Aku Kemalangan

Petang tadi hujan turun dengan renyai, aku yang pada ketika itu berada di rumah mertuaku keluar untuk pergi membeli juadah berbuka puasa. Dengan menaiki motorsikal aku redah saja hujan yang entah bila hendak berhenti.

Bak kata pepatah “Malang Tidak Berbau”. Di persimpangan lampu isyarat Taman Puncak Jalil, terdapat longgokan batu dan pasir di selekoh ke kiri. Motorku gagal dikawal apabila terlanggar loggokan tersebut dan terus terseret ke depan, aku pula tertiarap.

Nasib baik kereta di belakangku sempat brake kalau tidak entah apa jadi padaku. Dengan bersusah payah, aku bangun hidupkan motorku dan balik semula ke rumah mertuaku untuk meminta bantuan.

Aku meminta bantuan isteriku yang tercinta untuk menghantarku ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan. Tanpa melengahkan masa, kami pergi ke Klinik Fadzliana untuk mendapat rawatan.

Nasibku agak baik, tiada jahitan dikenakan hanya cuci luka biasa sahaja. Ketika iodin di bubuh pada lukaku, pedihnya bukan main lagi sampai keluar air mata. Ubat antibiotik, tahan sakit dan sapu diberi berserta M.C untuk esok hari.

Seperti kata doktor, seluruh badanku akan sakit diwaktu malam. Terutamanya di bahagian sendi dan belakang, bahagian luka tak payah ceritalah memang sakit. Alhamdulillah, syukur tiada perkara buruk terjadi.

p/s: Thanks Honey sebab bantu Abang hantar ke klinik. Abang akan ingat sampai bila-bila..

Anakku Umair Jatuh Dari Katil

Prangg~ bunyi cermin muka jatuh ke lantai disertai dengan tangisan Umair yang cukup nyaring, memecah suasana sunyi diawal pagi. Pada jam 6 pagi,  aku dan isteri terjaga serentak apabila terdengar tangisan Umair di dalam kegelapan pagi. Isteriku menyuruhku membuka suis lampu namun lampu tidak terpasang walaupun telah dipasang.

Rupanya awal pagi itu, bekalan elektrik terputus. Maka terpaksalah isteriku meraba-raba di atas lantai mencari Umair yang terjatuh dari katil. Sukar untuk digambarkan keadaan pada waktu pagi tadi, sungguh gelap tiada apa yang boleh dilihat. Hanya lilin dihidupkan untuk menerangi kegelapan pagi.

Kira-kira jam 6.30 pagi barulah bekalan elektrik pulih seperti sediakala. Apabila ada cahaya lampu barulah nampak apa yang terjadi pada anakku Umair. Terdapat kesan lebam di bawah mata kanannya, tetapi tidak dapat dipastikan pada anggota badan yang lain. Selepas sarapan pagi, kira-kira jam 8.30 pagi saya dan isteri membawa Umair ke Klinik Fadzliyana untuk membuat pemeriksaan.

Alhamdulillah, doktor mengatakan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan buat masa ini. Tetapi pemantauan perlu dibuat selama 3 hari untuk memastikan kesihatannya. Sekiranya Umair ada muntah dalam masa 3 hari ini, maka kami perlu segera membawanya terus ke hospital untuk membuat CT Scan.

Selepas ini, saya dan isetri akan lebih berjaga-jaga. Diharap Umair tiada muntah-muntah dalam 3 hari ni. Semoga Umair sihat seperti sediakala. Amin..

Umair 3rd Dose Pentaxim

Hari ini saya dan isteri telah membawa anak kami Umair ke Klinik Fadzliyana untuk diberikan suntikan imunisasi untuk dos yang ke-3. Saya pun tidak tahu apa namanya, tetapi di dalam buku rekod kesihatannya tertulis Pentaxim.

Suntikan diberikan kepada Umair di sebelah paha kanannya. Umair hanya mengerang sedikit seperti marah tetapi tidak menangis. Anak papa ni memang kuat. Berat Umair pada usia 5 bulan ialah 7.5kg. Ini bermakna hanya ada peningkatan 300g sahaja berbanding berat terdahulu iaitu 7.2kg ketika usianya 3 bulan.

RM55 terpaksa dikeluarkan kerana PPUKM hanya cover klinik panel sebanyak RM40 sahaja. Apa yang penting anak papa ni sihat walafiat hendaknya. Amin..

BCG

BCG, short form untuk Bacillus Calmette-Guerin. Ianya adalah vaksin yang perlu diberikan kepada bayi yang baru lahir dan disusuli dengan vaksin kedua mengikut dos dan perlu diikuti. Saya cuma tahu sebahagian sahaja kerana apa yang ada tertera di dalam buku rekod kesihatan anak.

Semalam saya dan isteri pergi ke Klinik Fadzliana di Taman Equine untuk pergi mendapatkan suntikan vaksin BCG untuk anak kami Umair. Memandangkan kad klinik panel saya belum siap atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya terpaksa la mengeluarkan duit sendiri untuk membiayai kos perubatan Umair.

Bayaran untuk suntikan BCG sebanyak RM30 dan ubat demam sebanyak RM4 sahaja. Semasa anak saya diberi suntikan, isteri saya tidak berpuas hati dengan doktor yang bertugas. Doktor tersebut jawab banyak soalan isteri saya secara sambil lewa. Disebabkan isteri saya tidak berpuas hati dengan doktor tersebut, sayalah tempat untuk dia melepaskan marahnya.

Entah apa yang salah dan silap saya masa tue, saya sendiri pun tak tahu. Hal berkenaan kad klinik panel saya yang tidak siap pun diungkit, walhal saya yang membayarnya. So, apa masalahnya? Saya cuma boleh bersabar jer lah. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, isteri saya tak habis-habis membebel dan tidak puas hati dengan servis yang diberikan.

Sekarang ni, saya nak marah siapa pulak. Doktor? Isteri saya? ataupun Umair? Saya sabar jer lah, dah nasib badan…