selesai tukar tayar, saya escort isteri saya untuk menghantar anak kami Umair ke rumah pengasuh. Walaupun agak lewat kerana sudah masuk tengah hari, isteri saya hendak biasakan Umair dengan keadaan di sana. Selesai menghantar Umair saya dan isteri pergi makan di Restoran Kembangan Paradise.

Saya pula selepas itu pergi ke pasar raya terdekat untuk mencari ‘Penghalau Nyamuk’ Ridsect tanpa menggunakan elektrik. Tetapi tidak dijumpai, kedai runcit dan 7eleven juga saya pergi tapi sama sahaja. Penat pusing mencari, saya batalkan niat dan terus balik ke pejabat. Sampai di pejabat saja dah 3pm. Hohoho.. Ini betul-betul mengular namanya..

Makan Malam di Umbai, Melaka

Malam sabtu yang lepas, saya serta keluarga pergi makan malam di Umbai, Melaka. Turut hadir ialah Cik Lati sekeluarga, Cik Suma dan nenek. Saya, isteri serta adik Aan bertolak dari KL sekitar jam 3 petang menuju ke Selatan dengan menggunakan highway PLUS. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan begitu lebat sekali. Wiper pada kereta pula sudah lusuh dan air hujan seperti tidak dapat membias air.

Semua kereta berjalan sangat perlahan sekitar 40-50km/j, kerana hujan begitu lebat sekali. Apabila sampai di sekitar kawasan Senawang, highway menjadi sesak secara tiba-tiba. Rupa-rupanya ada sebuah lori kemalangan dari arah Selatan menuju ke Utara. Kesesakan lalulintas dari arah Selatan tersangatlah panjang.

Saya memandu dengan kelajuan 90km/j selama 15 minit. Bayangkan berapa panjang kesesakan pada waktu itu. Kami meneruskan perjalan seperti biasa dan singgah sebentar di R&R Seremban untuk refreshing. Saya singgah sebentar untuk membeli wiper baru, malangnya tiada saiz yang sesuai. Saya membeli 2 pau kacang, 2 pau kari ayam dan 2 pau kaya untuk mengalas perut.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke selatan. Sepanjang perjalanan, cuaca kurang baik sentiasa hujan. Apabila sampai sekitar Melaka kami berhenti semula di R&R Ayer Keroh untuk berehat sambil minum Nescafe. Setelah berehat dalam setengah jam barulah kami mula bergerak ke Umbai.

Dalam perjalan ke Umbai, kami fikir untuk singgah sebentar di Bandar Melaka, tapi memandangkan saya kurang arif dengan jalan di Melaka saya batalkan niat tersebut dan terus mencari jalan ke Umbai. Setiba di Umbai kami tiba tepat pada masa dan keluarga yang lain juga tiba pada masa yang sama. Memang suatu kebetulan.

Terdapat banyak gerai yang menjual masakan seafood. Jadi kami cari gerai yang agak kosong, kerana gerai yang fames tue penuh dengan pelanggan. Kami memesan kerang, udang, ketam, tom yam, ikan (tak ingat nama ikan), serta beberapa makanan yang lain.

Setelah selesai makan, kami semua mula bergerak ke kampung. Konvoi 4 kereta selamat sampai ke kampung agak lewat malam. Pada keesokan harinya barulah kami balik semula ke Kuala Lumpur. Kami tiba di Taman Equine agak lewat, kerana sepanjang perjalanan balik agak sesak. Kesesakan sepanjang puluhan kilometer hanya disebabkan sebuah kereta rosak di tepi lebuhraya. Cis! cis!! cis!!! 1000x …