Ketika saya sedang melayari laman sosial facebook, ada artikel link mengenai Tsunami yang telah menimpa Jepun baru-baru ini. Tajuknya saja dah menarik perhatian saya, tanpa rasa ragu saya pun klik dengan selambanya untuk mengetahui isi kandungannya.
Agak menghairankan kerana biasanya link video seperti YouTube akan dimainkan di page yang sama. Tetapi link ini terus buka page baru yang kononnya adalah YouTube. Setelah diteliti, ternyata ianya adalah scam. Apa tujuan link ini dibuat tidaklah dapat diketahui atau apakah kesan daripadanya.

Ternyata janggal apabila melihat perkataan YoTube padanya, manakala setiap link video yang ada adalah gambar statik semata-mata untuk mengaburi pihak yang tertipu. Berdasarkan dari blog TrendMicro, ianya adalah malicous script dinamakan PHP_FBJACK.A yang mana ianya akan menyalin link dan fail yang sama untuk diklik oleh pengguna lain di dalam Facebook.
Oleh itu, sila berhati-hati dan waspada ketika sedang berFacebook. Sekiranya ianya lain macam daripada kebiasaannya, sila abaikan. Sila lihat gambar di atas yang telah saya bulatkan dengan warna MERAH.