Tragedi 1.11.11

Takziah saya ucapkan kepada rakan sepejabatku iaitu Rashidee Rashid kerana rumah beliau telah dipecah masuk. Saya mengetahui hal ini pun melalui Fb beliau yang telah dikemaskini pada petangnya.

Banyak juga barang berharga hilang antaranya ialah kamera DSLR Canon EOS 600D, Sony PSP, barang kemas, kasut Timberland kesayangan dan beberapa lagi barang adiknya.

Boleh dilihat keadaan rumah yang berselerak (lihat gambar). Nasib baik tidak melibatkan nyawa, apa pun saudara Rashidee redha dengan segala musibah yang melanda keluarganya.

Grill dan mangga pun kena umpil, macam pulak kalau dah pasang CCTV? Rasanya pencuri tu akan curi kamera CCTV pulak kot?

Disambar Petir

Ketika kami sekeluarga menunggu masa untuk berbuka, hujan turun dengan lebat ditambah pula dengan guruh yang asyik berdentum. Tiba-tiba aku terdengar bunyi meletup di luar rumah, seolah-olah kilat menyambar sesuatu. Alarm rumah yang tidak aktif, tiba-tiba mengeluarkan bunyi reset. Beepp!!!..

Selepas itu sekali lagi kilat menyambar, kali ini bunyi tidak dapat dipastikan datang dari mana. Kemudian, tiba-tiba fius PLCB terpelantik. Sudah dicuba ON semula, namun ia tetap akan jatuh. Ada litar pintas yang sedang berlaku, tapi tidak dapat dipastikan dimana puncanya.

Bapa Mertuaku berkata TV tidak boleh di ON kan. Alamak, TV disambar petir ke? Siap dengan decoder Astro sekali kena. Tapi kalau nak diikutkan cerita memang TV dan Astro dalam keadaan OFF, tiada siapa yang memasangnya pada waktu hujan dan guruh. Namun nasib tidak menyebelahi, kalau dah nak kena memang kena jugak lah.

Salah satu sebab, suis pada soket tidak di OFF kan dan kilat menyambar Astro dish di luar rumah lalu merosakkan TV yang bersambung dengannya. Itu cuma andaian aku sahaja, berdasarkan teoriku dan pengalamanku sebagai electrical wireman. TV LCD yang baru dibeli dah rosak, kasihan la pulak kepada bapa mertuaku. Memang la ada warranty lagi, tapi dalam kes seperti ini warranty tidak boleh claim.

Cuma entah macam mana nak kelentong, sebab nak claim warranty. Sebabnya, technician kedai biasanya pakar dan tahu bagaimana sesebuah peralatan elektronik tersebut rosak disebabkan kilat atau disebabkan manufacturer defect. TV satu hal, Astro tu pula entah macam mana. Ditambah pula dengan fius yang litar pintas, bilik di tingkat atas bergelap tiada elektrik.

Apabila waktu berbuka telah masuk, kami berbuka dengan mihun biasa, mihun singapore dan grill. Grill tu ada macam-macam, daging, ayam, sayur cendawan dan bermacam-macam lagi. Air cincau laici sebagai pembasah tekaknya. Selepas berbuka kena pulak fikir macam mana hendak selesaikan masalah elektrik.

Birasku Afiq membuat call pada elektrician sebelum ini untuk datang membetulkan keadaan. Selang sejam lebih kurang barulah electrician tu sampai. Alhamdulillah, bilik di tingkat atas dapat dikembalikan kuasa elektriknya, cuma dapur belakang pula yang masih belum pulih. Takper lah, asalkan bilik ada lampu dan kipas, itu yang lebih penting buat masa ini.

Aku Kemalangan

Petang tadi hujan turun dengan renyai, aku yang pada ketika itu berada di rumah mertuaku keluar untuk pergi membeli juadah berbuka puasa. Dengan menaiki motorsikal aku redah saja hujan yang entah bila hendak berhenti.

Bak kata pepatah “Malang Tidak Berbau”. Di persimpangan lampu isyarat Taman Puncak Jalil, terdapat longgokan batu dan pasir di selekoh ke kiri. Motorku gagal dikawal apabila terlanggar loggokan tersebut dan terus terseret ke depan, aku pula tertiarap.

Nasib baik kereta di belakangku sempat brake kalau tidak entah apa jadi padaku. Dengan bersusah payah, aku bangun hidupkan motorku dan balik semula ke rumah mertuaku untuk meminta bantuan.

Aku meminta bantuan isteriku yang tercinta untuk menghantarku ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan. Tanpa melengahkan masa, kami pergi ke Klinik Fadzliana untuk mendapat rawatan.

Nasibku agak baik, tiada jahitan dikenakan hanya cuci luka biasa sahaja. Ketika iodin di bubuh pada lukaku, pedihnya bukan main lagi sampai keluar air mata. Ubat antibiotik, tahan sakit dan sapu diberi berserta M.C untuk esok hari.

Seperti kata doktor, seluruh badanku akan sakit diwaktu malam. Terutamanya di bahagian sendi dan belakang, bahagian luka tak payah ceritalah memang sakit. Alhamdulillah, syukur tiada perkara buruk terjadi.

p/s: Thanks Honey sebab bantu Abang hantar ke klinik. Abang akan ingat sampai bila-bila..