Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPUKM 2011

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri PPUKM 2011 diadakan di tempat biasa seperti tahun-tahun sebelumnya. Menu juga sama seperti sebelumnya iaitu kambing panggang, sate, kebab, nasi himpit berserta rendang ayam, cendol, buah-buahan dan banyak lagi kuih-muih.

Namun majlis sambutan kali ini agak lewat, kira-kira jam 2pm baru hendak mula. Perut dah lapar sejak tengah hari tadi, nak berbaris dengan staff lain punya la panjang. Namun itu semua bukan penghalang untuk menikmati makanan yang tersedia lazat.

Hujan mula turun dengan renyai, tetapi ianya bukan menjadi penghalang kepada tetamu untuk berbaris mendapatkan kambing panggang. Baik staff, student dan pesakit semua merasa makanan yang disediakan.

Cuma kali ini aku tidak merasa kambing panggang, kerana barisan menunggu begitu panjang. Dengan makanan yang lain aku sudah cukup kenyang. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPUKM 2010

Pada hari ini, Pusat Perubatan UKM mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPUKM bagi tahun 2010. Bersempena itu saya tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera bagi kesemua jenis makanan yang ada. Majlis bermula selepas solat Jumaat iaitu kira-kira jam 3.30pm selepas perasmian dilakukan.

Hujan yang turun tidak menjadi halangan bagi semua warga UKM untuk menjamu selera. Apa yang penting makan tetap makan. Terdapat pelbagai juadah yang disaji, menu utama seperti tahun-tahun sebelumnya ialah kambing panggang, sate, ketupat, lodeh, kebab, roti john, cendol, ais krim, buah-buahan, kerepek pelbagai jenis, lemang, rendang, koew teow goreng yang dimasak atas permintaan, juga terdapat variasi makanan vegetarian, pelbagai jenis mee yang terdiri dari mee sup utara dan pelbagai jenis lagi.

Saya pula tidaklah makan sekenyang-kenyangnya, cuma merasa sedikit setiap satu jenis makanan yang ada. Bermula dari buah epal, kambing panggang, kebab, sate, ketupat dan lodeh, cendol, ais krim, rendang dan last sekali air oren. Mee sup utara dan vegetarian food tak sempat untuk dirasa kerana telah habis lebih awal.

Majlis berakhir agak lewat kerana masih ada makanan yang belum habis dan pengunjung juga masih boleh tahan ramai. Saya pula telah naik semula ke pejabat pada jam 5pm kerana sudah kenyang. Apa yang menarik kambing panggang masih belum habis kerana ada 8 ekor kesemuanya, tidak seperti tahun lepas yang mana kambing panggang antara yang terawal habis dahulu.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPUKM kali ini agak meriah walaupun tidak ada gerai-gerai yang diwakili dari setiap jabatan seperti tahun-tahun sebelumnya. Majlis juga berjalan dengan aman tidak ada apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku.