Aku sendiri tak ingat bila kali terakhir aku belek album lama. Banyak kenangan lama tersimpan di dalam album walaupun usang rupanya. Kalau tidak kerana abah yang meminati dan mempunyai hobi fotografi pada ketika itu, aku rasa gambar ini tidak akan ada.

Aku cuma ingat gambar ini di tangkap oleh abah semasa kami tinggal di Membakut, Sabah. Tempat di mana abah mula bekerja. Gambar yang membawa seribu makna pada aku, kerana inilah aku sewaktu zaman kecilku.
p/s: Thanx to Abah for taking this photo, and thanx to mum for remind and keep it very well..

