Tragedi Di Bulatan PPUKM

Setelah penat bekerja sehari suntuk di pejabat, maka sudah tiba masa untuk balik ke rumah dan beristirehat. Ada yang masih menyambung kerja dan ada yang bergegas terus pulang setelah tiba waktunya.

Di suatu petang yang hening, kami dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang rakan sepejabat kami iaitu saudara Syed Mohamad Yazeed. Beliau dilanggar oleh sebuah kereta di kawasan bulatan PPUKM. Pemandu yang melanggar juga ada seorang kakitangan PPUKM iaitu Pensyarah Psikiatrik.

Menurut saksi kejadian, kereta yang dipandu oleh pensyarah berkenaan memang laju ketika memasuki simpang di bulatan tersebut. Ambulan datang membantu membawa mangsa yang tercedera (Yazeed) ke A&E untuk diberi rawatan selanjutnya.

Kami sebagai rakan sepejabat yang masih berada di pejabat, memberi sokongan moral dan menziarah ketika beliau diberi rawatan. Motorsikal yang dipandu beliau agak teruk, namun pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian berlaku hujan masih belum turun, hujan mulai turun apabila saudara Yazeed sempat dikejarkan ke A&E. Kalau tidak memang basah kuyup la. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan. Amin..

By sufri82 Posted in Office

Majlis Perpisahan Mantan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, PPUKM

Majlis yang dibuat khas buat mantan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Perubatan UKM dibuat di Sukmaria, PPUKM. Betapa sayangnya staff JTM kepada Prof Madya Dr. Ahmad Taufik Jamil (title sudah update) sehingga kami kumpul wang untuk menjayakan majlis ini dengan begitu meriah.

Sesampai sahaja Prof Madya Dr. Ahmad Taufik kami mula bergambar sebagai kenangan. Bermacam-macam posisi formal dan free style. Nasib baiklah kamera saya wide angle lens, boleh ler ambik gambar semua orang. Kalau pakai portrait 50mm alamatnya memang simpan saja la kamera tu.

Ucapan alu-aluan oleh Ketua Jabatan, JTM buat Mantan Ketua Jabatan, JTM. Serta diselangi video mengenai Prof Madya Dr. Ahmad Taufik. Pelbagai hadiah diberikan sebesar-besar hadiah seperti TV LCD sehinggalah sekecil-kecil hadiah seperti model basikal tua “Raleigh”.

Kemudian kami dihiburkan dengan lagu yang dimainkan oleh saudara Rashidee dengan gitar kapoknya. Bukan hiburan yang didendangkan tetapi lebih kepada kesedihan. Mungkin kerana lagu tersebut memberi makna yang cukup mendalam kepada pendengarnya.

Semua orang yang mendengar guitarist Cd dengan penuh kusyuk. Apa yang menarik beliau melakukan secara solo live dan bukan miming. Ini juga adalah persembahan beliau yang pertama bermain gitar. Syabas diucapkan kerana beliau berjaya buat persembahan sulungnya.

Makanan catering yang tersedia tidak kurang juga sedapnya. Semuanya sedap-sedap belaka, baik dari nasi, lauk-pauk, pemanis mulut. Last sekali ialah air yang paling sedap iaitu Air Kosong. Oleh kerana semua makanan boleh dikatakan manis-manis belaka, maka air kosong adalah pilihan yang wajar. Pandai juga caterer ni buat air.

By sufri82 Posted in Office

Tamatnya Perkhidmatan Dr. Ahmad Taufik Jamil Sebagai Ketua Jabatan, JTM

Sebelum ini kami sebagai warga JTM memang pernah dengar khabar angin yang kurang baik, dimana kontrak Dr. Ahmad Taufik sebagai Ketua Jabatan tidak diperbaharui. Berbagai-bagai andaian dan cerita yang mungkin dan tidak kurang juga dari sumber yang boleh dipercayai.

Namun siapa sangka, kami dikejutkan dengan berita penamatan Ketua Jabatan kami dalam masa yang tersangat singkat. Dr Taufik memberi sepatah dua kata di laman facebook kepada kakitangan JTM yang mana ianya sedikit sebanyak memberi impak kepada masa depan JTM ini sendiri.

Rata-rata kakitangan JTM melahirkan rasa dukacita di atas nasib yang menimpa Dr Taufik. Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan penamatan kontrak Ketua Jabatan oleh pihak Pengurusan PPUKM. Hampir semua kakitangan mula bimbang dengan kerjaya dan halatuju JTM selepas ini.

Ada yang mengatakan turunnya Dr Taufik ibarat turunnya Dr Mahathir. Namun apa yang dirisaukan ialah jika penggantinya pula ibarat Pak Lah memang haru biru la jawabnya. Kelihatan JTM semakin hari semakin suram dengan berita ini.

 

p/s: Hidupku jua semakin suram..

By sufri82 Posted in Office

Hobi Boss 48

Al-kisah pada suatu hari, sedang aku membelek facebook yang menjadi kegilaan ramai. Ada la seorang rakanku yang ku beri gelaran “CD-ROM” mendapat news terbaru mengenai salah seorang boss kitorang jugak.

 

Apa yang menarik perhatian “CD-ROM” ialah boss kitorang yang sorang ni komen pada wall salah seorang Mutual Friend yang menjadi perhatian ramai staff lelaki di jabatan tempatku bekerja.

Padaku apa yang menarik bukanlah komen pada wall tersebut, tetapi lebih kepada hobi beliau yang suka update demi kepuasan sendiri. Agak lain dari yang lain, tetapi itulah yang aku rasakan menarik.

Update gambar sendiri dengan lakaran tambahan berbentuk komik agak lain dari yang lain. Sebahagiannya adalah posing di depan kamera (WebCam rasanya).

By sufri82 Posted in Office

Majlis 7 in 1

Banyak betul majlis yang dibuat pada hari ini, semua dihimpun menjadi satu. Sebab tu majlis ni diberi nama “Majlis 7 in 1″. Walhal majlis ni adalah untuk meraikan 7 perkara yang dibuat sekaligus.

Ianya adalah..

  1. Sambutan Hari Lahir Staff/ahli KSK bagi bulan Julai hingga Disember 2011.
  2. Perpisahan Pn. Ardiana Suriati yang akan bersara pilihan.
  3. Pemergian En. Mohd. Sufri (bercuti selama 3 tahun).
  4. Penamatan latihan industri pelajar praktikal E. Mohd. Hapis Md. Nasir (13 Julai – 9 Disember 2011).
  5. Meraikan staff/ahli KSK, JTM yang baru.
  6. Sumbangan kebajikan kepada staff JTM.
  7. Penyerahan hadiah Kejohanan Ping Pong antara Jabatan, PPUKM 2011.

Semua dibuat dalam satu majlis yang sama. Jimat kos dan jimat belanja, nasi lemak pun siap bungkus punya. Tapi itu bukan masalah kerana banyak lagi makanan lain yang menjadi juadah breakfast pagi ini.

Ketika sampai masuk bab “Pemergian Aku Selama 3 tahun”, aku disuruh memberi ucapan. Dah la aku tak prepare apa-apa speech untuk pagi ni, maka apa yang terlintas pun aku ucap sambil berseloroh.

First thing first aku ucapkan ucapan maaf kepada semua staff yang mana secara langsung atau tidak langsung tersinggung atau sakit hati. Aku tujukan khas buat Puan Siti Hajar kerana aku tahu beliau banyak bersabar dengan karenah aku selama ni. (Tiba-tiba Kak Hajar terperanjat bila namanya aku sebut).

Ada lagi beberapa ucapan aku yang lain dah tak ingat apa dia, tapi last sekali aku kata “Farewell Party dah buat, tiba-tiba saya tak jadi pergi. Macam mana?” (Serentak itu semua orang gelak dengan joke yang aku buat secara spontan).

Selepas itu masuklah bab menyampaikan hadiah dan bergambar, barulah sesi breakfast pagi bermula. Agak simple, namun sungguh bermakna. Dengan bajet yang cukup terhad pihak KSK berjaya membuat majlis sebaik mungkin di bawah presiden baru En. Saidi dan ahli jawantankuasa yang lain.

Task Force Hari Sabtu

Seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Jumaat, maka akan adalah kerja OverTime pada hari Sabtu ini. Semua yang terlibat adalah saya, Aziz, Saidi, Norhisham, Hedzwan, Suhaimi, Saiful Azre, Masturah dan Zakryl, 9 orang kesemuanya.

Program yang dirancang akan dimulakan pada jam 10am dan dijangka berakhir pada jam 4pm. Breakfast, Lunch dan minum petang ditanggung beres. Cuma breakfast jer yang aku tak puas hati, sebab menu hidangan adalah Kuew Teow. Aku tak makan Kuew Teow laaa..

Namun hanya 7 orang sahaja yang hadir, manakala 2 orang lagi tidak hadir dengan alasan masing-masing. Masturah tidak dapat hadir dengan alasan demam. Aik!! semalam elok jer tiba-tiba hari ni demam. Zakryl pula dengar cerita ada event tangkap gambar.

 

Maka 7 orang ini sahaja la yang bekerja keras mengemas stor di tingkat 6 dan stor di tingkat 3. Kerja yang dimulakan dengan stor di tingkat 6 agak memenatkan kerana perlu diasingkan kotak dan cpu dan monitor.

Demi menjaga kesihatan, semua orang mengenakan sarung tangan getah dan penutup mulut agar tidak tersedut habuk-habuk yang bukan main lagi banyaknya. Nasib baiklah aku takder alergik pada habuk, kalau tak mesti dah menggerutu kulit aku ni.

Siap sahaja kerja di tingkat 6, hari pun dah masuk tengah hari. Makanan tengah hari telah pun tersedia, menu yang cukup best menjadi pembuka selera. Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Buah-buahan dan Air Blackcurrent cukup menyelerakan.

Kami berehat sebentar sementara menunggu jam 2pm untuk sambung kerja di tingkat 3. Peluang rehat yang ada digunakan untuk rehat dan ada yang tidur. Aku pula takleh tidur, mungkin sebab aku bukan jenis suka tidur tengah hari.

Terdapat 2 stor di tingkat 3, kami selesaikan stor yang kurang barangnya, maka cepatlah selesai. Manakala stor yang satu lagi begitu banyak sekali barangnya, sampaikan tiada ruang untuk menyusun barang. Nak tak nak memang kena keluarkan dahulu semua cpu dan monitor dari stor barulah boleh disusun.

Setelah berbincang secara ala kadar dan melihat masa yang ada, kami tangguhkan dahulu kerja bagi stor yang sarat dengan barang ni. Kalau kami teruskan juga alamatnya kami akan balik malam la jawabnya. So, kenalah cari satu hari lain untuk stor yang satu ni. Apa yang tak boleh tahan ialah ada bau yang sangat-sangat tidak menyenangkan keluar dari stor ni. Boleh pengsan kalau duduk lama-lama.

Pada jam 3.30pm kami pun balik ke pantry untuk minum petang. Kuih dan Nescafe panas menjadi santapan kami petang ini. Sambil berborak mengenai pelbagai perkara dari hal sunat-menyunat, kereta dan sport rim, sampai ler ke hal pejabat yang biasanya berbaur umpatan.

Lebih kurang jam 4pm kami pun beredar dan balik ke rumah setelah penat seharian bekerja. Aku pula tunggu masuk waktu Asar barulah balik. Alang-alang katakan..

Access Point UPDS

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya pihak URK pasang juga Access Point (AP) seperti yang diminta. Banyak betul karenah dengan bermacam-macam alasan yang diberikan, seperti biasa la kalau dah namanya kontraktor Melayu memang tunggu sampai “Layu” ler.

Bermula dari karenah mengisi borang yang menjadi salah satu prosedur, apabila diminta borang yang tersebut? Rupanya takder pun borang seperti yang diperkatakan. Maka bermulalah prosedur tendang “bola”, kejap sana kejap sini.

Anak Buah suruh tanya Boss, bila ditanya Boss suruh Anak Buah. Memang macam bola aku dibuatnya. Last sekali aku panggil kedua-duanya duduk depan aku dengan Boss aku sekali menjadi saksi. Barulah menjadi, Boss URK pun mengarahkan supaya pasang sekiranya ada lebih dan memang ada lebih pun.

Masuk pula part menunggu. Entah bila la kontraktor URK ni nak pasang, tunggu punya tunggu tak juga kunjung tiba. Bila ditanya kenapa lambat alasannya ada kerja di klinik dan wad. So, sabar jer la buat sementara kerja mereka selesai.

Kerja di klinik dan wad dah selesai tapi part tempat aku (UPDS) masih belum dimulakan. Aku pula yang kena follow-up dengan mereka nih. Bila ditanya, kontraktor tidak dapat datang, kontraktor tidak dapat dihubungi. What a lame answer la bro..

Entah berapa kali reminder, teguran, sindiran, lansi’an’, dan bermacam-macam lagi ‘an’ kat belakang, barulah AP tu dipasang. Itu pun ada juga lewatnya apabila dijanjikan Jumaat petang minggu lepas, tetapi Khamis minggu ni baru nak mula pasang.

Bila dipasang AP tu macam perli pun ada, siap pasang AP betul-betul di atas partition aku duduk ni. Takper la, janji signal paling power aku terima. Cuma risau ler pulak dengan gelombang radiasi nih, harap-harap takder apa-apa.

By sufri82 Posted in Office

Honda Wave Sasaran Pencuri

Ketika hendak balik ke rumah selepas penat bekerja seharian, seperti biasa saya akan menghidupkan motor seperti mana orang lain menghidupkan kereta. Tetapi ada sesuatu yang pelik dan menghairankan kerana ada sesuatu yang tidak kena pada motorku itu.

Apabila saya cuba hendak memasukkan anak kunci ke lubang kunci, ianya seperti ada yang tersekat. Lubang kunci seperti diumpil menyebabkan kunci motorku tidak dapat digunakan. Ditambah pula handle lock telah terbuka berserta tempat duduk telah dibuka.

Nasib saya agak baik kerana motorku tidak berjaya dihidupkan oleh pencuri tersebut. Segala-galanya hanya tinggal pulas untuk hidupkan sahaja. Entah kenapa ianya ditinggalkan begitu sahaja, mungkin kerana pencuri tersebut tidak berjaya untuk pulas hidup atau ada orang yang memerhatikannya.

Saya ingatkan motor seperti Yamaha LC135 dan Yamaha RXZ sahaja menjadi sasaran pencuri, rupanya Honda Wave burukku juga tidak terkecuali. Nampak gaya lepas ni saya terpaksa la pasang kunci tambahan untuk menambah lagi sistem keselamatan yang sedia ada.

Satu hal lagi, saya terpaksa membaiki lubang kunci yang telah dirosakkan oleh pencuri tersebut. Kurang ajar betul pencuri tuh, kalau saya dapat pencuri tu memang lembik aku kerjakan.

By sufri82 Posted in Office

Repair PC “Baru” Dol

“Apalah gunanya ada seorang kawan yang mahir membaiki komputer sekiranya tidak dapat membantu kawan-kawannya yang mengalami masalah komputer”. Itulah salah satu falsafah aku dalam dunia ICT sebagai Computer Technician yang banyak cabaran dan dugaan.

One of my office mate iaitu Dol, mempunyai masalah dengan PC “Baru”nya. Entah kenapa PC tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Jangan kata nak loading Windows, BIOS pun tak dapat nak masuk.

Saya dengan hati yang terbuka secara suka rela membantu rakanku apabila diminta pertolongan. Dipendekkan cerita, mengikut pengalaman saya yang dah jadi asam garam dalam dunia membaiki komputer ni ianya adalah kerosakan Motherboard (MoBo).

So, nak tak nak kena la cari MoBo baru untuk diganti bagi menghidupkan semula PC “Baru”nya itu. Setelah mendapat gaji pada minggu lepas, Dol pun membeli sebuah MoBo baru seperti yang disarankan olehku. Tidak banyak pilihan yang ada untuk MoBo dengan soket 775 kerana ianya telah obsolete.

Setelah mendapat MoBo baru, bermulalah detik hitam dalam carrier aku sebagai Computer Technician. Berbagai-bagai dugaan dengan 1001 kemuskilan yang tidak dapat saya huraikan satu persatu di dalam blog ini kerana terlalu teknikal. Secara Am nya, saya pening dengan masalah yang tidak sepertinya.

Setelah saya gantikan MoBo baru untuk disalin ke dalam kotak casing, PC tidak dapat dihidupkan. Aik!!! pelik bin ajaib. Apa pula masalah PC ni, so nak tak nak kena la ganti satu persatu dengan komponen PC yang lain untuk mengenalpasti punca kerosakan.

Setelah hampir semua komponen PC diganti seperti RAM, CPU, Power Suppy, Monitor, Keyboard, Graphic Card, namun PC tidak juga dapat dihidupkan. Makin bertambah pening bila difikirkan semula. Entah apa yang tak kena, semua komponen baru pun masih tidak dapat dihidupkan.

Sehingga saya terpaksa membuat pengujian dengan memasangnya secara “Naked”, mana la tahu ada short circuit di dalam casing. Namun hasilnya tetap sama. Saya cuba dapatkan komponen PC yang lain untuk diuji, namun hasilnya tetap menghampakan.

Pada ketika ini, saya sudah mula putus asa dan timbul rasa bersalah kerana tidak membaiki PC rakan seperti yang dijanjikan. Duit sudah keluar, tapi PC tidak juga mahu hidup. Last sekali mungkin MoBo baru ni rosak orang kata manufacturer defect, tapi ini cuma andaian sahaja dan ianya boleh berlaku cuma kebarangkalian adalah jarang sekali.

Berita buruk mengenai ketidak upayaan PC “Baru” Dol untuk di CPR kan telah aku sampaikan pada tuannya. Dalam masa yang sama saya cuba cari jalan penyelesaian lain untuk memastikan bahawa bukan MoBo tersebut yang rosak sebelum tindakan claim warranty dibuat. Owner dah pun mengeluh, sampai tidak mahu mengambil tahu apa yang terjadi pada PC “Baru”nya itu.

Last sekali, saya dapatkan komponen PC yang terpakai tetapi in working condition untuk dicuba buat kali terakhir sebelum saya mengeluarkan laporan post mortem. Alhamdulillah, secara tiba-tiba MoBo tersebut dapat dihidupkan dan boleh masuk BIOS.

Selepas itu saya pun membuat beberapa pengujian dengan beberapa komponen PC yang lain sebelum ini untuk mengetahui punca sebenar tidak boleh dihidupkan. Oleh kerana banyak pengujian yang dilakukan saya pendekkan, so didapati rupa-rupanya ada satu lagi komponen PC yang rosak. Bukan MoBo sahaja RAM pun rosak sekali.

Juga didapati komponen PC baru yang diuji sebelum ini juga rosak, sekaligus menjawab segala persoalan di minda dan merungkai segala masalah. Komponen PC terpakai juga yang boleh dipercayai. Setelah membuat panggilan telefon, berita gembira disampaikan kepada owner PC ini.

Satu pengalaman berharga yang tidak dapat dengan hanya membaca iaitu melalui praktikal saya perolehi. Penat otak saya memikirkan masalah tersebut namun semua itu berbaloi.

Work, Work And Work

Balik saja dari bercuti sudah tentu kerja di pejabat sedang menunggu. Banyak kerja yang pending, tidak kira kerja baru atau kerja berterusan. Semuanya kena selesaikan secepat yang mungkin sebelum tiba masanya.

Server Symantec yang down sampai sekarang masih belum pulih dari kecederaan. Berbagai usaha dan cara cuba digunakan, baik cadangan dari vendor-vendor mahupun technical support yang saya dapatkan dari website Symantec.

Sedikit sebanyak aku mula tawar hati dengan produk Symantec kerana technical support tidak dapat memberi jawapan atau penyelesaian yang wajar. Apa yang perlu dibuat ialah reinstall and start from scratch kemudian gunakan backup yang ada untuk restore.

Itu bukanlah penyelesaian yang aku harapkan, kerana risikonya aku perlu reinstall semula kepada semua client PC yang berjumlah 1800 mengikut lesen yang ada. Satu kerja yang tidak boleh dilakukan dalam seminggu dua. Sebulan pun belum tentu selesai and by that time banyak PC yang dah diserang virus.

Lesen Kaspersky pula sudah hampir tamat, hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk renew. Well, yang ini aku tidak perlu risau sangat kerana bab renew lesen dan bayaran bukan di bawah bidang dan tugasku. Aku cuma technical person untuk antivirus ini.

Apa yang merisaukan ialah apabila lesen lambat diperbaharui dan berbagai masalah timbul apabila virus definition tidak dapat dikemaskini. Masalah juga ni, cuma benda macam ni aku boleh pandang sebelah mata.

Solution Backup pula perlu dibuat untuk backup semua server. Nampaknya penggunaan tape sebagai backup terpaksa dilakukan kerana kekangan bajet dalam membuat pembelian storan yang berTeRa-TeRa besarnya berakhir dengan kegagalan.

Maka aku juga yang terpaksa mencari solution backup yang menggunakan tape ini dengan mana-mana vendor IT yang ada di Malaysia ni. Pastu nak cari yang bajet harga below RM50k. Aiyak!!! Susah la ini macam tauke, mau bagus tapi mau murah.

Maka selagi kita masih bernafas selagi masih hidup, kerja, kerja dan kerja…