My 1st Smartphone

1st of all, thanx to my father-in-law for giving this present. Smartphone Acer BeTouch E400 yang menggunakan OS Android 2.1 (Eclair). Seronok dapat handphone @ smartphone baru nie. Rasa bersemangat pula nak pergi kerja pasni, semua kerja akan menjadi handy.

Handphone yang smart dipanggil Smartphone. Saya tak pernah ada smartphone kerana semua handphone yang saya pakai semuanya hanya digunakan untuk buat panggilan, SMS, jam, alarm clock dan melihat tarikh.

Berbeza dengan smartphone ianya boleh melakukan bermacam-macam jenis kerja yang tidak dapat dilakukan pada handphone biasa. Contohnya laman sembang sosial seperti facebook dan twitter, membuat nota seperti PDA, melayari internet dan banyak lagi tools dan apps yang berguna sama ada berbayar ataupun percuma.

Manakala wife saya pula mendapat Smartphone BlackBerry Curve dari ibunya @ ibu mertuaku kerana mamanya tak reti sangat pakai BlackBerry. Adik iparku Ihsan jufa mendapat smartphone Blackberry Curve yang sama dan adik iparku Iyad Sufi mendapat Smartphone Nokia (tak ingat model apa, tapi touch screen). Bapa mertuaku pula tak mau kalah dengan orang lain, dia beli yang paling top model iaitu BlackBerry Torch.

Semua orang dalam rumah pakai BlackBerry kecuali aku, Nono (adik ipar), Iyad Sufi (adik ipar) dan mama (nak beli iPhone 4 katanya). Satu malam semua orang bersembang pasal smartphone masing-masing, cerita tentang kelebihan dan function smartphone.

Nampaknya aku sorang jer pakai Android base. Orang lain pakai iOS (Apple) dan RIM (BlackBerry). Bapa mertuaku berkata kepadaku, Sufri orang IT memang sesuai pakai Smartphone Android. Bila difikirkan kata-kata bapa mertuaku ada juga betulnya. Android adalah OS Open Source untuk Smartphone, sama juga seperti Linux untuk PC.

Sembang punya sembang, esok ibu mertuaku dah nekad nak beli iPhone 4 di The Mines. Manakala wife saya pula nak upgrade telco kepada BlackBerry Plan. Saya pula upgrade kepada Data Plan sahaja.

Battle of the Smartphones

iPhone, Blackberry, LG, Nokia… how do you decide amongst these phones? Well, everyone has different needs and usage, and every smart-phone fits to different personalities. Are you a workaholic,  stylish or a gadget freak? Find out which Celcom Smartphone best reflects your identity and style.

Check this out, Smartphones

Turn Your iPhone 4 Into SLR

So, kepada sesiapa yang mempunyai powerful lens gear baik dari jenama Canon atau Nikon dan dalam masa yang sama anda mempunyai iPhone 4? Anda adalah orang yang bertuah kerana Photojojo telah memperkenalkan iPhone SLR mount yang menukar handphone anda kepada Super Kamera siap dengan manual focus dan powerful depth of field.

Selepas ini anda boleh ler simpan DSLR body kat rumah dan cuma bawa lens dan iPhone 4 sahaja. Di situ saja sudah ringankan beban seberat 1kg. Tapi anda jangan ler berpuas-hati dengan kualiti gambar yang terhasil kerana nadi sesebuah kamera terletak pada body kamera. So, kualiti gambar bergantung pada CMOS sensor pada kamera iPhone juga.

 

Handphone Baru

Handphone baru ini bukanlah kepunyaan saya, tetapi adalah kepunyaan isteri saya. Sepanjang saya beli handphone, belum pernah lagi saya ada pengalaman seperti ini. Dari pagi sehingga ke petang, saya dan isteri berserta Umair menjalankan ekspedisi menjejak handphone.

Disebabkan handphone isteri saya yang lama iaitu Nokia N90 telah pun uzur, maka isteri saya berhasrat hendak menggantikan dengan yang baru. Ini kerana nak tekan keypad pun nombor asyik tak keluar. Macam mana nak buat call.

So, dipendekkan cerita isteri saya memang berminat dengan handphone Blackberry Bold 9700 tetapi color Putih. So, saya namakan Whiteberry. Alasannya cukup mudah,  kerana color putih cantik. Setelah di periksa di antara kedai Maxis, Celcom dan DiGi maka DiGi menawarkan pelan yang cukup menarik. Akan tetapi rupa-rupanya plan tersebut memerlukan komitmen bayaran yang cukup tinggi iaitu kira-kira dekat RM300 sebulan termasuk Whiteberry itu sendiri. Setelah difikir semula, terasa agak berat la pulak pakai telefon sehingga RM300. Terpaksa la batalkan niat untuk membeli Whiteberry.

Kemudian kami ke kedai LG dan isteri saya tertarik dengan handphone LG Lollipop yang berwarna Pink. Design yang fancy dan color pink yang menarik menjadi penyebabnya. Setelah berkenan dan membelek-belek Lollipop ni, isteri saya pun membuat keputusan untuk membelinya. Malangnya, model Lollipop color pink telah pun habis hanya tinggal color Biru dan Kelabu. Disebabkan minat dengan Lollipop, kami pusing di stall-stall handphone bertanyakan model Lollipop. Rupa-rupanya semua stall-stall handphone di Mines mendapatkan stok di kedai LG tadi. So, no point la kami cari Lollipop tu.

Maka kami pergi la ke kedai Samsung, di situ isteri bertanya semua model handphone yang ada color pink. Satu persatu handphone color pink dikeluarkan untuk dipilih. Tetapi tidak ada yang menarik perhatian. Dalam banyak-banyak handphone ada satu model yang menarik perhatianku iaitu Samsung Extreme B2100. Aku begitu teruja untuk memilikinya, kerana ianya rugged, water proof, shock proof, dust proof, siap ada LED torch light. Harganya cukup murah iaitu RM499. Malangnya bagi aku, kerana sudah tidak ada stok. Lagipun Samsung sudah tidak mengeluarkan model itu lagi. Kalau dah takder stok, tak payah la display ‘Dummy Set’ tu.

Kemudian last sekali kami pergi ke kedai Nokia. Di antara model Nokia yang mempunyai color pink ialah Nokia C3. Akan tetapi seperti biasa, yang ada hanya tinggal color putih sahaja. Kemudian isteri saya ternampak model E63 yang berwarna merah maroon. Tetapi atas saranan salesman tersebut, adalah lebih baik ambil model Nokia E5 kerana mempunyai spesifikasi sama seperti E72 dan harganya cuma mahal seratus lebih berbanding dengan E63. Sedangkan E63 adalah model lama jika dibandingkan dengan E5. The only option ialah White Color.

Ingatkan nak beli handphone selain Nokia, rupa-rupanya beli Nokia semula. Fungsinya memang mantop, hampir semua ada. 3G, A-GPS, WiFi, QWERTY keypad dan Aplikasi Facebook terbina dalam (built in). Aku juga yang masih pakai handphone lama, pinjam pula tu. Huhuhu…

iPhone 4 in Malaysia

Entah mengapa tiba-tiba ramai orang sibuk memperkatakan tentang iPhone 4. Terutamanya officemate saya yang memang gila gadget ni. Dia ni dah ada iPhone 3Gs, tapi nak juga dapatkan iPhone 4. Memang betul kalau orang berduit dan tak tau nak buat apa, gadget setakat iPhone 4 tiada masalah untuk dimiliki.

So, terfikir juga untuk memiliki satu memandang handphone yang ada sudah pun uzur rupanya. Ditambah pula saya ni orang IT, takkan pakai handphone cokia (Nokia) jer. Tapi nasib baiklah belanjawan aku tidak mengizinkan, kalau tidak memang dah sambar satu. Akan tetapi di Malaysia cuma ada 2 sahaja pengedar sah iaitu Digi dan Maxis. Dimana setiap satu mempunyai pakej dan plan yang menarik di antara duanya.

So, seperti biasa aku masuk ler google dan taipkan ‘iPhone 4′ dan buat searching. Ada satu artikel yang menarik untuk saya kongsikan bersama. Perang harga diantara DiGi dan Maxis berlarutan dan kelihatan seperti DiGi dapat menarik ramai pengguna dari telco lain seperti Maxis dan Celcom. Maka ramailah pengguna yang bertukar a.k.a MNP ke DiGi.

 

Jika dilihat gambar di atas, plan yang diberikan oleh DiGi lebih menarik berbanding Maxis. Dimana plan iDiGi 88 hanya serendah RM63 berbanding iValue 100 RM100. Apabila kita membuat bayaran Auto Billing atau namanya lainnya Auto Debit, kita akan diberikan lagi diskaun RM5 maka jadilah bayaran bulanan sebanyak RM58. Dengan iDiGi 8, 200 SMS dan 20 MMS adalah percuma kepada semua local network manakala iValue 100 pula hanya terhad kepada Maxis-to-Maxis.

Pengguna internet bagi kedua-dua plan pula ialah 1Gb, sekiranya pengguna menggunakan internet exceed daripada jumlah yang ada, bagi pengguna iValue 100 akan dikenakan cas tambahan iaitu 0.5 sen/kb manakala bagi pengguna iDiGi pula tiada sebarang cas tambahan. Walau bagaimanapun, kelajuan internet akan berkurangan sehingga masuk bulan seterusnya tanpa sebarang cas.

Voice call yang ditawarkan oleh iValue 100 adalah sebanyak 333 minit manakala iDiGi 88 pula ialah 200 minit. Perbandingan di antara iDiGi 88 dan iValue 100 ialah sebanyak 133 minit. Bunyinya macam banyak perbezaan, akan tetapi sekiranya dibuat perbadingan (133 x 0.15 = RM19.95), so maknanya (RM58 + RM19.95 = RM78.95) iDiGi 88 still lebih murah jikan dibanding dengan iValue 100. Maka DiGi jugalah yang menawarkan plan yang lebih murah dari pelbagai segi.

Perbadingan di atas hanyalah untuk plan kontrak selama 24 bulan ini kerana iDiGi tidak menawarkan plan kontrak selama 12 bulan. Sekiranya anda tidak mahu terikat begitu lama, maka boleh la mengambil plan Maxis selama 1 tahun sahaja. Tetapi setiap bulan RM100. Manakala DiGi pula sebanyak RM58 selama 2 tahun, selepas 2 tahun masuk sahaja bulan ke 25, pengguna akan dikenakan bayaran bulanan sebanyak RM88 yang mana still lebih murah berbanding dengan Maxis.

Kalau dilihat dari segi coverage 3G, Maxis lebih meluas jika dibanding dengan DiGi. Ini kerana DiGi mendapat lesen 3G lewat berbanding dengan Maxis dan Celcom. So, kepada sesiapa yang kerap berjalan jauh dan merata tempat, mungkin agak terbatas kepada pengguna DiGi manakala Maxis pula mempunyai kelebihan dari segi liputan. Mungkin dimasa akan datang DiGi akan meluaskan lagi liputan 3G ke seluruh tempat di Malaysia. Sebagai pengguna buatlah pilihan yang bijak.

 

Credit to SoyaCincau and LowYat

 

 

Handphone Baru Honey

Tengah hari tadi, ada Mobile Fair yang berlangsung di kawasan tempat letak kereta UPM. Dipendekkan cerita saya dan isteri pergilah ke sana untuk melihat sahaja. Pada asalnya kami sangka ianya adalah PC Fair iaitu jualan barang komputer. Rupanya jualan handset, saya salah tengok iklan.

Niat asal hendak melihat sahaja, tetapi jadi pula beli handphone baru. Isteri saya rambang mata setelah melihat jualan yang begitu murah, mana tidaknya kerana separuh handphone yang dijual di situ adalah tiruan Made In China.

Pelbagai varian handphone dijual dari semahal-mahal iPhone sehingga la semurah-murah CSL. Apa yang menarik minat isteri saya ialah dengan handset jenis iPhone, rupa menarik dan nampak fancy serta bergaya. Harganya juga murah hanya RM399 sahaja.

Wow, murahnya!!! Well, of course it is not original product from Apple. It is China made mari. iPhone yang dibeli adalah untuk menggantikan handset Nokia N90 yang telah uzur dan lanjut usia. Lagipun, isteri saya hanya gunakan untuk membuat panggilan dan SMS sahaja. Ini kerana handset lama sentiasa buat hal dan sentiasa habis bateri.

Setelah puas belek-belek iPhone tersebut dan berpuas hati. Maka tanpa banyak cerita, isteri saya pun belilah handphone tersebut. Puas belek aplikasi yang ada di dalamnya, al-maklum la handphone baru. Saya juga yang masih pakai handphone lama, pinjam pula tu. Huhuhu…

Sejarah Telefon Bimbit Ku

Siapa yang tidak mempunyai telefon bimbit? Hampir semua orang memiliki telefon bimbit dan ianya bagaikan sesuatu aksesori yang wajib ada dan lazim pada semua orang. Jikalau dahulu pada zaman 90an, sesiapa yang memiliki telefon bimbit dianggap sebagai orang kaya kerana harganya saja boleh buat deposit kereta walaupun telefon bimbit pada masa itu sebesar batu bata.

Tetapi pada masa kini semua telefon bimbit boleh dimiliki dengan harga yang cukup murah dari serendah RM90 (model tertentu sahaja) sehinggalah harga yang mencecah 5 angka. Telefon bimbit telah menjadi barang keperluan pada masakini. Murid sekolah rendah dan menengah sehingga pelajar universiti memiliki telefon bimbit masing-masing.

Aku mula memiliki telefon bimbit sendiri setelah aku bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Aku beli dengan gajiku pada bulan kedua. Telefon bimbit pertamaku ialah jenama Siemens model C25. Aku cukup sayangkan telefon ini dan memilikinya sehingga aku sambung belajar di Politeknik Seberang Perai.

Semasa belajar di sana ada seorang kawan yang cukup berminat dengan telefon bimbitku sehingga sanggup membelinya. Pada asalnya aku tidak ingin menjualnya kerana masih sayang. Tetapi aku cuba menduga dengan menjual pada harga RM50 yang mana tawarannya hanya sah pada malam itu sahaja. Aku tahu dia jenis tidak berwang dan poketnya sentiasa bocor. Akan tetapi rupa-rupanya dia baru saja keluarkan wang dari ATM pada petang itu, dengan  selambanya dia menghulurkan not RM50. Aku terkedu dan terpaksa menunaikan janjiku. Adoi.. tetapi ada hikmahnya aku jual telefon tersebut kerana 2 hari selepas itu telefon tersebut rosak.

So, terpaksalah aku beli telefon bimbit lain. Semasa aku membuat praktikal dengan elaun yang aku dapat, aku membeli sebuah telefon jenama Nokia model 3310. Ianya cukup menarik kerana telefon tersebut sangat popular pada masa itu. Sesiapa yang ada telefon 3310 memang sesuatu yang membanggakan. Dipendekkan cerita semasa akhir semester pembelajaranku di Politeknik, rumah sewaku dimasuki pencuri. Semua telefon bimbit di dalam rumah sewa yang kami duduki hilang. Termasuklah telefon bimbitku.

Semasa aku mula bekerja di Kuala Lumpur, aku menggunakan telefon bimbit jenama Nokia model 5210. Ianya aku pinjam dari ibuku buat sementara kerana aku baru mula bekerja dan belum mempunyai gaji untuk membeli telefon bimbit yang baru. Kemudian aku menggunakan telefon bimbit terpakai yang dihadiahkan oleh ibu mertuaku iaitu jenama Nokia model 3660.

Mungkin hadiah berkenaan adalah berkat dari usahaku yang jujur memulangkan telefon bimbit seorang pelajar. Sebelum itu, aku terjumpa telefon bimbit yang serupa iaitu 3660 semasa dalam perjalanan balik ke rumah. Semasa aku menyimpan telefon bimbit tersebut tuan punya telefon menelefon telefonnya dengan harapan ada orang yang mengangkatnya. Aku seperti biasa mengangkat panggilan telefon tersebut dan tuan punya telefon memohon jasa baik agar aku pulangkan pada malam itu juga. Memandangkan hari sudah larut malam saya bercadang untuk memulangkan telefon tersebut keesokannya. Tuan punya telefon tersebut cukup gembira lalu menghadiahkan not RM50 sebagai tanda penghargaan. Aku cukup serba salah untuk menerima hadiah tersebut dari seorang pelajar akan tetapi pelajar tersebut berkeras mahu saya terima kerana itulah saja cara dia mengucapkan terima kasih. Balik ke rumah aku menceritakan pada housemate dan mereka mengatakan tindakan aku kurang bijak, sepatutnya OFF kan saja telefon tersebut dan boleh pakai atau jual. Akan tetapi aku bukan seperti dia.

Dipendekkan cerita lagi, telefon bimbit nokia 3660 itu hilang kerana rumah sewaku dimasuki pencuri. Ini disebabkan kelalaian housemate untuk mengunci pintu ketika aku sedang tidur. So, terpaksalah aku membeli telefon bimbit yang baru iaitu jenama Nokia model 1110i. Ianya cukup ringkas dan lasak akan tetapi ianya mempunyai kapasiti ruang memori yang cukup terhad. Disebabkan aku mempunyai 2 sim kad. Aku menggunakan sebuah telefon terpakai iaitu jenama Nokia model 3610. Pada asalnya telefon tersebut adalah milik adikku, oleh kerana ianya telah rosak aku mengambil darinya lalu membaiki. Hanya suis ON/OFF sahaja yang rosak. Ianya masih boleh dipakai.

Kini kedua-dua telefon bimbitku telah rosak, baik model 1110i mahupun 3610. So, terpaksalah mencari telefon bimbit yang baru selepas ini. Akan tetapi ongkosnya belum ada, so terpaksalah pinjam telefon adik iparku buat sementara. Mungkinkah aku akan membeli iPhone 3Gs atau Blackberry? Who knows. Even I don’t know..