JAKIM Sahkan Hp Sauce, Tabasco Pepper Sauce Mengandungi DNA Babi

Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Sumber Persatuan Pengguna Islam

By sufri82 Posted in Halal

Penarikan Sijil Pengesahan Halal oleh JAKIM

Saya tertarik dengan artikel Harian Metro Online pada hari ini (09 Mei 2011). Oleh itu saya panjangkan kepada semua pembaca blog saya khususnya yang beragama Islam agar berjaga-jaga ketika membeli produk makanan tersebut.

Dimana menurut kajian produk terbabit terdapat DNA babi atau khinzir, menyebabkan sijil halal syarikat terbabit ditarik serta-merta. Apa yang saya geram ialah media sering berteka-teki dalam bab halal haram. Mereka tidak mahu menyatakan nama produk dan nama syarikat yang ditarik balik sijil halal. Ini menyusahkan pengguna Islam khususnya.

Saya terpaksa la mencari sumber lain dari website JAKIM untuk mencari kepastian agar mudah untuk kita mengelak dari terbeli produk yang tidak halal. Ianya adalah Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd. yang beroperasi di Bayan Lepas, Pulau Pinang. So selepas ini elakkan la terbeli produk dari syarikat ini. Kalau dah belek-belek nugget or sosej produk tersebut jangan pula lupa nak samak.

By sufri82 Posted in Halal