Sushi King Promotion RM2

Setiba sampai ke rumah, tiba-tiba dapat call dari wife suruh datang ke Jaya Jusco Equine kerana ada promosi sushi RM2 untuk satu plate. Dengan bergegasnya saya ke Sushi King bersama biras kerana mereka sedang menunggu di sana.

Sampai sahaja di sana ingatkan dah boleh duduk makan, rupanya kena beratur panjang semata-mata hendak makan Sushi murah ni. Ada la dalam sejam menunggu beratur, orang yang kepingin makan sushi mahal masa inilah yang paling sesuai.

Sampai giliran kami sekeluarga, kami dapat tempat duduk betul-betul depan pembuat sushi. Jadi kamilah orang yang paling awal mendapat sushi yang baru. Entah berapa pinggan kami makan, saya sendiri lost count. Tapi memang tinggi ler, bertingkat-tingkat mengalahkan mangkuk tingkat.

Anakku Umair pula begitu berselera makan sushi, siap pegang chopstik lagi. Boleh tahan juga, memang ada bakat pegang chopstik. Cuma slow sikit bab nak memegang sushi tu. Terkial-kial pegang chopstik nak dapatkan sushi, bila dah dapat sushi jatuh pula. Kasihan sungguh anak papa ni, begitu tekun dan sabar nak makan guna chopstik.

Last sekali papa suapkan la sushi guna chopstik papa ni. Sian dia, baru belajar pegang chopstik. Nanti dah besar boleh la belajar lagi. Boleh tahan juga Umair makan sushi. Papa dah rasa kenyang, Umair masih boleh menyumbat lagi.

Masa yang diperuntukkan selama sejam digunakan sebaiknya kerana itulah limit yang pelanggan boleh duduk dan makan. Ada la juga pelanggan bergaduh semasa beratur untuk mendapatkan giliran. Entah apa puncanya, saya sendiri kurang pasti. Sebab mereka ni Chinese, tak faham pula apa yang diperkatakan oleh mereka ni. Kami hanya boleh melihat sahaja dari dekat.

Selesai makan kami pun beredar balik ke rumah, mata pun dah berat dek kekenyangan sushi yang entah berapa pinggan banyaknya.

Durian @ Tembikai

Hujan masih turun dengan renyainya. Belum ada tanda-tanda yang hujan akan reda. Maka saya dan rakan sepejabat yang menggunakan kenderaan motorsikal terpaksalah menunggu sehingga hujan berhenti.

Perut sudah mula lapar, hujan pula sudah berhenti maka salah seorang daripada kami mencadangkan untuk makan bersama di Restoran Al-Amal. Saya, Usop, Pak Cu, Cd, Zaki dan Apis makan dan minum sambil menikmati buah durian yang dijual di depan Al-Amal.

Buahnya memang baik, isinya kuning dan manis. Entah berapa biji Pak Cu beli, kami cuma makan sahaja sebab dia belanja semua malam nie. Ketika saya hendak buka salah satu durian, tangan ini licin dan risau terkena durinya.

So, dengan bangganya Cd langsi saya dengan selamba, “Sufri mana reti bukak tembikai”. Entah apa bengong Cd pikir masa tu. Aku terus gelak besar. “Hahaha”.. terus Cd senyap tak berkata apa-apa.

Tue la, lain kali jangan langsi orang. Kan dah makan diri. Kalo ngko baca blog ini Cd, so sorry to say la. Akan aku archive artikel ini buat tatapan aku sampai akan datang. Hehehe..

p/s: Thanx PakCu, sebab belanja kitorang. Semua ko murah rezeki. Amin..

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Restoran Seri Melayu

Hari ini vendor kami dari Business Information Technologies (M) Sdn Bhd (BIT) menjemput warga JTM untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Restoran Seri Melayu. Majlis bermula dari tengah hari sehingga jam 4 petang. Saya dan rakan sepejabat pergi ke Restoran Seri Melayu pada waktu tengah hari.

Seperti biasa, dah namanya Restoran Seri Melayu maka lauk-pauk yang ada ialah masakan Melayu. Kalau setakat salad tu memang ada la, juga disertakan dengan dessert seperti buah-buahan dan kek dan manisan yang lain. Berbagai-bagai jenis masakan terdiri dari daging dan ayam. Masak rendang, masak kurma, masak sweet and sour dan bermaca-macam jenis masakan. Nak taip pun penat, senang cerita hampir semua masakan Melayu ada.

Saya pula tidak makan semua jenis masakan, hanya beberapa sahaja. Ini kerana saya hanya ambil makanan yang jarang ada seperti nasi minyak, kambing panggang, pulut durian, pelbagai jenis kek dan ABC. Tetapi apabila diperhati betul-betul, kali ini tidak banyak pilihan makanan yang ada jika dibanding seperti tahun yang sudah. Jika sebelum ini adalah persembahan tarian Melayu di atas pentas, tetapi tahun ini tiada tarian yang dipersembahkan. Mungkin bajet tahun sedikit jer kot.

Walaupun ramai lagi tetamu BIT yang hadir, makanan yang ada cukup untuk semua orang. Tetamu datang silih berganti, ramai tetamu BIT dari kalangan kakitangan kerajaan. Jika dilihat dari cara berpakaian pun orang dah tahu, apatah lagi jika kakitangan tersebut dari unit beruniform sudah tentu la ianya pasti.

Makanan di Restoran Seri Melayu memang ada kelas, memang sedap. Kalau nak dibanding dengan makanan Melayu yang ada di luar sana memanglah tidak jauh sangat bezanya. Sebab memang rasa masakan Melayu macam itu. Takkan la masakan Melayu rasa macam masakan Western. Dah tentu hilanglah rasa masakan Melayu tersebut.

Disebabkan semua kawan-kawan dah kenyang, saya dah rakan mula beredar. Balik saja dari Restoran Seri Melayu kepala saya dah mula pening. Mungkin makan kambing banyak sangat kot. Semasa sedang mengarang blog ni pun kepala masih pening. Adoi..

Selamat Hari Ibu

Ucapan khas Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu sahaja. Sempena itu, my family in law pergi ke sebuah restoran di Cyberjaya untuk menyambut Hari Ibu. Restoran masakan arab iaitu Restoran Saba. Di sana saya memesan nasi dan kambing sebagai makanan dan air mangga sebagai minuman.

Restoran tersebut penuh dengan pelanggan, sehingga kami terpaksa menunggu sebentar sementara pelanggan lain selesai makan. Boleh dilihat restoran mamak di hujung bangunan agak lengang dan kurang pengunjung.

Sempena Hari Ibu, sebuah kek dibawa untuk dihidang sekali. Ianya dituju khas buat Ibu Mertuaku dan Ibu Umair. Selesai makan kami semua balik ke rumah dalam keadaan kekenyangan kerana nasi yang dihidang memang banyak. Sampai di rumah terasa seluruh badan seperti tidak bermaya, mungkin kerana penangan kambing.

Saya ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibuku di Labuan pada hari Isnin. Maknanya dah jadi belated la, semoga beliau panjang umur dan murah rezeki. Mohon maaf dari anakanda kerana lewat telefon, bukan sengaja. Kredit telefon kekeringan. Huhuhu..

Tayar Kereta Pancit Lagi

Maksud lagi bermakna semalam memang dah pancit. Cuma setelah isi angin di stesen minyak Esso, tayar berisi angin seperti biasa. Suspek mungkin kerana dah lama tak isi angin, tapi ada sedikit muskil. Kenapa angin kurang begitu banyak?

Semasa saya sedang minum pagi bersama rakan sepejabat, satu panggilan telefon saya terima dan terpapar “Home”. Saya berkerut dahi sekejap, isteri saya tak keluar rumah lagi ker? Ini kerana jam sudah masuk 11am. Setelah telefon diangkat, rupa-rupanya tayar kereta isteri saya pancit. So, terpaksa la balik ke rumah untuk tukarkan tayar spare.

Sampai di rumah tanpa membuang masa saya terus tukar tayar. Nasib baik la pancit di rumah, kalau isteri saya terus jalan dalam keadaan pancit alamatnya kena tukar tayar baru la. Kalau setakat pancit tanpa ada sebarang pergerakan, tayar tersebut masih boleh ditampal dengan patcher. Skru sebesar jari kelengkeng melekat pada permukaan tayar.

Selesai tukar tayar, saya escort isteri saya untuk menghantar anak kami Umair ke rumah pengasuh. Walaupun agak lewat kerana sudah masuk tengah hari, isteri saya hendak biasakan Umair dengan keadaan di sana. Selesai menghantar Umair saya dan isteri pergi makan di Restoran Kembangan Paradise.

Saya pula selepas itu pergi ke pasar raya terdekat untuk mencari ‘Penghalau Nyamuk’ Ridsect tanpa menggunakan elektrik. Tetapi tidak dijumpai, kedai runcit dan 7eleven juga saya pergi tapi sama sahaja. Penat pusing mencari, saya batalkan niat dan terus balik ke pejabat. Sampai di pejabat saja dah 3pm. Hohoho.. Ini betul-betul mengular namanya..

Happy Birthday To Me

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih dipanjangkan umur. Pada hari ini genaplah usiaku 28 tahun. Tepat jam 12 malam, isteri saya mengucapkan “Happy Birthday Abang”. Sayang juga isteriku ini rupanya, sambil memberi special massage padaku.

Penat lelah semasa mengendalikan majlis perkahwinan adik iparku Nono kini hilang selepas massage diberikan. Walaupun hanya sekejap, tetapi cukup memadai padaku. Kasihan isteriku sebab sedang sarat menganung, takkan la nak suruh massage lama-lama.

Sekitar jam 12pm, saya dan isteri pergi ke Mid Valley untuk meraikan Hari Jadi saya. Kami memilih restoran makanan Vietnam iaitu ‘Restoran Little Vietnam’. Saya pun tak ingat apa nama menu yang saya pilih, akan tetapi ada lauk ayam. Manakala isteri saya memesan nasi yang ada daging.

Memang lain dari yang lain, masakan Vietnam tidak sepedas masakan Thailand tetapi sedikit masam dan manis. Agak sedap juga walaupun pertama kali mencuba. Minuman pula namanya ‘Three Color’, nama pun pelik tapi isi kandungannya tak ubah seperti Cendol Malaysia. Cuma ianya di hidang dengan menggunakan gelas dan bukannya mangkuk seperti kebanyakan Cendol Malaysia.

Harganya juga agak berpatutan, tidak la begitu mahal. Setiap set berharga RM12 hingga RM18, bergantung kepada jenis menu. Selesai makan, kami mula berjalan-jalan sambil menghadamkan makanan di dalam perut.

Di ruang legar Mid Valley ada pertunjukkan Tarian Singa sempena menyambut Tahun Baru Cina yang bakal tiba. Kami mula berehat dan duduk di dalam kedai buku MPH sambil membaca majalah. Selepas makan mula la mengantuk, maka terpaksa la saya order Nescafe Ais di cafe yang ada di dalam kedai buku MPH.

Sebelum balik ke rumah, saya dan isteri sempat membeli Roti Boy untuk makan petang. Roti Boy nie lebih kurang macam Roti Mexico, namanya saja lain. Satu hari nie penat berjalan sambil window shopping. Niat di hati hendak menonton wayang, tetapi isteri pula dah tak larat. So, balik saja la..

My Wife’s Birthday

Happy birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday to Honey

Happy birthday to you…

Lagu selamat hari jadi dalam lirik bahasa Inggeris khas buat isteri tersayang. Pada waktu pagi saya dan isteri keluar breakfast di restoran Al-Azwath. Kami mengisi perut dahulu sebelum ke Mid Valley. Sampai saja di Mid Valley kami bercadang hendak menonton wayang. Tapi malangnya, nak queue beli tiket saja dah macam ular siap boleh buat bulatan lagi. So, cancel jer la nampak gayanya.

Kami window shopping sekitar Mom’s Care dan Modern Mom, semua tempat-tempat favourite khas buat ibu-ibu mengandung. Al-maklum la, sementara wife masih larat berjalan boleh la beli barang baby mana yang patut. Kalau nak harap saya, memang tak tau nak beli apa. Which one is the priority pun tak tau.

Saya singgah kedai Vincci untuk membeli Ear Ring kepada isteri sebagai hadiah. Asalkan cantik dan menarik kau memang the bomb. My wife terima dengan senang hati. Selepas itu kami ke kedai komputer, my favourite place. Belek-belek Mac Book Pro dan iPhone 3Gs baru. Harganya saja boleh buat orang fikir banyak kali.

Selepas itu kami ke kedai buku MPH untuk membaca buku sambil mencari buku yang sesuai untuk dibeli. Saya pergi ke bahagian section Computer Magazine manakala wife saya di section Maternity (Maternity tue apa?). Apabila agak lapar kami pergi ke Food Court untuk makan tengah hari, walaupun hari dah pun petang. Mungkin kerana breakfast berat pagi tadi.

Semasa kami makan di Food Court kami nampak seorang artis iaitu Nabil (Raja Lawak). Mula-mula saya rasa bukan dia, tapi setelah ramai orang bercakap-cakap pasal Nabil, so saya rasa tak silap oranglah. Selepas itu Nabil macam perasan semua orang sedang memerhatikan dia. Terus dia dan kawannya pergi dari situ tanpa sempat order makanan.

Selepas habis makan, saya dan wife datang semula ke MPH untuk membaca buku dan membeli buku. Jam menunjukkan 6.30pm, kami pun balik. Sampai di rumah saya dan isteri dikejutkan dengan surprise, hadiah harijadi oleh Bapa Mertua saya. Bakul baby jenama Sweet Cherry menjadi hadiah buat isteri saya. Lepas baby lahir, boleh la bawa baby dengan bakul tue. Tapi tangan bapanya kena la tough. Huhu..

Malamnya, kami sekeluarga (mertua) pergi makan malam di restoran Black Canyon di Summit, USJ. Memandangkan makanan di situ agak mahal makan saya carilah menu yang paling murah. Malangnya, menu yang murah sentiasa habis. Terpaksa la order menu yang agak mahal iaitu ‘Black Canyon Special Steak’ dan Hot Chocolate.

Tapi semuanya dibelanja oleh Ibu Mertuaku. Hehehe.. al-maklum la, menantumu yang sulong ini walletnya selalu saja bocor. Semua sebab nak menyediakan peralatan dan pakaian untuk ‘ahli baru’ dalam keluargaku. Minta maaf ler ibu mertuaku, kalau rezeki menantumu mencurah-curah, akan kubalas semula. Andaikata tidak terbalas, akan kuingat dan kenang selalu. Hehehe…

Makan Malam di Umbai, Melaka

Malam sabtu yang lepas, saya serta keluarga pergi makan malam di Umbai, Melaka. Turut hadir ialah Cik Lati sekeluarga, Cik Suma dan nenek. Saya, isteri serta adik Aan bertolak dari KL sekitar jam 3 petang menuju ke Selatan dengan menggunakan highway PLUS. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan begitu lebat sekali. Wiper pada kereta pula sudah lusuh dan air hujan seperti tidak dapat membias air.

Semua kereta berjalan sangat perlahan sekitar 40-50km/j, kerana hujan begitu lebat sekali. Apabila sampai di sekitar kawasan Senawang, highway menjadi sesak secara tiba-tiba. Rupa-rupanya ada sebuah lori kemalangan dari arah Selatan menuju ke Utara. Kesesakan lalulintas dari arah Selatan tersangatlah panjang.

Saya memandu dengan kelajuan 90km/j selama 15 minit. Bayangkan berapa panjang kesesakan pada waktu itu. Kami meneruskan perjalan seperti biasa dan singgah sebentar di R&R Seremban untuk refreshing. Saya singgah sebentar untuk membeli wiper baru, malangnya tiada saiz yang sesuai. Saya membeli 2 pau kacang, 2 pau kari ayam dan 2 pau kaya untuk mengalas perut.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke selatan. Sepanjang perjalanan, cuaca kurang baik sentiasa hujan. Apabila sampai sekitar Melaka kami berhenti semula di R&R Ayer Keroh untuk berehat sambil minum Nescafe. Setelah berehat dalam setengah jam barulah kami mula bergerak ke Umbai.

Dalam perjalan ke Umbai, kami fikir untuk singgah sebentar di Bandar Melaka, tapi memandangkan saya kurang arif dengan jalan di Melaka saya batalkan niat tersebut dan terus mencari jalan ke Umbai. Setiba di Umbai kami tiba tepat pada masa dan keluarga yang lain juga tiba pada masa yang sama. Memang suatu kebetulan.

Terdapat banyak gerai yang menjual masakan seafood. Jadi kami cari gerai yang agak kosong, kerana gerai yang fames tue penuh dengan pelanggan. Kami memesan kerang, udang, ketam, tom yam, ikan (tak ingat nama ikan), serta beberapa makanan yang lain.

Setelah selesai makan, kami semua mula bergerak ke kampung. Konvoi 4 kereta selamat sampai ke kampung agak lewat malam. Pada keesokan harinya barulah kami balik semula ke Kuala Lumpur. Kami tiba di Taman Equine agak lewat, kerana sepanjang perjalanan balik agak sesak. Kesesakan sepanjang puluhan kilometer hanya disebabkan sebuah kereta rosak di tepi lebuhraya. Cis! cis!! cis!!! 1000x …

My 4th Day in Labuan

Hari ini adik saya, Hafizal akan balik semula ke Kuala Lumpur kerana cutinya sudahpun habis. Mak, abah, saya dan isteri pergi menghantar Hafizal ke Labuan Airport. Setelah menghantar Hafizal, kami balik ke rumah untuk berehat.

Pada petangnya, saya dan isteri keluar berjalan sekitar Labuan. Lama betul saya tidak berjalan-jalan. Saya dan isteri berjalan sekitar Kompleks Sukan Air Labuan. Kami bergambar sambil melihat pemandangan di tepi pantai.

Pada malamnya, abah membawa kami sekeluarga makan di Anjung Ketam. Kami pergi ke Anjung Ketam awal sedikit kerana risau ketamnya habis seperti semalam. Sampai di sana kami memesan 2kg ketam masak stim, 2kg ketam masak butter, baby kailan, Ikan putih, nasi dan 1 jug air kucai.

Restoran ini pernah dikunjungi oleh Maria Tengku Sabri dalam rancangan “Jalan-jalan cari Makan”. Sedap sehingga menjilat jari, orang putih cakap “Finger Lickin Good”..

My 3rd Day in Labuan

Cuaca hari ini sungguh cerah, rasa tak puas tidur sebab bangun terlalu awal pada hari cuti. Ini kerana kami terpaksa bangun awal untuk ke jeti kapal bagi mendapatkan ketam yang segar pada harga borong. Nasib agak baik hari ini kerana ketam yang dicari ada, cuma tidak banyak hanya 2.5kg sahaja dengan harga RM12/kg. Sata paling banyak tetapi kami cuma beli 1kg sahaja dengan harga RM15/kg.

Selepas membeli ketam dan sata, kami pulang ke rumah dan berehat. Disebabkan penat ke pasar dan bangun awal, saya tertidur sampai ke tengah hari. Petangnya, saya dan isteri keluar pergi ke Ujana Kewangan untuk berjalan-jalan. Sampai di sana saya terjumpa kawan lama. Ezam @ Reno namanya. Kami berbual panjang sambil bertanya khabar tentang kawan-kawan yang lain.

Selepas berbual panjang lebar, kami mula beredar dan berjalan sekeliling dan berjumpa lagi kawan lama isteri saya. Maka kali ini isteri saya pula berbual panjang lebar. Saya hanya senyum sengih melihat gelagat mereka. Hari sudah mula lewat petang, kami mula beredar untuk pulang.

Hari nie saya cuba tangkap gambar pemandangan sunset, tapi sama juga seperti semalam. Matahari menyorok di sebalik awan. Saya tangkap juga beberapa pemandangan yang boleh dibuat kenangan.

Pada malamnya kami sekeluarga hendak pergi makan ketam di Selera, Kompleks Sukan Air Labuan. Tetapi restoran tersebut tidak buka pada malam itu. Kemudian kami pergi ke Anjung Ketam, malangnya ketam telah pun habis. Selepas itu kami pergi ke Restoran Tom Yam Island, tapi sama juga tutup. Last sekali kami pergi ke Restoran KFC. Adoi, punya penat pusing dari hujung ke hujung. Last sekali makan KFC la pulak..Huhu…