Mengecat Rumah

Aktiviti pada hari Sabtu lepas ialah mengecat rumah. Sebenarnya rumah saya sudah pun dicat pada 6hb Februari yang lepas. Cuma pada waktu tersebut cat yang ada tidak cukup dan habis. Maka terpaksa la beli cat yang baru untuk touch-up sikit mana-mana dinding yang belum dicat.

Akan tetapi pada waktu tersebut saya terpaksa batalkan niat kerana keesokannya isteri saya yang sarat mengandung terasa hendak bersalin. So, waktu inilah ada masa yang berkelapangan untuk menyambung semula kerja yang telah lama tertangguh. Saya mengecat semula rumah dengan cat yang dibeli oleh isteri. Tak banyak cuma 1 liter sahaja, akan tetapi kerjanya lebih rumit kerana perlu mengecat bahagian dan sudut yang sukar.

Selesai saja cat rumah, isteri saya menyuruh mengecat pintu pagar rumah pula. Tetapi apabila dibelek-belek, isteri saya tersalah beli cat. Ini kerana cat tersebut untuk kemasan dalam rumah dan bukan untuk besi. Sekiranya hendak cat besi atau logam, cat yang sesuai ialah cat minyak. Tetapi cat yang dibeli ialah cat air.

Maka berlaku la sedikit salah faham yang mana saya tidak setuju untuk mengecat manakala isteri saya pula sebaliknya. Isteri saya pula mengatakan orang di kedai cat tersebut yang kata boleh dicat pada pintu pagar besi. Nampak sangat orang kedai cat tue kelentong isteri saya. Sebab terang-terang cat tersebut tertulis ‘untuk kemasan dalaman’ hanya digunakan untuk dinding rumah.

Berbagai alasan saya gunakan untuk tidak mengecat rumah sehinggalah cuaca di luar semakin gelap. Tanda-tanda hendak hujan telah kelihatan disertakan dengan guruh. Jadi alasan saya sangat kukuh untuk tidak mengecat. Dari situ mulalah dengar bebelan yang tak putus-putus. Akan tetapi bak kata pepatah “Ku Sangka Panas Sampai ke Petang, Rupanya Hujan di tengah Hari”. Hujan tak jadi turun pula, hanya guruh sahaja berdentum kemudian cuaca kembali cerah.

Maka isteri saya pula menggunakan alasan yang sangat konkrit untuk menyuruh cat pagar. Saya pula dengan berat hati pergilah menyambung semula kerja mengecat. Sambil mengecat pintu pagar, jiran di depan rumah (En. Awal) menegur tentang cat tersebut. Dia mengatakan cat tersebut tidak sesuai dan menyarankan menggunakan cat minyak untuk mengecat pagar.

Saya pula hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh jiran. Tetapi memang betul pun apa yang dicakapkan olehnya. I can’t deny what he said. Saya senyum sajalah, apa nak jadi-jadilah. Pintu pagar besi dicat dengan cat dinding rumah, memang tak pernah dibuat orang. Sekarang ni dah dibuat orang, orang itu ialah aku. Huhuhu…

1st Time Umair Mengiring Badan

Anakku Muhammad Umair Darwisy buat pertama kalinya mengiring badan. Kalau selalunya Umair hanya berbaring sahaja, kini Umair boleh mengiring badan sendiri secara spontan mengikut kehendaknya. Setelah bersusah payah mengiring akhirnya Umair dapat menatap sendiri wajah papanya.

Ianya berlaku ketika saya sedang cuba menidurkan Umair yang masih galak bermain. Sedangkan papanya sudah separuh ngantuk melayan karenahnya. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30am. Ketika sedang melihat gelagat Umair yang sedang bermain, tiba-tiba Umair seperti sedang meneran. Rupa-rupanya Umair sedang berusaha untuk mengiring ke arah papanya.

Selepas mengiring ke arah papanya, Umair masih sambung bermain sambil melihat papanya. Saya yang dalam keadaan separuh mengantuk berasa segar semula kerana dapat melihat sendiri perkembangan terbaru Umair. Cukup seronok dapat melihat Umair dengan gayanya yang tersendiri.

Malangnya saya tidak dapat snap gambar Umair pada ketika ini kerana kamera saya tinggalkan di pejabat. Adoi, ruginya.. What a moment…

Umair’s First Day at Home

Hari ini adalah hari pertama Umair akan tinggal di Semenyih bersama papa dan mama. Kalau sebelum ini Umair tinggal di rumah nani (nenek). Kali ini Umair akan tinggal di rumah sendiri. Lebih kurang jam 6pm Umair dan mama sampai rumah dengan kereta, manakala papa pula sampai awal sedikit dengan motor.

Buat pertama kalinya dan seperti biasa Umair akan melihat suasana baru. Umair asyik melihat ke sana sini seperti tidak pernah melihat tempat baru (memang la sebab baru sampai). Banyak barang Umair yang hendak dipunggah masuk. Penuh kereta mamanya dengan barang Umair. Nasib baik stroller dah bawa balik awal. Kalau tak alamatnya takder ruang la.

Pada malamnya jiran sebelah datang menziarah untuk melawat Umair. Semua orang kata Umair ikut papanya disebabkan mata Umair yang sepet. Apabila orang datang melawat Umair pandai pula jadi budak baik, senyap saja dan pandai senyum dan ketawa pada orang. Tapi selepas semua orang balik, mama dan papanya jadi mangsa.

Hadiah Buat Umair

Semalam adalah hari bercukur buat Umair, selesai sudah majlis bercukur pada sebelah petangnya saudara mara sebelah mak mertuaku datang untuk melihat cahaya mata kami. Hadir pada petang tersebut ialah keluarga Mak Teh dan Makcik Na. Keluarga Mak Su tidak dapat datang kerana mereka berada di Pulau Pinang.

Makcik Na menghadiahkan Baby Stroller jenama Sweet Cherry, manakala bapa mertuaku menghadiahkan Baby Seat jenama Sweet Cherry dan Katil Baby. Sungguh murah rezeki Umair, ramai orang suka melihat Umair yang sentiasa senyap walaupun selalu diusik. Tapi pada malamnya, Umair sentiasa lapar dan berjaga pada 3 hingga 6 pagi. Papa asyik tak cukup tidur sejak beberapa hari nie Umair.

Majlis Bercukur Umair

Ketika kaum Cina di seluruh dunia meraikan Tahun Baru Cina dan sebahagian kaum lain meraikan Hari Valentine, saya pula cuma membuat sedikit majlis untuk anakku Muhammad Umair Darwisy iaitu majlis bercukur.

Pada hari ini ada majlis kenduri doa selamat di rumah baru Pak Anjang. Bapa mertua, Supi dan saya pergi menghadiri majlis tersebut. Majlis dibuat secara sederhana, manakala jemputan pula adalah dari kalangan orang-orang masjid dan tabligh. Bapa mertua saya ada meminta Pak Anjang untuk datang ke rumah untuk mencukur rambut Umair.

Selesai majlis kenduri doa selamat dan diakhiri dengan solat zuhur, 4 orang rakan Zubair (anak Pak Anjang) di kalangan Ustaz muda datang ke rumah mak mertua untuk menjalankan majlis bercukur. Majlis bercukur dibuat dengan mudah dan ringkas tanpa ramai tetamu dan kenduri besar-besaran, kerana itu yang lebih afdal.

Selepas kepala Umair dicukur, mulut Umair ditahnik dengan kurma yang telah dikunyah oleh Ustaz muda. Semoga Umair mendapat keberkatan daripada tahnik tersebut. Umair terus senyap selepas mulutnya ditahnik, sebelum itu Umair asyik menangis sahaja. Macam magic pula Ustaz muda nie.

Selesai sudah majlis bercukur, Umair dimandikan supaya badannya tidak gatal dan terasa miang akibat lebihan rambut yang baru dicukur. Umair nampak lebih comel apabila botak. Kepalanya nampak lebih besar dari sebelum dicukur. Alhamdulillah, syukur KeHadrat Ilahi selesai sudah satu perkara.

Ragam Jaga Anak Sulong

Semalam anakku Umair gelak sendirian ketika sedang tidur, entah apa yang sedang dimimpikannya tue. Nampak comel sangat semasa Umair gelak, saya cukup bertuah kerana nampak Umair secara spontan. Ini membuat saya bertambah sayang pada Umair. Kiut sangat bila nampak dia. Apabila saya memanggil isteri saya untuk berkongsi kegembiraan, Umair tidur seperti biasa seperti tiada apa-apa.

Pada jam 2.30am pagi tadi, Umair secara tiba-tiba menangis kerana lapar ditambah dengan lampin yang penuh dengan t**i. So, terpaksa la papanya tukar lampin yang baru, selepas tukar lampin yang baru mamanya pula ambil alih untuk menyusu Umair. Agak lama juga Umair menangis, mungkin perutnya yang kurang selesa. Selepas puas menyusu Umair masih lagi belum mahu tidur, mata terkebil-kebil melihat papanya.

Selang sejam Umair menangis lagi, mungkin lapar lagi. Mamanya terpaksa bangun dan menyusu lagi. Sekitar jam 5am barulah Umair tidur selepas kenyang minum susu. Inilah yang dinamakan ragam menjaga bayi baru lahir. Selalu saya hanya dengar orang cakap saja, tetapi kini saya sendiri yang merasa pengalaman tersebut.

Penat memanglah penat, tetapi penat kerana rasa puas dan seronok apabila melihat Si Comel riang dan gembira. Umair lebih banyak tidur dari berjaga, tetapi apabila malam lebih banyak jaga daripada tidur. Adoi, nasib baiklah cuti panjang, kalau tidak tak tau lah. Semua rakan pejabat pernah cakap “Selamat Berjaga Malam” kini saya faham sangat-sangat akan maksud mereka.

Discharge from Ward

Selepas ditahan selama 3 hari di wad, baru hari ini isteri dan anak saya boleh keluar wad. Bermulalah detik mencabar dalam kehidupanku sebagai seorang bapa. Sampai saja di rumah mak mertuaku, anakku Umair tidak dapat membiasakan diri. Mungkin cuaca agak panas, kerana seperti ada tanda-tanda hendak hujan di sebelah malamnya.

Pada waktu ini, Umair asyik menangis sejak petang. Ada saja yang tak kena, bila diberi susu oleh maknya seperti tidak biasa. Tetapi kalau diberikan botol susu dengan pantas habis susu dalam botol diminum.

Penat ler mamanya nak pam susu masuk dalam botol. Sebab kena guna manual (tangan), nak taknak kena la paksa bagi susu sebab Umair dah lama sangat tak minum susu. Umair asyik meraung sejak petang, ada saja yang tak kena. Mungkin panas, mungkin perut kembung.

Lepas tepuk-tepuk sikit belakang badan Umair, barulah belahak. Keluar la sikit angin dalam perut. Kasihan Umair, lepas tue senyap jer. Rupa-rupanya kalau Umair senyap sambil tengok orang kiri kanan maknanya dia sedang berak. Terpaksa la maknya tukarkan lampin baru.

Masuk malam, Umair lagi tak selesa kerana perutnya kurang selesa ditambah dengan lapar. Terpaksa la bagi botol susu yang diisi dengan air zamzam. Nak tunggu susu maknya diperah entah bila nak penuh botol susu.

Saya bercadang hendak hantar Umair berjumpa doktor, malangnya klinik panel mamanya dah tutup. Bila di dalam kereta, Umair senyap sambil tidur dalam keadaan memeluk di atas bahu mamanya. Macam tue pun boleh tidur.

Memandangkan saya dah takder pakaian lain, saya pun pergilah balik rumah di Semenyih untuk mengambil beberapa baju untuk kegunaan harian kerana pakaian yang ada hanya untuk pakaian kerja. Sepanjang perjalanan ke Semenyih, Umair senyap dan tidur dengan lena.

Selepas mengambil pakaian dan siram pokok bunga yang dah hampir layu barulah saya balik semula ke Taman Equine. Apabila sampai di rumah Equine, Umair mula menangis semula. Tiba-tiba Umair senyap seketika dan pandang papanya seperti hendak memberitahu sesuatu. Rupanya Umair sedang berak.

Terpaksa la papanya tukarkan lampin baru untuknya. Selepas itu Umair menangis lagi. Selepas itu saya slowkan air-con di dalam bilik dan selimutkan Umair. Barulah Umair senyap dan boleh tidur, rupanya dikesejukan dan bukan panas. Papa minta maaf yer Umair, papa tak tau.

Selepas Umair berehat seketika, Umair mula bising semula. Rupanya Umair berak lagi, terpaksa la papanya tukarkan lampin buat kali kedua sekali lagi. Selepas tukar pakaian baru, barulah Umair senyap dan boleh tidur semula.

Jam sudah menunjukkan 5.30am dan saya berjaga sepanjang malam kerana Umair. Takper la Umair, papa rela sebab papa sayangkan Umair.

Mengecat Rumah dengan Jotun

Pada hari ini cuaca agak cerah dan baik, sangat sesuai untuk mengecat rumah. Cat yang saya pesan dari kawan saya telah pun sampai. Jadi dengan masa yang terluang, saya mengecat rumah di bahagian hadapan. Saya menggunakan cat Jotun Jotashield Extreme kod warna Platinum 9911. Warna kelihatan agak putih tetapi apabila dicat ianya menjadi kelabu.

Idea mengecat rumah ini disuarakan oleh isteri saya kerana hendak menukar citarasa dan mendapat mood baru. Warnanya juga dipilih oleh isteri saya. Setelah menyediakan peralatan mengecat, saya mula menuang cat ke dalam bekas dan membuat satu lapisan pertama kesemua dinding. Setelah kesemua dinding dicat, saya berehat sebentar untuk menunggu lapisan pertama kering.

Sementara menunggu cat kering, saya dan isteri makan di Food Court, Tesco Semenyih. Saya memesan Sizling Yee Mee dan isteri saya memesan Thailand Chicken Hotplate. Buat pertama kalinya, menu makanan isteri saya begitu sedap. Walaupun orang yang masak itu Orang Bangladesh. Selesai makan, saya dan isteri membeli barang di Tesco dan terus balik.

Oleh kerana agak penat, saya tidur sebentar untuk berehat kerana akan sambung mengecat buat lapisan kedua. Selepas bangun saya meneruskan cat rumah untuk lapisan kedua. Setelah mengecat sehingga keseluruh bahagian, didapati cat yang ada tidak mencukupi, mungkin terpaksa tambah satu atau dua liter lagi.

Walau bagaimanapun, saya hanya mengecat tempat yang mudah dilihat terlebih dahulu berbanding tempat yang terselindung. Ini kerana hari sudah masuk malam, saya bercadang hendak beli cat keesokan harinya untuk menyambung semula projek yang tergendala.

Memasang Katil Baru tetapi 2nd Hand

Semalam adalah cuti Hari Wilayah, saya yang bekerja di kawasan Bandar Tun Razak mendapat cuti secara automatik. Cuti-cuti Malaysia saya hanya duduk di rumah sambil memasang katil baru yang 2nd hand. Katil ‘Baru’ nie isteri saya dapat dari rumah mak mertua saya. Disebabkan adik ipar saya (Nono) berkahwin, dia mahukan katil yang baru sempena perkahwinannya.

Disebabkan tiada ruang lagi untuk disumbat katil yang baru, maka katil yang lama diambil oleh isteri saya. Cuma disebabkan katil nie pernah dipakai, maka banyaklah jugak batang besi yang bengkok dan patah. So, pada pagi itu saya pergi membawa besi katil untuk di welding semula di kedai besi. Upahnya murah sahaja sebanyak RM6, mengimpal termasuk meluruskan besi.

Balik rumah saja terus saya pasang satu persatu tiang dan batang katil. Setelah penat lelah memasang katil berseorangan, siaplah sudah katil baru untuk dibaring. Katil ini memang besar, sebab ianya bersaiz ‘King’. Berbeza dengan katil yang saya pakai sebelum nie yang hanya bersaiz ‘Queen’.

Katil yang lama pula saya letakkan di dalam bilik kedua dan katil bujang di bilik kedua saya alihkan ke bilik ketiga. So, sekarang takde masalah sekiranya ada tetamu, sebab semua bilik ada katil dan tilam. Cuma kipas saja takder, sebab agak panas. Mungkin lepas nie perlu pasang kipas.

Membaiki Saluran Air di Bilik Mandi

Hari ini adalah hari yang tidak best kerana terpaksa mendengar leteran isteri yang tak habis-habis membebel. Ini kerana dia sudah bosan dengan keadaan saluran air di dalam bilik mandi yang tersumbat. Kerap sangat airnya bertakung di dalamnya.

So, untuk meredakan keadaan yang sedia hangat, saya membuat satu panggilan telefon untuk memanggil plumber datang ke rumah. Bila dengar saja cas upah mengorek saluran air tersumbat ialah RM400, terus saya tawar hati. Maka bermulalah episod saya mengorek dan membersih saluran air yang tersumbat itu.

Saya menggunakan alat mengorek yang dinamakan ‘Snake’ jenama Cobra. Alatan ini saya sudah lama beli di Ace Hardware cuma tidak tahu cara yang betul bagaimana untuk menggunakannya. Pada hari ini saya sudah tahu cara menggunakannya selepas puas mencuba.

Berbagai-bagai jenis bendasing di dalam saluran air tersebut di antaranya ialah plastik, batu dan pasir. Setelah selesai korek dan mengeluarkan batu dan pasir. Saya cuba mengalirkan air untuk melihat sejauh mana keberkesanannya setelah membersihkan saluran air tersebut.

Nampak gayanya kurang berhasil, kerana air masih lagi bertakung. Mungkin masih ada lagi bendasing yang masih terperangkap jauh di dalam yang mana saya tidak dapat mencapai dan mengoreknya. Walaupun tidak berjaya membaiki saluran air tersebut, saya berpuas hati kerana telah cuba sedaya upaya sekadar termampu.

Kalau ada duit lebih nanti, barulah saya akan memanggil plumber datang ke rumah. Buat masa ini, kenalah ber’banjir’ di bilik mandi. Huhuhu…