Aku pun tak berapa faham dan mengerti mengenai majlis nie. Sama ada ‘Berindui’ atau ‘Berindoi’. Ikut mana-mana lah yang sedap didengar bunyinya. Majlis nie dibuat atas permintaan ibu mertuaku. Kalau diikutkan dalam Islam, tiada pula disuruh atau dituntut ‘Berindui’ nie. Kalau akikah tue lain la ceritanya.

Berindui nie kalau tak silap maksudnya ‘Buai’. Majlis dibuat disekalikan dengan berzanji, di mana Umair akan berada di dalam buaian yang diletakkan di tengah orang yang berzanji. Selepas berzanji barulah setiap orang yang berzanji akan memotong sedikit rambut Umair sebagai syarat dan rambut tersebut dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Selepas berzanji, barulah datang pula group lelaki untuk Marhaban. Buaian tue dah tak pakai la, cuma waktu berzanji sahaja. Sepanjang Umair di dalam buaian dia hanya senyap sahaja, takder pulak merengek perut lapar dan sebagainya. Umair jadi budak baik pulak, bagusnya. Semua orang puji Umair sungguh comel dan gebu, akan tetapi bapaknya pulak dikata ‘Apek Kedai Gambar’. Sebab banyak snap gambar semasa orang sedang berzanji.

Sedikit buah tangan untuk group berzanji perempuan dan group Marhaban lelaki diberi. Bunga telur, bahulu, kain pelikat untuk lelaki dan kain batik untuk perempuan dan juga sedikit ‘fulus’ di dalam sampul duit raya. Berapa amaunnya? Hanya isteri saya saja yang tahu. Petangnya pula ialah majlis kahwin Pak Tam, kali ini dibuat belah pihak lelaki.