Umair buat medical check-up kali kedua bersama mamanya. Tapi kali ini buat di Klinik Mesra, klinik panel mamanya. Bukan di klinik sebelum ini. Rupa-rupanya apabila hendak mendapatkan suntikan kedua, bayarannya lebih mahal dari suntikan pertama.
Klinik panel hanya boleh cover sehingga RM40 sahaja. Selebihnya perlu bayaran tambahan. Nampak gayanya, selepas nie kena la pergi Klinik Kerajaan. Kalau suntikan kedua dah RM80, suntikan akan datang mesti lagi mahal.
Selepas diukur berat dan panjang Umair, kini Umair mempunyai berat sebanyak 5.2kg dan panjang 52cm. Patut la selama nie terasa sakit tangan dan lenguh semasa mendukung Umair. Anak papa dah bertambah berat rupanya.
Semasa balik rumah naninya, Umair disolek dengan celak pada keningnya. Kononnya akan melebatkan bulu kening. Sekali pandang Umair rupanya macam kartun jepun iaitu Shin Chan. Lucu betul tengok Umair, papanya siap gelakkan lagi. Biarlah muka macam Shin Chan, jangan perangai macam Shin Chan dah ler..