Refreshing at Kolam Air Panas Gadek

Plan asal hendak dibuat semalam, namun terpaksa ditunda ke hari ini kerana saya sebagai driver cukup mengantuk untuk perjalanan yang agak jauh. Dengan plan yang dirasakan lebih kurang saya dan wife sahaja yang pergi mandi pada malam ini.

Umair terpaksa kami tinggalkan kerana risau tiada siapa yang akan menjaganya ketika kami mandi dan risau Umair bermain dengan air panas. Lagipun perjalanan kami agak jauh dan larut malam.

Sampai di Kolam Air Panas Gadek, ramai pengunjung yang berendam di sana. Kami mengambil di satu sudut kolam yang mengadap dengan TV. Kami berendam agak lama sejam lebih rasanya.

Terasa seluruh badan segar apabila aliran darah menjadi laju. Setiap sendi dan otot terasa begitu rilex, tidak lenguh seperti sebelumnya. Untuk mengelakkan dehydrated, kami minum air mineral yang sejuk sambil berendam.

Beberapa kali juga angin keluar dari seluruh badan, terasa sungguh lega. Baik angin atas (sendawa) mahupun angin bawah (k*nt*t). Rasa  begitu cergas sekali. Tapi risau juga apabila hendak balik nanti, sebab badan dah terasa sedap untuk tidur.

Lebih kurang jam 3am kami balik dalam keadaan yang sangat selesa. Tapi aku pula yang terasa risau dengan keadaan yang selesa ni. Ngantuk datang pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, aku singgah di R&R Seremban untuk berehat dan tidur sebentar.

Lebih kurang jam 4.30am kami sambung perjalanan balik dan selamat sampai jam 5.15am. Sampai saja di rumah, kami boleh sambung tidur sekali lagi. Bukan letih buat kerja pun, tapi badan terasa sungguh selesa untuk tidur.

Daging Bakar Lazat

Saya sekeluarga bersama keluarga mertua pergi makan daging bakar yang menjadi igauan keluarga mertuaku. Entah apa yang sedap sangat, tempat yang jauh pun kami pi gak (pelat utara). So, kami pun plan pergi dengan 2 kereta.

Saya, wife, Umair dan Ihsan (adik ipar) satu kereta, manakala ibu dan bapa mertuaku bersama Sufi (adik ipar) pergi dengan satu kereta lagi. Oleh kerana our pilot yang pernah bawa kami ke tempat tu kini berada di Seremban, maka aku sebagai driver kena la cari jalan sendiri untuk ke sana.

Sedang kami bersiap, ibu dan bapa mertuaku sudah bertolak lebih awal. Memang dia tak boleh lambat-lambat atau tunggu orang. Aku pula lewat sebab nak siapkan barang-barang Umair. Siap semuanya, kami pun bertolak secara solo kerana sebuah lagi kereta dah bertolak awal.

Aku yang kurang mahir dengan jalan kawasan Dato’ Keramat terpaksa menggunakan bantuan GPS yang ada di dalam Smartphone ku. Alhamdulillah, tanpa sebarang masalah kami sampai ke destinasi yang dituju malah kami sampai terlebih dahulu daripada ibu dan bapa mertuaku.

Sampai sahaja isteriku memesan kerang bakar, lidah bakar, daging bakar, tomyam, pulut mangga dan beberapa lagi lauk lain. Daging dan lidah bakar adalah menu wajib, sebab itulah yang dicari.

Apa yang best sekali, ini kira kali ketiga aku datang dan baru hari ni aku tau nama tempat ni Hah TomYam. Sebelum ni aku datang tau makan ja, datang sini pun biras aku yang bawa. Kali ni aku drive sendiri, datang sendiri, cari jalan sendiri.

Lepas ni aku kira expert la jalan ke Hah TomYam, kalau mertuaku aku mengidam Daging Bakar or Lidah Bakar kat Dato’ Keramat ni boleh ler aku tunjukkan jalan. Heheh..

Passport Oh Passport..

Hari ini adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua kakitangan kerajaa, . Mana tidaknya, wang gaji akan memberi senyuman kepada semua orang untuk menyelesaikan segala hutang-piutang. Tidak kurang juga ada yang menggunakannya untuk shopping sama ada untuk membeli barang keperluan mahupun barang kehendak.

Cuaca pagi ini, hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik aku dah sampai office awal, kira-kira jam 7.50am macam tu. Ada bermacam-macam benda yang perlu diselesaikan pada hari ini. Salah satunya ialah membuat passport, bayar bil telefon, buat gambar passport.

Sebelum aku ke Jabatan Imigresen Putrajaya, aku sudah membuat panggilan untuk memastikan dokumen apa yang perlu dibawa bersama. Borang yang telah lengkap diisi, salinan IC dan 2 keping gambar berukuran passport. So, sekarang ni kenalah tunggu hujan berhenti reda.

Agak-agak lebih kurang jam 12am barulah hujan reda, perkara pertama ialah pergi membuat gambar passport. Sebelum itu, kenalah kemas sedikit shave misai apa yang patut. Nasib baik sebelah kedai gambar ada kedai serbaguna 7eleven. Selesai tangkap gambar, kenalah tunggu 30 minit untuk gambar tersebut siap.

Sambil tu saya pun pergilah ke Bank Islam berdekatan untuk mengeluarkan wang dan berpatah balik semula ke kedai gambar untuk mengambil gambar tadi. Destinasi berikutnya ialah Celcom Centre berdekatan dengan Leisure Mall. Apa lagi kalau bukan bayar bil telefon, dah seminggu handset kena barred.

Selepas itu aku terus ke Jabatan Imigresen Putrajaya di Presint 2. Sampai di sana ada signboard mengatakan Passport Malaysia tidak boleh dibuat di sini. Tempatnya telah ditukarkan ke Jabatan Imigresen Passport Putrajaya di Presint 15. Adoi, dugaan betul karenah nak buat passport. Dah ler aku puasa sunat hari ni, nasib baik ler cuaca agak mendung dan tidak panas.

Berdasarkan map (tulis tangan) yang ala kadar ni, aku berjaya sampai ke destinasi. Terdapat halangan yang mengganggu iaitu sebagai orang Sabah saya kena bawa bersama surat beranak sebagai tambahan. Macam tu pula jadinya, surat beranak aku tu entah pergi mana. Dah hilang susah pula nak mencarinya.

So, kena la pergi Jabatan Pendaftaran Negara di Presint 2 tadi. Berulang-alik ke tempat tersebut, aku dah macam despatch pulak rasanya. Sampai di JPN, aku mengisi borang untuk menggantikan surat beranak yang hilang. Setelah mengambil nombor giliran sekarang ialah 1059 dan nombor aku pula ialah 1060.

Nak tunggu nombor kena panggil punyalah lama. Entah apa mereka buat kat dalam kaunter tu. Selepas nombor dipanggil dan info bertukar tangan, ada satu perkara yang menggusarkan aku. Oleh kerana data saya tiada dalam sistem di Semenanjung dan perlu dirujuk di Sabah ianya mengambil masa 30 hari untuk membuat salinan baru.

Wow, tergamam aku sekejap. Macam tak percaya aku dengar apa yang diperkatakan oleh pegawai imigresen tersebut. So, aku pun balik semula ke pejabat dalam keadaan hampa. 30 hari bukan satu masa yang singkat, aku pun kurang pasti sama ada 30 hari betul atau 30 hari bekerja. Kalau 30 hari bekerja mau 2 bulan jadinya.

Terus aku buat “Ops Bersih” di partition tempat aku duduk. Segala fail peribadi dan fail pejabat di susun dan di asingkan mengikut group masing-masing. Akhirnya aku jumpa juga surat beranak yang tersisip di dalam sampul surat. Sebab surat beranak ni kecil sahaja, maka agak sukar untuk dijumpai.

Alamatnya esok aku kena ke Putrajaya sekali lagi untuk menyelesaikan hal passport ni. Memang dugaan betul, dugaan ketika berpuasa. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Tak perlulah aku tunggu selama 30 hari yang agak lama tu.

Umair dan Atuk di KLCC

Semalam (Ahad), Umair dan Atuk (Labuan) berjumpa di KLCC sambil ditemani oleh Uncle Ezal dan Uncle Aan. Umair tidak kekok seperti sebelum nie, mungkin dia dah mula kenal family dari Labuan. Jikalau sebelum ni, Umair akan duduk diam keras dan mata menjeling liar.

Kali ini Umair lebih mesra dan lebih bersahaja. Apabila kami bertemu di taman KLCC, kami bersembang rigkas manakala Umair pula asyik berlari keriangan di taman. Selepas itu barulah kami ke Cold Storage kerana ada barang makanan yang hendak dibelikan oleh Atuknya kepada Umair.

Selepas kami pergi ke Cold Storage, kami pergi minum petang di Little Penang. Rojak buah, ABC dan Cendol menjadi salah satu menu yang biasa. Umair dan Papa berkongsi ABC, suka sangat dengan minuman sejuk. Semua dibelanja oleh Atuk Umair.

Hari telah pun lewat petang, kami pun mula balik ke rumah dan membawa haluan masing-masing. Umair dah dapat biskut Oat dan mainan kereta yang selalu disebut-sebutnya iaitu “Car”.

Umair Naik Motor Dengan Papa

Selesai sahaja final examku untuk kertas hari ini, aku terus balik ke rumah Ibu Mertuaku di Equine untuk bertemu dengan anakku Umair yang tersayang. Di bulan puasa seperti biasa, orang akan banyak tidur dari berjaga. Lebih-lebih lagi di hari cuti.

Umair yang baru sahaja hendak tidur, terus bangun apabila nampak papanya. Aku pun bermain-main bersamanya, sampai la dia penat dan aku pun penat. Cuaca tengah hari yang agak panas membuatkan orang hendak duduk di rumah sahaja.

Aku mandikan Umair supaya sejuk sikit badannya dan senang tidur, manakala mamanya memakaikan pakaian untuknya. Aku pula entah bila tertidur di sofa depan sampai la aku terjaga pada jam 4 petang.

Selesai solat Asar, aku pergi mendapatkan Umair yang pada ketika itu sedang memerhatikan ayam belaan bapa mertuaku. Umair pula seronok mengejar ayam yang sedang mencari makan. Lucu pula lihat telatah Umair, apa yang pelik ayam tersebut tidak takut dengan Umair dan Umair pula hanya mendekati dan memerhatikan ayam sahaja.

Cuaca yang agak redup cukup baik, aku start motor dan membawa Umair berjalan-jalan di sekitar Puncak Jalil dan Taman Equine. Sambil-sambil memerhatikan juadah di bazar Ramadhan kami berjalan perlahan-lahan dengan motorku.

Sampai di taman permainan, aku turunkan Umair dan bawanya bermain di kawasan papan gelungsur. Umair cukup suka berjalan sambil memanjat tangga. Walhal Umair belum cukup kuat untuk panjat tangga, akulah yang membantunya naik ke atas.

Agak lama bermain, aku pula yang terasa penat. Umair masih belum menunjukkan tanda-tanda penat dan apabila diajak balik dia asyik mengelak. Cukup seronok Umair bermain, padahal kami berdua sahaja di taman permainan tersebut.

Nak tak nak aku terpaksa bawa Umair balik walaupun dia masih hendak bermain, hari sudah petang. Waktu berbuka ada sejam sahaja lagi, kami pun balik sambil pusing-pusing naik motor sekali lagi di Taman Equine. Seronok Umair petang tadi walaupun hanya sekejap. Sayangnya papa tak dapat snap gambar Umair kerana tak bawa kamera. Kegembiraan Umair adalah kegembiraanku juga.

Mat Salleh Makan Durian

Sekarang musim durian, macam-macam jenis durian yang ada. Durian Kampung, D24, D99, D101 dan bermacam-macam jenis ‘D’ lagi yang ada di pasaran termasuklah durian yang diimport dari Thailand.

Aku pun salah seorang penggemar durian, tapi bukanlah fanatik sampai mengidam. Jumpa saja durian terus beli, bukanlah sifatku. Kalau ada makan, kalau bukan musim, tak kisah pun kalau takder.

Aku takderlah macam salah seorang officemate aku yang mengidam buah rambai, sampai ke Sabah cari buah Rambai. Takder buah Rambai siap beli pokok Rambai, entah berapa tahun pulak nak tunggu berbuah.

Semasa aku pergi ke Chow Kit, ada la beberapa gerai yang menjual durian. So, ada la beberapa gerai yang menyediakan tempat duduk untuk kita makan durian sekali. Sedang membelek durian, maka terlihatlah seorang pelancong sedang menikmati duriannya.

Seronok pula tengok mat salleh ni makan durian, kusyuk sambil dia membelek-belek handsetnya. Solo pulak tue, tak nampak pula partner dia kat mana-mana. Mungkin ada la di sekitar, sebab tue dia belek-belek SMS agaknya.

Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Jabatan Piala Dato Dekan FP & Pengarah PPUKM 2011

Setelah menjalani latihan selama 2 minggu di Dewan Badminton, Kompleks Sukan Desa Tasik. Pertandingan yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Agak lama dah tak main badminton, apabila dicongak tahun ada la kira-kira 7 tahun tak main badminton.

Kejohanan badminton ini adalah khas untuk staff PPUKM, so kalau nak import pun hanya di kalangan staff PPUKM sahaja. Bagi pertandingan ini, Jabatan Teknologi Maklumat telah menghantar 2 pasukan untuk pertandingan kali ini.

Dua pasukan itu diberi nama “Angry Bird 1″ dan “Angry Bird 2″. Namaku tersenarai di dalam kumpulan kedua iaitu “Angry Bird 2″. Agak ramai pasukan yang bermain pada pertandingan kali ini. Jumlah pasukan ialah 20 keseluruhannya.

Senarai pasukan JTM yang utama kami letakkan pada team “Angry Bird 1″ manakala yang “agak kurang sikit performance pada team kedua iaitu “Angry Bird 2″. Setelah cabutan undi dibuat, kedua-dua pasukan tidak akan bertanding sesama sendiri tetapi akan berjumpa pada final nanti. Itupun kalau kami berjaya ke final, Insya-allah..

Mama dan Abah di i-City

Buat pertama kalinya Abah dan Mama sampai ke i-City yang berwarna-warni disirami dengan lampu yang pelbagai bentuk dan corak. Bermula dengan mengambil gambar di pintu gerbang sehinggalah ke dalam kawasan i-City. Mama memang teringin hendak ke sana, so kami sebagai anaknya bawalah ke sana.

Dari pokok yang penuh dengan lampu sampailah ke bentuk-bentuk haiwan yang pelbagai. Terdapat juga pameran haiwan-haiwan liar seperti ular, katak, cicak dan bermacam-macam lagi jenis binatang yang dipamerkan. Boleh bergambar dengan burung dan iguana yang besar. Besar sungguh iguana tu, geli memanglah geli, tapi iguana tu bukan buat apa pun.

Sempat kami lihat ular sawa albino diberi makan oleh penjaganya. Seekor ayam yang masih hidup diberi makan kepada ular sawa dalam keadaan terikat. Saya boleh nampak proses ular sawa membaham mangsanya dengan membelit badan mangsa (ayam). Kepala ayam tersebut memang ditelan dahulu supaya lemas dan mudah untuk ular sawa menelannya. Proses ular sawa memakan masa yang cukup lama, tak larat tengok sebab lama sangat saya pergi melihat haiwan yang lain.

Secara live ada juga cicak tokek yang menjadi rebutan kerana harganya yang tinggi di pasaran gelap. Kulit yang berwarna merah dan sedikit hijau sedikit perang sedikit cerah yang sukar dikenali warna sebenar. Apa yang pasti kulitnya berbintik merah dan beberapa jenis lain lagi berbintik hijau.

Puas berjalan sekitar i-City kami pergi makan di Restoran Ani Sup Utara. Saya telah memesan Sup Gearbox yang memang dah lama hendak merasa tetapi tiada peluang. Rupanya Sup Gearbox lain dari tempat yang biasa jual kerana ianya tidak ada lubang untuk disedut. Lemaknya dah dikeluarkan so kurang fresh la, tak macam dalam tulang. Kalau tahu macam tu, better la aku order sup daging sahaja.

Bodek atau Memperkulikan Diri?

Bodek atau Ampu adalah perkara yang cukup sinonim di antara majikan dan anak buah atau seorang ketua dengan orang bawahannya. Perkara seperti ini berlaku di mana-mana tak kira di sektor swasta mahupun awam.

Kuingatkan bodek ni cuma berlaku secara tidak langsung iaitu entertain karenah orang tersebut sehingga ‘dia’ berpuas hati dengan servis yang diberikan. Rupanya ada juga yang berlaku secara langsung iaitu puji melangit, semua kerja ditanggung beres, semua pun boleh dan macam-macam lagi. Semua ini berlaku di depan mata aku dan telinga aku sentiasa geli gelaman mendengar ayat ampu sana, ampu sini.

Kalau puji secara ikhlas tu, takper la jugak. Ini siap buat-buat terserempak la konon, boss sentiasa hensem dan bermacam lagi ayat yang membuatkan telinga aku bernanah apabila mendengarnya. Kalau Boss tu pergi ke mana saja, si pengampu ni mesti follow. Macam takder kerja lain.

Tapi tak hairanlah si pengampu ni naik pangkat. Ampu, bodek memang lebih bak kata orang, Nescafe kaw kaw kaw punya. Tak pernah jeles pun dengan si pengampu ni, sebab bukan berkepentingan sangat pun. Lagipun, berkat ke naik pangkat dengan mengampu? Pada pendapat aku, itu bukannya bodek tapi lebih kepada memperkulikan diri.

Jogging

Jogging untuk kesihatan badan. Itulah moto yang mudah untuk aku ungkapkan. Since dah lama aku tidak bersukan sejak kahwin, elok juga sekiranya aku bersukan untuk menjaga kesihatan. Walaupun aku tidak merokok, senaman juga perlu.

Petang tadi aku dah mula berjogging selepas office hour. Pusing keliling di Taman Tasik Permaisuri sebanyak 2 round dalam masa 30 minit cukup memenatkan. Aku berjogging non-stop sampai la cukup 2 round. Kiranya stamina aku masih kuat lagi, walaupun dah lama tinggalkan gym.

Nak masuk gym semula tak mampu, sebab yuran mahal. So, jogging kat taman pun dah kira Ok. Kalau ada rezeki lebih baru la masuk gym semula. Permulaan yang bagus tapi ending pulak kurang bagus.

Apabila saya balik semula ke pejabat untuk minum air di pantry, mesin air bertapis pulak rosak. Kurang asam betul, dah la tengah haus nih. Kalau tahu awal-awal baik beli 100 Plus semasa lalu depan cafe. Nasib baik la ada ais batu, campur la dengan air panas. Nikmat dapat minum air. Esok jogging lagi kalau cuaca mengizinkan.