MAHA ialah singkatan bagi Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism. Expo ini diadakan di Serdang, bersebelahan dengan Mardi. Saya dan isteri pergi ke MAHA untuk membeli pokok bunga yang menarik. Kami sampai di sana pada jam 9.30am aktiviti pertama ialah breakfast.
Saya dan isteri breakfast di Hall D bahagian bawah kerana di situ ada gerai menjual makanan. Isteri saya memesan Mee Bandung Muar dan saya pula seperti biasa Nasi Lemak Ayam. Apa yang menarik ialah, makanan berat untuk tengah hari telah sedia ada untuk dibeli walaupun rasanya masih awal.
Selesai makan kami pergi ke Floriculture tapi nampaknya ianya hanya untuk bergambar sahaja. Hanya landscape yang menarik, bukannya tempat menjual pokok. Kami menaiki trem no. 3 untuk bahagian pokok bunga. Di sana isteri saya membeli pokok sireh, katanya boleh menjalar. Entah lah..
Penat pusing keliling ditambah dengan panas terik matahari, agak kurang sesuai kepada keluarga yang mempunyai anak kecil. Entah berapa kali saya dan istri beli air untuk menghilangkan dahaga. Antara makanan yang paling best ialah dodol melaka, kebab dan sate telur burung puyuh goreng. Banyak lagi makanan yang nampaknya sedap, tapi cuma ini sahaja yang sempat dirasa.
Oleh kerana tak larat, penat berjalan dan panas terik. Ditambah pula dengan selsema yang masih belum kebah, kami balik pada tengah harinya. On The Way nak balik, kami lihat deretan kereta yang sedang beratur untuk masuk ke tapak expo. Tersangatlah panjang, nasib baiklah kami datang awal.