Tengah hari tadi, ada Mobile Fair yang berlangsung di kawasan tempat letak kereta UPM. Dipendekkan cerita saya dan isteri pergilah ke sana untuk melihat sahaja. Pada asalnya kami sangka ianya adalah PC Fair iaitu jualan barang komputer. Rupanya jualan handset, saya salah tengok iklan.
Niat asal hendak melihat sahaja, tetapi jadi pula beli handphone baru. Isteri saya rambang mata setelah melihat jualan yang begitu murah, mana tidaknya kerana separuh handphone yang dijual di situ adalah tiruan Made In China.
Pelbagai varian handphone dijual dari semahal-mahal iPhone sehingga la semurah-murah CSL. Apa yang menarik minat isteri saya ialah dengan handset jenis iPhone, rupa menarik dan nampak fancy serta bergaya. Harganya juga murah hanya RM399 sahaja.
Wow, murahnya!!! Well, of course it is not original product from Apple. It is China made mari. iPhone yang dibeli adalah untuk menggantikan handset Nokia N90 yang telah uzur dan lanjut usia. Lagipun, isteri saya hanya gunakan untuk membuat panggilan dan SMS sahaja. Ini kerana handset lama sentiasa buat hal dan sentiasa habis bateri.
Setelah puas belek-belek iPhone tersebut dan berpuas hati. Maka tanpa banyak cerita, isteri saya pun belilah handphone tersebut. Puas belek aplikasi yang ada di dalamnya, al-maklum la handphone baru. Saya juga yang masih pakai handphone lama, pinjam pula tu. Huhuhu…