More Than Meets The Eye

Hari pertama berpuasa agak mudah kerana tidak terlalu penat. Syukur alhamdulillah, namun ada dugaan lain yang datang menimpa. Mataku mendapat “ketumbit” di celah kelopak mata. Entah mana datang aku sendiri kurang pasti.

Pagi-pagi lagi aku dah ke klinik warga untuk mendapatkan rawatan. Puas menunggu, barulah no giliranku dipanggil. Setelah saya beri penerangan lebih kurang, surat m.c diberi tanpa saya minta.

Tapi hairannya kenapa doktor prescribe ubat titis mata, padahal yang bermasalah ialah celah kelopak mata? Entahlah, dia doktor aku follow jer arahan. Tapi ada satu lagi ubat titis mata juga, tetapi kena beli sendiri. Mahal agaknya, tapi aku pergi beli pun.

Dapat m.c tapi aku kerja jer macam biasa. Nak buat apa duduk kat rumah sorang-sorang? Sabar jer lah, sambil layan mata yang pedih-pedih sekali sekala tatkala memejam mata. Oouchh!!

Umair Masuk Wad Pediatrik di PPUKM

Sejak 3 hari lepas, anakku Umair kurang sihat. Kadang-kadang demam, kadang-kadang cirit-birit, kadang-kadang batuk dan yang paling teruk sekali muntah. Bermula dari demam, saya dan isteri membawanya ke klinik panel yang berdekatan. Seperti biasa, doktor klinik tersebut hanya memberi ubat tahan muntah, ubat demam, antibiotik dan ubat batuk.

Akan tetapi selepas 3 hari masih lagi tiada perubahan. Saya bercadang hendak membawa Umair ke PPUKM pada keesokan hari, tetapi pada malam tadi Umair muntah sekali lagi selepas minum susu. Terus saya menyuruh isteri bersiap untuk membawa Umair ke PPUKM. Sampai di sana sampel darah Umair diambil untuk di analisa. Apa yang baiknya Umair hanya diam walaupun jarum ditusuk ke tangannya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Angka giliran Umair yang rasanya agak sedikit, terasa sungguh lama sekali. Kami sampai sekitar jam 10.30pm tetapi giliran hanya dipanggil pada jam 11.55pm, iaitu hampir jam 12 malam. Umair hanya diberikan drip sebanyak 80ml selama 2 jam. Ini bermakna kami hanya boleh balik pada jam 2am. Ketika Umair diberikan susu, sekali lagi Umair muntah dengan banyaknya. Saya memberitahu staff nurse yang bertugas untuk memaklumkan perkara berkenaan. Selepas nurse berkenaan memberitahu kepada doktor yang bertugas, serta-merta Umair di pindahkan ke Wad untuk pemerhatian.

Saya pula terpaksa keluar dan balik ke rumah kerana hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan menjaga Umair. So, mama Umair ler yang kena bermalam di Wad. Saya pula balik ke rumah dalam keadaan separuh mengantuk. Bertambah mengantuk apabila ada traffic jammed semasa hendak sampai ke rumah. Kalau dah masuk tengah malam ada traffic jammed memang sah ada sekatan jalan raya. Kalau bukan Polis mesti JPJ. Pagi-pagi buta Polis buat road block, aku dah la mengantuk ni.

Keesokannya iaitu hari ini, Umair begitu ceria dan bersemangat seperti orang yang sihat. Bermain, berlari-lari adalah aktivitinya sepanjang berada di Wad. Saya pula mengambil emergency leave disebabkan hal ini. Sesekali Umair ada muntah, tetapi hanya sedikit sahaja. Pada petangnya, Umair akan diberi kebenaran untuk keluar Wad sekiranya tidak muntah, tidak cirit-birit dan suhu badan yang normal. Tetapi last sekali ketika mamanya hendak memandikan Umair, sampai sahaja di bilik mandi Umair terus berak dan cirit.

Setelah saya maklumkan hal ini pada doktor bertugas, Umair ditahan sekali lagi di Wad pada hari ini. Nampaknya mamanya kena bermalam sekali lagi di Wad bersama Umair. Kasihan Umair, walaupun kurang sihat Umair tetap ceria dan bertenaga. Tatkala budak-budak dan bayi lain sedang tidur, Umair masih lagi hendak bermain-main bersama papa dan mamanya.

Ketika waktu melawat sudah pun terlebih dari lewat, barulah ipar dan birasku tiba untuk melawat Umair. Sekitar jam 9pm saya sudah mula balik kerana hendak berjumpa dengan client. Kasihan Umair, semoga Umair cepat sembuh.

BCG

BCG, short form untuk Bacillus Calmette-Guerin. Ianya adalah vaksin yang perlu diberikan kepada bayi yang baru lahir dan disusuli dengan vaksin kedua mengikut dos dan perlu diikuti. Saya cuma tahu sebahagian sahaja kerana apa yang ada tertera di dalam buku rekod kesihatan anak.

Semalam saya dan isteri pergi ke Klinik Fadzliana di Taman Equine untuk pergi mendapatkan suntikan vaksin BCG untuk anak kami Umair. Memandangkan kad klinik panel saya belum siap atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya terpaksa la mengeluarkan duit sendiri untuk membiayai kos perubatan Umair.

Bayaran untuk suntikan BCG sebanyak RM30 dan ubat demam sebanyak RM4 sahaja. Semasa anak saya diberi suntikan, isteri saya tidak berpuas hati dengan doktor yang bertugas. Doktor tersebut jawab banyak soalan isteri saya secara sambil lewa. Disebabkan isteri saya tidak berpuas hati dengan doktor tersebut, sayalah tempat untuk dia melepaskan marahnya.

Entah apa yang salah dan silap saya masa tue, saya sendiri pun tak tahu. Hal berkenaan kad klinik panel saya yang tidak siap pun diungkit, walhal saya yang membayarnya. So, apa masalahnya? Saya cuma boleh bersabar jer lah. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, isteri saya tak habis-habis membebel dan tidak puas hati dengan servis yang diberikan.

Sekarang ni, saya nak marah siapa pulak. Doktor? Isteri saya? ataupun Umair? Saya sabar jer lah, dah nasib badan…

The Long Wait Medical Check-Up at PPUKM

Apabila sebut saja servis perkhidmatan di mana-mana jabatan kerajaan, pasti kita akan terbayang perkhidmatan yang lambat, birokrasi, attitude seseorang kakitangan dan berbagai lagi perkara yang negatif.

Pada hari ini, saya baru saja selesai menemankan isteri membuat medical check-up. Saya dan isteri mendaftar masuk jam 9am dengan niat akan dapat berjumpa doktor awal dan terus balik. Akan tetapi, isteri saya hanya dapat berjumpa dengan doktor pada jam 12.30pm.

Tempoh 3 jam 30 minit itu saja sudah cukup lama, sehingga saya sendiri bosan duduk menunggu. Saya tidak menyalahkan pihak hospital, kerana pesakit yang datang pada hari itu cukup ramai. Doktor pula hanya ada 11 orang sahaja.

Memang negara kita kekurangan doktor yang terlatih dan saya tidak hairan mengapa doktor kerajaan berhijrah ke hospital swasta atau ke hospital luar negara. Kerja punya la teruk dan perlu menghadap pesakit yang sangat ramai setiap hari. Malah apa yang lebih menyedihkan, gaji mereka agak rendah. Seperti tidak berbaloi dengan apa yang dikerjakan.

Berbanding hospital swasta yang sanggup memberi gaji yang cukup lumayan serta mudah untuk mendapat cuti, berbanding hospital kerajaan yang mana cutinya cukup banyak akan tetapi agak sukar untuk mendapat kebenaran cuti.

Berbalik kepada medical check-up, setelah mendapat result ujian darah yang dibuat sebelum ini. Isteri saya adalah pembawa Talasemia Alpha. Disebabkan itu, saya sebagai husband juga perlu membuat ujian Talasemia. Orang lain yang buat medical check-up, orang lain pula yang kena buat check-up sekali. Apa boleh buat, demi kebaikan baby yang bakal lahir.

Selepas selesai isteri saya membuat medical check-up, maka giliran saya pula yang kena periksa. Tiga buah tabung uji digunakan untuk mengambil sample darah untuk diuji di makmal. Keputusan makmal hanya boleh diketahui pada minggu depan.

Balik dari medical check-up, saya dan isteri makan Ayam Goreng Kampung di Velodrom, Kuala Lumpur. Satu-satunya Ayam Goreng Kampung yang terkenal di Cheras. Setiap tengah hari saja mesti penuh orang makan di sana. Saya pula makan dengan tenang sambil memikirkan apa result darah yang bakal keluar.