Back To KL

Selepas 5 hari bercuti di Labuan, sudah tiba masanya untuk kembali semula ke KL. Banyak perkara berlaku walaupun singkat dan tidak banyak tempat yang dilawati. Ianya tetap menjadi ingatan dan memori di hati.

Dapat jumpa mak yang jarang sangat dapat jumpa, abah pula boleh dikatakan kerap sebab dia selalu datang KL. Cukup seronok apabila mak memasakkan makanan kegemaranku iaitu “Ketam Masak Lemak”. Berselera sungguh dapat makan ketam yang tersangat-sangat fresh.

Berjalan-jalan bersama wife di Taman Damai, Layang-layangan sambil menikmati sayap ayam yang enak dan juga air kelapa muda (takder la muda sangat) yang lazat menjadi salah satu aktiviti di petang hari. Kasihan Umair tidak dapat ikut kerana tidur di rumah dan dijaga oleh atuk dan neneknya.

Melawat muzium hidupan marin menjadi salah satu daripada aktiviti. Kebetulan ada pameran hidupan laut yang berbisa dipamerkan kepada umum. Tidak puas melawat untuk pertama kali, kami datang semula keesokan harinya.

Ujana Kewangan menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan orang Labuan. Mana tidaknya, ianya satu-satunya shopping complex yang ada di Labuan. Orang Labuan tidak akan sebut “Ujana Kewangan” tetapi mereka akan sebut “UK”.

Melawat kedai adikku yang berada di Terminal Feri yang baru yang menjual pelbagai barang perhiasan aksesori wanita serta pakaian. Hendak kata kecil tidak, besar pun tidak. Senang cerita sederhana besar la jawabnya.

Umair pula cukup gembira bermain di pantai apabila dapat melihat laut yang terbentang luas dengan deruan ombak. Namun kasihannya, ianya hanya sementara kerana hari sudah lewat. Terlupa pula bahawa Labuan memang awal masanya. Jam 6pm sudah mulai gelap.

Sempat juga kami ke rumah lama yang menjadi kenangan isteriku di Sawangan Cina, Membedai. Tidak banyak perubahan yang berlaku, macam mana ianya 10 tahun dahulu, begitulah ianya sekarang. Apa yang membezakan ialah pokok mangga di rumah tersebut berbuah dengan lebatnya.

Selepas ini mungkin aku akan merindui Labuan, walaupun bukan tanah tumpahnya darahku. Di situlah aku membesar dari tadika ke sekolah rendah hingga menengah. Sampai masanya, aku akan kembali. Insya-allah..

Majlis Perkahwinan Pak Tam

Majlis Perkahwinan Pak Tam telah pun berlangsung di Klang, iaitu di sebelah pihak perempuan. Oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk hadir di sebelah pihak perempuan, maka saya hanya dapat hadir untuk di sebelah pihak lelaki sahaja.

Majlis dibuat secara sederhana, jemputan yang hadir adalah di kalangan jiran-jiran dan saudara-mara terdekat. Tetamu yang hadir datang dan pergi tidak putus-putus. Senang cerita, meja dan kerusi sentiasa penuh sehingga sampai ke petang. Catering pula menggunakan khidmat Pak Anjang iaitu Azmi Catering. Hanya nasi minyak sahaja yang dimasak oleh Tok Tok.

Majlis dijalankan dengan lancar diselang-selikan karaoke berserta DJ yang dijemput khas. Tiada pelamin untuk dipertontonkan hanya makan beradab yang serba ringkas untuk disaji. Ianya tak lebih seperti Majlis Menyambut Menantu. Tiada ‘bunyi-bunyi’ yang kurang enak didengar seperti yang berlaku di sebelah pihak perempuan. Tapi agak kasihan kepada pengantin perempuan kerana saudara maranya tidak dapat menghadirkan diri. Mungkin malu untuk berhadapan dengan keluarga pihak lelaki setelah apa yang  berlaku di Klang.

Selepas selesai majlis, satu sesi bergambar khas buat pengantin dibuat secara ringkas. Siapa lagi kalau bukan saya yang menjadi Jurugambarnya. Cuma ianya tidaklah sebaik Jurugambar Sepenuh Masa. Atas alasan bajet saya hanya menjadi Jurugambar tak rasmi. Hehehe, hasilnya pun ‘Tak Rasmi’ jugak ler. Hehehe…

Memasang Katil Baru tetapi 2nd Hand

Semalam adalah cuti Hari Wilayah, saya yang bekerja di kawasan Bandar Tun Razak mendapat cuti secara automatik. Cuti-cuti Malaysia saya hanya duduk di rumah sambil memasang katil baru yang 2nd hand. Katil ‘Baru’ nie isteri saya dapat dari rumah mak mertua saya. Disebabkan adik ipar saya (Nono) berkahwin, dia mahukan katil yang baru sempena perkahwinannya.

Disebabkan tiada ruang lagi untuk disumbat katil yang baru, maka katil yang lama diambil oleh isteri saya. Cuma disebabkan katil nie pernah dipakai, maka banyaklah jugak batang besi yang bengkok dan patah. So, pada pagi itu saya pergi membawa besi katil untuk di welding semula di kedai besi. Upahnya murah sahaja sebanyak RM6, mengimpal termasuk meluruskan besi.

Balik rumah saja terus saya pasang satu persatu tiang dan batang katil. Setelah penat lelah memasang katil berseorangan, siaplah sudah katil baru untuk dibaring. Katil ini memang besar, sebab ianya bersaiz ‘King’. Berbeza dengan katil yang saya pakai sebelum nie yang hanya bersaiz ‘Queen’.

Katil yang lama pula saya letakkan di dalam bilik kedua dan katil bujang di bilik kedua saya alihkan ke bilik ketiga. So, sekarang takde masalah sekiranya ada tetamu, sebab semua bilik ada katil dan tilam. Cuma kipas saja takder, sebab agak panas. Mungkin lepas nie perlu pasang kipas.

Makan Malam di Umbai, Melaka

Malam sabtu yang lepas, saya serta keluarga pergi makan malam di Umbai, Melaka. Turut hadir ialah Cik Lati sekeluarga, Cik Suma dan nenek. Saya, isteri serta adik Aan bertolak dari KL sekitar jam 3 petang menuju ke Selatan dengan menggunakan highway PLUS. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan begitu lebat sekali. Wiper pada kereta pula sudah lusuh dan air hujan seperti tidak dapat membias air.

Semua kereta berjalan sangat perlahan sekitar 40-50km/j, kerana hujan begitu lebat sekali. Apabila sampai di sekitar kawasan Senawang, highway menjadi sesak secara tiba-tiba. Rupa-rupanya ada sebuah lori kemalangan dari arah Selatan menuju ke Utara. Kesesakan lalulintas dari arah Selatan tersangatlah panjang.

Saya memandu dengan kelajuan 90km/j selama 15 minit. Bayangkan berapa panjang kesesakan pada waktu itu. Kami meneruskan perjalan seperti biasa dan singgah sebentar di R&R Seremban untuk refreshing. Saya singgah sebentar untuk membeli wiper baru, malangnya tiada saiz yang sesuai. Saya membeli 2 pau kacang, 2 pau kari ayam dan 2 pau kaya untuk mengalas perut.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke selatan. Sepanjang perjalanan, cuaca kurang baik sentiasa hujan. Apabila sampai sekitar Melaka kami berhenti semula di R&R Ayer Keroh untuk berehat sambil minum Nescafe. Setelah berehat dalam setengah jam barulah kami mula bergerak ke Umbai.

Dalam perjalan ke Umbai, kami fikir untuk singgah sebentar di Bandar Melaka, tapi memandangkan saya kurang arif dengan jalan di Melaka saya batalkan niat tersebut dan terus mencari jalan ke Umbai. Setiba di Umbai kami tiba tepat pada masa dan keluarga yang lain juga tiba pada masa yang sama. Memang suatu kebetulan.

Terdapat banyak gerai yang menjual masakan seafood. Jadi kami cari gerai yang agak kosong, kerana gerai yang fames tue penuh dengan pelanggan. Kami memesan kerang, udang, ketam, tom yam, ikan (tak ingat nama ikan), serta beberapa makanan yang lain.

Setelah selesai makan, kami semua mula bergerak ke kampung. Konvoi 4 kereta selamat sampai ke kampung agak lewat malam. Pada keesokan harinya barulah kami balik semula ke Kuala Lumpur. Kami tiba di Taman Equine agak lewat, kerana sepanjang perjalanan balik agak sesak. Kesesakan sepanjang puluhan kilometer hanya disebabkan sebuah kereta rosak di tepi lebuhraya. Cis! cis!! cis!!! 1000x …

My Last Day in Labuan

Cuaca pagi ini agak sejuk, kerana malam tadi hujan turun dengan lebat. Pagi ini saya, isteri saya dan abah pergi ke jeti kapal untuk pergi membeli ketam. Tapi malangnya, kapal yang pergi menangkap ketam masih belum pulang ke jeti. Kami cuba membeli di pasar basah. Tetapi sama juga, mungkin disebabkan hujan lebat malam tadi.

Isteri saya sangat sukakan pisang Labuan, sedap katanya jika dibuat pisang goreng. Maka 10kg pisang dibeli, aku la yang terpaksa mengangkatnya. Mengingatkan ibu mertuaku memesan hendak buah salak, kami berjalan ke pasar sayur. Namun tiada, kami cari juga di minimart sehingga la ke pasar peladang. Tapi memang tiada buah salak.

Kami singgah makan sarapan di Restoran Faizzah, sambil makan roti kosong dan nescafe tarik (my menu) dan isteri saya roti telur dan nescafe. Abah cuma minum teh tarik. Selepas itu kami pulang balik ke rumah kerana wireman sudah sampai di rumah untuk membaiki lampu tandas yang rosak.

Pada tengah harinya, kami hantar abah ke Labuan Airport. Sebab abah ada mesyuarat di Kota Kinabalu. So, saya dan isteri berjalan-jalan sekitar Pohon Batu, Batu Manikar, Layang-layangan dan UMS. Kami ke UMS cawangan Labuan tempat di mana isteri saya belajar matrikulasi dahulu. Selesai mengambil gambar, kami balikke rumah untuk bersiap.

Isteri saya memasak Cucur Jagung di rumah, sementara itu saya mengambil mama di pejabat. Kami minum petang bersama, selepas itu barulah mama pergi menghantar kami ke Labuan Airport. Cuaca pada malam itu agak baik, penerbangan kami lancar. Setiba kami di KLIA, hujan mula turun dengan lebat.

Macam mana pun kami terpaksa menunggu ibu mertuaku datang membawa kereta SUV kerana barang yang kami bawa agak banyak.

My 4th Day in Labuan

Hari ini adik saya, Hafizal akan balik semula ke Kuala Lumpur kerana cutinya sudahpun habis. Mak, abah, saya dan isteri pergi menghantar Hafizal ke Labuan Airport. Setelah menghantar Hafizal, kami balik ke rumah untuk berehat.

Pada petangnya, saya dan isteri keluar berjalan sekitar Labuan. Lama betul saya tidak berjalan-jalan. Saya dan isteri berjalan sekitar Kompleks Sukan Air Labuan. Kami bergambar sambil melihat pemandangan di tepi pantai.

Pada malamnya, abah membawa kami sekeluarga makan di Anjung Ketam. Kami pergi ke Anjung Ketam awal sedikit kerana risau ketamnya habis seperti semalam. Sampai di sana kami memesan 2kg ketam masak stim, 2kg ketam masak butter, baby kailan, Ikan putih, nasi dan 1 jug air kucai.

Restoran ini pernah dikunjungi oleh Maria Tengku Sabri dalam rancangan “Jalan-jalan cari Makan”. Sedap sehingga menjilat jari, orang putih cakap “Finger Lickin Good”..

My 1st Day in Labuan

Actually, ini bukan la 1st time saya sampai Labuan. Cuma dah lama tak balik Labuan. Last time aku balik Labuan semasa aku kahwin dahulu. Walaupun bukan tempat tanah tumpahnya darahku, tapi di sinilah aku dibesarkan sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur.

Saya bersama isteri  pulang ke Labuan dengan menaiki MAS. Penerbangan yang memakan masa 2 jam 10 minit dari KLIA ke Labuan berjalan dengan lancar. Cuaca juga agak baik. Sesampai kami di Labuan Airport, adik saya Hadri dan Hafizal sudah menunggu di balai ketibaan.

Tengah harinya kami keluar makan di Restoran Seri Malindo. On the way ke sana, kami menempuh kesesakan lalulintas yang biasanya dijumpai di Kuala Lumpur. Rupanya di Labuan pun dah mula jammed. Nampak sangat aku dah lama tak balik Labuan.

Pada malamnya, mak saya masak Udang Galah masak pedas. Slurps, dah lama tak makan seafood yang fresh. Udang Galahnya pun besar-besar belaka. Kalau balik KL, dah tak merasa dah semua nie. Huhu…