Seperti artikel saya sebelum ni, Ultrasurf digunakan oleh pengguna untuk mengelak dari dihalang oleh proxy dengan tujuan untuk mendapat access internet. Disebabkan software seperti Ultrasurf yang boleh didapati secara percuma dan mudah digunakan, maka ianya menjadi masalah kepada Administrator di dalam organisasi untuk menghalang pengguna yang tidak sepatutnya mendapat access internet.
Saya sendiri sebagai salah seorang Administrator di Pusat Perubatan UKM, menghadapi masalah untuk menghalang pengguna yang tidak sepatutnya. Sekiranya kita block access internet tersebut melalui proxy, software Ultrasurf adalah penyelesaiannya. Oleh itu, penggunaan antivirus yang terkini seperti Symantec Endpoint sedikit sebanyak telah membantu dalam kerja seharian saya.
Symantec Endpoint mempunyai fungsi mengenalpasti identiti software dan menghalang dari beroperasi. Dengan erti kata lain, sebelum software Ultrasurf menjalankan kerjanya, Symantec Endpoint telah menghalang dan menghentikan fungsinya. Oleh kerana software Ultrasurf sentiasa dikemaskini dan mempunyai identiti yang berbeza, maka sebagai Administrator saya juga terpaksa ProAktif dan sentiasa mengambil tahu perkembangan Ultrasurf.
Senarai di bawah adalah MD5 untuk Ultrasurf yang saya ada untuk dikongsikan bersama Administrator yang lain
Ultrasurf 9.2 = 7e8e0c50eb30fe6a2cf25f3f08f48909
Ultrasurf 9.3 = b0fe88bcbe9d249693d4846edb610672
Ultrasurf 9.4 = 527f5c31a75e2bf200dc5d337b5bf0c8
Ultrasurf 9.5 = 1740e3ebb9673fb1177b14d72fda4715
Ultrasurf 9.6 = e303bb009064e63e470326201da509d0
Ultrasurf 9.7 = 44385142f2d89be75502cff94d63f56b
Ultrasurf 9.8 = d446a55e30e28e2568ca0163f2737614
Ultrasurf 9.9 = 305c26c3061829ee5d1ef29d324c9758
Ultrasurf 9.91 = 8c6256f180bb8096011b3fe2511d228e
Ultrasurf 9.92 = b32f45b81abd9ca395ca3940250bff81
Ultrasurf 9.93 = e05d63120344f434fe4db0e82927db06
Ultrasurf 9.94 = 17406ef606e38838be0b9b30f6f73358
Ultrasurf 9.95 = d93410dbc8866fc421dbcb2a8338157c
Ultrasurf 9.96 = 79ecb08ee9f9a3b6b768619819e82e80
Ultrasurf 9.97 = f4310bda92aaf325cfb7e8273f7cb236
Ultrasurf 9.98 = 7a69ea0b15862846e124cd70cef1a448 – (Updated 06 Sept 2010)