Jamuan Hari Raya oleh HP Network

Semalam setelah mendaftar ke dalam website hp network bagi invitation sempena Jamuan Hari Raya, saya mendapat reminder dalam bentuk mesej ke majlis tersebut. Hari ini awal pagi lagi saya mendapat mesej yang sama agar saya tidak lupa berkenaan dengan jamuan tersebut. Begitu pekanya HP agar tetamunya tidak lupa, saya pun memang pelupa juga orangnya. Tapi dah dapat reminder 2x, takkan lupa lagi kot.

Jamuan dibuat di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Majlis bermula 12 tengah hari, berbagai-bagai jenis makanan disediakan, kambing panggang adalah menu beratnya. Nasi minyak, berbagai-bagai jenis lauk-pauk seperti yang ada di buffet Ramadhan menjadi hidangan tetamunya. Tak perlulah saya jelaskan satu persatu jenis makananan yang ada, apa yang ada di buffet Ramadhan lebih kurang sahaja.

Apa yang menjadi kelainan ialah kami dipersembahkan Muzik Ghazal ketika sedang menjamu selera. Saya boleh katakan semua makanannya sedap-sedap belaka. Seperti biasa saya hanya mengambil sedikit setiap jenis makanan yang ada untuk dirasa. Biar sedikit dapat rasa semua. Setelah dapat rasa semua, kenyang pula rasanya. Rating makanan yang boleh saya bagi 4.5 of 5.

No picture to view, lupa bawa kamera. Hehehe…

Konflik Keluarga di Hotel Pan Pacific KLIA

Pada 30hb Ogos 2010 yang lepas, Makcik Na (makcik wife saya) menjemput semua keluarga Tok Bijan datang berbuka puasa di Hotel Pan Pacific. Ini kerana sebelum ini, keluarga mertuaku pernah menjemput semua orang untuk berbuka di rumah dan begitu juga keluarga Pak Anjang (pakcik wife saya) pernah menjemput berbuka di rumahnya.

So, nak dijadikan cerita kali ini adalah giliran keluarga Makcik Na untuk menjemput semua keluarga berbuka bersama. Disebabkan rumah mereka adalah kondo serta ruang yang terhad, Makcik Na mengajak berbuka puasa di Hotel Pan Pacific KLIA. Agak jauh juga semata-mata untuk berbuka, tetapi agak berbaloi juga kalau dapat berbuka di sana. Al-maklum la orang belanja, Hotel 5 star pula tu.

Keluarga mertuaku bertolak awal ke Hotel Pan Pacific, sementara saya sekeluarga agak lewat sedikit kerana isteri saya sedang bersiap dan begitu juga dengan anakku Umair. Apabila wife saya dan Umair telah bersiap, kami terus bertolak ke Hotel Pan Pacific KLIA dengan segera. Saya pula terus memecut kereta dengan laju tetapi hanya setakat 110km/j sahaja la, kerana saya membawa keluarga bersama. So, ingatlah orang tersayang.

Apabila kami sampai di Hotel Pan Pacific, berlaku sedikit konflik di antara keluargaku dan mertuaku. Di mana semasa kami sampai, tidak ada tempat duduk untuk saya dan isteri. Makcik Na pula meminta kami tunggu sebentar kerana dia hendak meminta kerusi dan meja tambahan untuk kami. Di saat saya dan isteri termangu-mangu mencari tempat duduk yang kosong, terpacul ayat dari ibu mertuaku yang telah mengguris hati isteriku.

laa~ ingatkan kakak tak mai“, spontan dari ibu mertuaku

Saya yang sedang berdiri di sebelah tersentak dengan ayat tersebut, apa yang saya hairankan ibu mertuaku tahu yang kami juga pergi ke sana. Mengapa dia boleh berkata demikian? Manakala isteri saya pula berlalu meninggalkan meja tempat mereka sedang makan. Saya faham perasaan isteri saya pada masa itu, dia mesti berasa malu dengan ayat tersebut, seolah-olah kedatangan kami tidak diundang. Saya juga terus meninggalkan tempat tersebut dan ikut ke mana isteri saya pergi.

Ketika saya sedang ikut isteri saya dari belakang, Makcik Na memanggil isteri saya untuk memujuknya kembali namun tidak diendahkan. Kami terus keluar dari Hotel Pan Pacific dan terus balik ke rumah. On the way balik, Makcik Na menelefon lagi untuk bertanya lokasi di mana kami berada. Saya mengatakan yang kami dalam perjalanan balik ke rumah. Makcik Na berasa tidak senang hati dengan apa yang telah berlaku dan berjanji akan membelanja kami berdua berbuka puasa bersamanya nanti. Namun ditolak mentah-mentah oleh wife saya.

Sampai di rumah, saya dan isteri packing barang-barang untuk di bawa balik ke rumah kami di Semenyih. Selesai berkemas, saya membawa isteri saya berbuka puasa di McDonald cawangan Taman Equine. Kami berbuka lewat pada hari itu. Saya dan isteri memesan GCB set manakala anakku Umair pula saya pesankan Ais Krim Sundae Coklat. Umair cukup suka makan ais-krim.

Tiada gambar di Hotel Pan Pacific untuk dipaparkan kerana mood untuk menangkap gambar pada masa itu hilang serta-merta.

Berbuka Puasa di Hotel Putrajaya Marriott

Hari ini aku berbuka puasa di Hotel Putrajaya Marriott. Buat kali kedua aku berbuka puasa di hotel bagi Ramadhan tahun ini. Ramai orang datang berbuka puasa di sekitar Hotel Marriott kerana terdapat dua buah hotel lagi yang berdekatan yang menyediakan juadah berbuka, iaitu Hotel IOI dan Hotel Palm Garden.

Aku bertolak agak lewat sedikit berbanding rakan sepejabat yang lain kerana aku menaiki kenderaan sendiri. Ini akan memudahkan aku untuk balik ke rumah kerana aku melalui jalan yang sama. Apabila sampai di hotel, terdapat banyak sangat kenderaan kerana masing-masing hendak berbuka di ketiga-tiga hotel tersebut.

Sampai saja aku di Hotel Marriott, aku lihat tetamu yang hadir sudah mula mengambil makanan. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil makanan. Pengajaran yang lepas telah mengingatkan aku supaya jangan banyak mengambil makanan karbohidrat seperti nasi. Ini kerana kita akan mudah kenyang, jadi aku lebih banyak mengambil lauk dan makanan yang agak ringan.

Rakan ku yang lain, banyak mengambil makanan jadi kami hanya berkongsi. Banyak juga aku makan hari nie, seperti bubur kacang merah, ABC, buah-buahan, Ais krim, pelbagai jenis sushi, rojak buah, ikan pari bakar, pengat pisang, sate, daging salai dan beberapa jenis kuih yang tidak dikenali namanya.

Boleh kata semua makanan yang ada agak memuaskan, tapi masih bukan lawan kepada Hotel Putrajaya Shangri-La. Ok la, not bad at all. Ada beberapa makanan dan minuman yang agak kurang sedap, mungkin sebab itu aku berasa demikian. Daging kambing tak sempat nak merasa, sebab tak mau panas dimalam hari. Hehehe…