Al-Fatihah Buat Ibu Faizah

Petang tadi kami sebagai warga JTM mendapat berita kurang baik. Ibu kepada Faizah telah kembali ke Rahmatullah. Kami sebagai rakan seperjuangan datang melawat bagi memberi penghormatan yang terakhir.

Sampai di Wad Warga, kami lihat keluarga Faizah diselubungi kesedihan. Kami beramai-ramai membaca Surah Yasin dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Ucapan takziah diucapkan, tidak banyak yang diperbualkan.

Kesedihan terpapar di wajah Faizah, walaupun dia cuba menahannya. Ternyata dia seorang yang tabah. Selesai kami membaca Surah Yasin, jenazah dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan dan seterusnya dikebumikan di Selayang.

Al-Fatihah buat Ibu Faizah..

Melawat Ibu Faizah

Ibu kepada salah seorang officemateku yang bernama Faizah terlantar sakit di Wad Warga tingkat 7, Pusat Perubatan UKM. Ibunya kini dalam keadaan nazak kerana ketumbuhan yang ada padanya.

Sungguh sayu apabila melihat ibunya dalam keadaan sedemikian. Morfin yang disuntik bagaikan tidak dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Seluruh keluarganya membacakan Surah Yasin, keluarganya silih berganti menjaga ibunya.

Boleh dilihat betapa besarnya dugaan yang dilalui oleh Faizah walaupun beliau tidak mempamerkan rasa sedih yang membelenggu hatinya. Melihat keadaan ibunya, membuatkan hati ini terasa sayu.

Tidak tergambar bagaimana rasa sedih, pilu yang menghantui keluarganya. Bak kata pepatah “Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul”. Saudari Faizah memohon disedekahkan Surah Yasin buat ibunya, setidak-tidaknya Surah Al-Fatihah.

Semoga keluarga Faizah dapat menghadapi dugaan ini dengan penuh tabah dan sabar. Setiap dugaan yang menimpa adalah ujian buat hamba-hambaNya.

p/s: Tiba-tiba teringat emak di Labuan…

More Than Meets The Eye

Hari pertama berpuasa agak mudah kerana tidak terlalu penat. Syukur alhamdulillah, namun ada dugaan lain yang datang menimpa. Mataku mendapat “ketumbit” di celah kelopak mata. Entah mana datang aku sendiri kurang pasti.

Pagi-pagi lagi aku dah ke klinik warga untuk mendapatkan rawatan. Puas menunggu, barulah no giliranku dipanggil. Setelah saya beri penerangan lebih kurang, surat m.c diberi tanpa saya minta.

Tapi hairannya kenapa doktor prescribe ubat titis mata, padahal yang bermasalah ialah celah kelopak mata? Entahlah, dia doktor aku follow jer arahan. Tapi ada satu lagi ubat titis mata juga, tetapi kena beli sendiri. Mahal agaknya, tapi aku pergi beli pun.

Dapat m.c tapi aku kerja jer macam biasa. Nak buat apa duduk kat rumah sorang-sorang? Sabar jer lah, sambil layan mata yang pedih-pedih sekali sekala tatkala memejam mata. Oouchh!!

Team “Angry Birds 1″ – Final

Perlawanan akhir adalah penentu kemenangan sama ada Juara atau Naib Juara. Semasa di dalam Group D, team “Angry Birds 1″ menentang Pre-Klinikal. Dan kini team “Angry Birds 1″ jumpa sekali lagi dengan pasukan Pre-Klinikal di final.

Sebelum perlawanan berlangsung, kapten pasukan telah menukar corak strategi permainan dengan mengeluarkan pemain simpanan iaitu Sharulhizad dan Rahman sebagai bergu lelaki bagi perlawanan pertama. Sekaligus memberi rehat yang cukup kepada ayam tambatan “Angry Birds 1″ iaitu Saiful dan Farhan.

Seperti yang dijangka, pihak lawan telah mengeluarkan pemain terkuat bagi pusingan pertama. Mereka tidak jangka team “Angry Birds 1″ akan membuat penukaran pemain. Mereka membuat isyarat tanda “Jari” sambil geleng kepala, menunjukkan bahawa mereka telah tersilap percaturan.

Perlawanan final pusingan pertama tidak memberi tentangan sengit kepada pihak lawan. Beberapa kesilapan berlaku, namun memang ini yang diharapkan oleh kapten pasukan. Walau bagaimanapun, Sharulhizad dan Rahman tetap bermain seperti biasa. Kekalahan dipusingan pertama sudah dijangka.

Perlawanan bergu wanita pula adalah pasangan Faizah dan Shida (PRO). Gandingan mantap pasukan wanita ini tercabar, apabila corak permainan pasukan wanita pihak lawan nampak berlainan. Seperti ada aura baru yang muncul, tidak seperti perlawanan sebelumnya.

Bergu wanita “Angry Birds 1″ nampaknya agak sukar hendak mendapat mata, manakala kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku telah pun berlaku. Mata demi mata dikumpul oleh pihak lawan sekaligus menyukarkan bergu wanita “Angry Birds 1″ merapatkan jurang perbezaan mata.

Namun setelah berehat sebentar, bergu wanita “Angry Birds 1″ telah mendapat rentak dan mengenalpasti corak permainan pihak lawan. Kelemahan backhand pihak lawan menjadi kelebihan pasangan Faizah dan Shida (PRO). Perlawanan cukup sengit kerana pihak lawan juga jarang melakukan kesilapan.

Namun begitu, kekuatan smash yang ada pada Faizah dan permainan net yang ditunjukkan oleh Shida telah memberi kemenangan pertama dipusingan kedua. Baru kali ini saya nampak pasukan bergu wanita “Angry Birds 1″ berpeluh-peluh, selalunya tidak.

Setelah kedua-dua pasukan mendapat mata 1-1. Pusingan ketiga adalah penentu kemenangan sama ada Juara atau Naib Juara. Ayam tambatan Saiful dan Farhan yang telah bersedia beraksi dengan cemerlang.

Pihak lawan yang cuba menggunakan taktik psikologi nampaknya kurang berhasil, apabila jeritan dan sergahan yang dibuat-buat tenggelam oleh sorakan penyokong team “Angry Birds 1″. Diawal permainan, setiap serangan cukup menyengat.

Apabila pasangan Saiful dan Farhan sudah menghampiri mata akhir. Moral permainan pihak lawan nampaknya seperti sudah luntur dan kurang bersemangat. Boleh dilihat corak permainan tidak cukup bertenaga seperti diawal perlawanan dan perlawanan sebelumnya.

Cukup sahaja mata akhir, penyokong team “Angry Birds 1″ bersorak menyambut kemenangan pertama dalam sejarah JTM dalam pertandingan badminton sejak ia ditubuhkan. Perlawanan telah pun berakhir, hadiah telah pun disampaikan.

Kami semua balik dan berkumpul di kedai mamak berdekatan untuk makan dan minum sambil menceritakan detik-detik kemenangan. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain “Angry Birds” iaitu Saiful, Farhan, Faizah, Shida (PRO), Azrina, Sharulhizad, Rahman dan Azizi.

Tidak lupa juga penyokong-penyokong “Angry Birds” yang sanggup menunggu hingga ke perlawanan akhir dan memberi sokongan yang tidak terhingga. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan Teknologi Maklumat iaitu Dr. Ahmad Taufik Jamil kerana memberi pelepasan awal kepada skuad badminton JTM.

Team “Angry Birds 1″ – Semi Final

Perlawanan semi final pula agak sengit apabila pasangan Saiful dan Farhan bertembung dengan pasukan (entah x ingat). Beberapa kali penyokong “Angry Birds” bersorak untuk memberi sokongan sekaligus memberi tekanan psikologi kepada pasukan lawan.

Permainan yang dipersembahkan cukup menarik dan kesilapan jarang berlaku. Setiap markah yang hendak dikutip terasa lamanya. Apabila team pihak mendapat mata, penyokongnya akan bersorak dan memberi tekanan kepada player “Angry Birds”.

Begitu juga dengan pihak penyokong “Angry Birds” memberi sokongan kepada player harapan. Agak sukar hendak mendapat mata dan agak sukar hendak menjauhkan mata. Setiap mata yang dapat dikumpul pasti akan dikejar oleh pihak lawan.

Detik cemas apabila mata penamat hanya beza 2 mata sahaja. Namun setelah kelemahan pihak lawan telah dikenalpasti, Farhan dan Saiful play safe dan tidak memberi peluang untuk pihak lawan membuat pukulan smash. Team “Angry Birds” akhirnya menang walaupun tipis.

Bergu wanita pula juga menang mudah, apabila pasangan Faizah dan Azrina menang mudah dengan mata 30-6. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kepada bergu wanita kerana confirm menang.

Dengan kemenangan 2-0 kepada .. telah melayakkan team “Angry Birds 1″ ke perlawanan Akhir.

Team “Angry Birds 1″ – Quarter Final

Perlawanan kali ini berlangsung dengan cukup mudah. Boleh kata paling awal habis dan tidak mengeluarkan peluh pun. Bergu lelaki utama iaitu Saiful dan Farhan menang mudah 30-11 kepada pihak lawan JPB (Memey).

Manakala bergu wanita menang mudah dengan mata 30-2. Saya yang sampai agak lewat kira-kira jam 7.15pm seperti tidak percaya. Dengar cerita perlawanan mula kira-kira jam 6.30pm dan berakhir tidak sampai jam 7pm untuk kedua-dua perlawanan bergu lelaki dan wanita.

Bergu wanita pasangan Faizah dan Azrina pula tidak berpeluh langsung. Sungguh mudah rasanya, tetapi tidaklah sampai tak ingat dunia. Apa pun team “Angry Birds 1″ berjaya ke peringkat Separuh Akhir.

Team “Angry Birds 1″ – Match 4

Perlawanan akhir team “Angry Birds 1″ dengan pihak lawan iaitu Pre-Klinikal A adalah yang paling sengit. Dimana lawan kali ini adalah yang terkuat dalam banyak-banyak perlawanan di dalam Group D.

Skuad bergu lelaki Saiful dan Farhan adalah gandingan utama yang menjadi harapan selama perlawanan berlangsung. Oleh kerana perlawanan begitu sengit, penyokong juga agak sengit dengan sorakan dan bunyi botol yang bertalu-talu.

Ternyata penyokong Pre-Klinikal A begitu bersemangat memberi sorakan dan sekaligus memberi tekanan emosi kepada team “Angry Birds 1″. Penyokong team “Angry Birds 1″ juga tidak memberi peluang, setiap mata yang dapat dikutip oleh Saiful dan Farhan, penyokong akan bersorak dan sampai masuk ke gelanggang.

Melihat keadaan itu, pengadil memberi amaran kepada penyokong “Angry Birds 1″ agar menjaga disiplin semasa perlawanan sedang berlangsung. Mata yang dikejar juga sangat rapat dan ini memberi tekanan psikologi kepada setiap pemain.

Setelah bertukar gelanggang, kedua-dua pihak agak letih dimana boleh dilihat kebanyakan smash yang dilakukan kurang bertenaga. Permaianan net menjadi pilihan pemain dan ini memberi kelebihan kepada Farhan yang jauh lebih handal. Akhirnya team “Angry Birds 1″ menang di pusingan pertama.

Bergu wanita pula ialah gandingan Faizah dan Shida (PRO). Ayat confirm menang tidak seperti digambarkan diawal pemainan. Dimana Faizah sering membuat kesilapan dengan memukul bola terlalu kuat sehingga keluar. Melihat corak permaianan seperti ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada bergu lelaki di pusingan ke-3.

Apabila mata pihak lawan mencecah 8, barulah Faizah dan Shida mengejar semula. Satu demi satu mata dikutip dengan mudah, apabila Faizah dan Shida sering memberi bola belakang dan bola drop secara selang-seli. Ini membuatkan pihak lawan terkejar-kejar bola dari depan ke belakang dan sinar kemenangan terpancar sekaligus memberi kemenangan mudah kepada team “Angry Birds 1″.

Dipusingan ke-3 pula, terjadi kejar mengejar mata di antara bergu lelaki Sharulhizad dan Rahman. Pihak lawan yang sering melakukan smash, menyukarkan Rahman dan Sharulhizad untuk menyambutnya. Namun, apabila bertukar gelanggang pihak lawan mengumpul mata lebih pantas.

Kesilapan juga sering berlaku, mungkin juga sudah penat. Tanda-tanda kekalahan dipusingan ke-3 telah menjadi nyata apabila perlawanan berakhir. Walaupun begitu, team “Angry Birds 1″ telah menang 2-1, sekaligus memegang rekod menang straight untuk keempat-empat perlawanan di dalam Group D.

Keesokannya, team “Angry Birds 1″ selaku juara Group D akan bertemu dengan JPB (Memey) selaku naib juara Group B.

Team “Angry Birds 1″ – Match 3

Setelah team “Angry Birds 2″ kecundang, maka harapan untuk ke final dipikul oleh team “Angry Birds 1″. Seperti biasa, pasukan utama bergu lelaki team “Angry Birds 1″ iaitu Saiful dan Farhan beraksi dengan cukup tangkas. Pihak lawan ialah A&E (2) juga tidak mengaku kalah, sering memberi tekanan dan mempamerkan aksi yang cemerlang.

Namun gandingan Saiful dan Farhan ternyata cukup ampuh untuk dibolosi dan perlawanan ini berpihak kepada team “Angry Birds 1″. Di pusingan ke-2 bergu wanita ialah Shida (PRO) dan Azrina. Seperti diduga bergu wanita adalah point percuma kepada “Angry Birds 1″. Menang mudah adalah apa yang diharapkan.

Dipusingan ke-3 adalah sesi rilek sambil mengumpul mata. Kali ini pemain simpanan Azizi akan turun dan berganding dengan Rahman. Ternyata kekuatan team A&E (2) terletak di pusingan akhir. Azizi yang baru dapat masuk ke gelanggang masih belum dapat menyesuaikan diri rasanya. Perlawanan berpihak kepada A&E (2) dan team “Angry Birds 1″ menang 2-1.

Team “Angry Birds 2″ – Match 4

Perlawanan di pusingan ke-4, bergu lelaki pasangan Saidi dan Zaki telah menentang team GOT (A). Lawan kali ini lebih mudah apabila dilihat mata demi mata berjaya dikumpul. Zaki yang telah pulih dari kecederaan mempamerkan semangat juang yang tinggi.

Menang pada pusingan pertama, tetapi kalah pada pusingan bergu wanita. Pasangan Sulien dan Masnizah agak kelam-kabut berbanding dengan pasukan lawan yang agak tenang. Beberapa kesilapan sering berlaku dan ini memberi peluang kepada pihak lawan.

Pusingan ketiga adalah penentu kemenangan dimana bergu lelaki Zainal dan Khairi melawan pihak GOT (A). Diawal perlawanan seperti “Angry Birds 2″ akan menang. Tetapi apabila telah bertukar gelanggang keadaan menjadi agak cemas dan suspen.

Pihak lawan mengejar mata dengan pantas setelah mendapat rentak manakala Zainal sering membuat kesilapan dan ini memberi kelebihan di pihak lawan. Setelah Zainal ditenangkan oleh Khairi dan menukar strategi permaianan, Zainal kurang membuat silap.

Namun begitu perbezaan mata begitu rapat dan ini memberi tekanan kepada penyokong dan player itu sendiri. Kalah menang “Angry Birds 2″ adalah bergantung pada Zainal dan Khairi. Akhirnya, “Angry Birds 2″ menang tipis kepada GOT (A).

Oleh kerana “Angry Birds 2″ telah menang 2 perlawanan dan kalah 2 perlawanan. Kami hanya tunggu nasib sahaja sama ada layak atau tidak masuk ke quarter final. Namun nasib tidak menyebelahi team “Angry Birds 2″ kerana JPB (Memey) telah menang 3 perlawanan dan Kewangan telah menang 3 perlawanan.

Team “Angry Birds 1″ – Match 2

Perlawanan kedua di antara “Angry Birds 1″ dengan pasukan UMBI (Kodok Hijau) bermula dengan bersahaja. Bergu lelaki harapan utama Farhan dan Saiful berjaya mengawal permainan dengan baik.

Seperti biasa “Angry Birds 1″ memperolehi kemenangan tanpa perlu membuat penyokong risau. Kemenangan di pusingan pertama memberi laluan selesa kepada bergu wanita iaitu Faizah dan Shida yang diimport dari PRO.

Pasukan wanita tidak menghadapi masalah, apabila pasukan bergu wanita UMBI (Kodok Hijau) kerapa membuat kesilapan dan ini memberi mata kepada “Angry Birds 1″. Namun, apabila perlawanan hendak berakhir barulah bergu wanita UMBI (Kodok Hijau) mula bangkit namun ianya telah terlambat kerana telah ketinggalan mata begitu jauh. Kemenangan akhirnya berpihak kepada “Angry Birds 1″.

Di pusingan ketiga, adalah perlawanan memungut point. Sharulhizad dan pasangannya Rahman dikatakan bermain dengan baik. Saya tidak dapat memberi komen kerana tidak melihat sendiri perlawanan tersebut kerana dalam masa yang sama saya sedang berjuang di pusingan ketiga bertemu dengan HRRC.

Apa yang pasti “Angry Birds 1″ telah mencatat rekod kemenangan tanpa kalah buat kali kedua dengan UMBI (Kodok Hijau) dengan kemenangan 3-0. Pada keesokan malam, “Angry Birds 1″ akan menentang pasukan A&E (2) dan akan menurunkan player simpanannya iaitu Azizi.