Hari nie adalah buat pertama kalinya aku shooting gambar model. Walaupun bukan model professional yang menggayakan pakaian seperti di shopping complex, tetapi saya serta rakan photographer yang lain mencari model di dalam ruang sembang Facebook untuk dijadikan subjek. Anyway thanx to my friend Jimmy sebab menjayakan shooting buat julung kalinya.

Photographer adalah terdiri daripada saya sendiri (Canonian), Jimmy (Canonian), Idham (Nikonian), Adam (Nikonian & selaku model) dan Cd (Canonian). Demi untuk hari ini, Jimmy sanggup membeli lens baru Canon EF 50mm f/1.4 USM. Burn jugaklah dalam RM1,500. Mungkin dia nak portrait bokeh yang menarik kot. I think la..

Sebenarnya ada 5 orang model yang sepatutnya datang, tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat diatasi hanya 3 orang sahaja yang berjaya hadir. 2 lelaki dan seorang wanita, salah seorang adalah my officemate sendiri iaitu Zaki. Walaupun agak kekok, tapi dengan sentuhan dan gaya yang disuruh beliau berjaya menggayakannya. Nak komen banyak pun tak boleh sebab 1st time.

2nd model adalah Adam, member Jimmy. Beliau adalah salah seorang ahli kelab Taekwon-Do MGTF pemegang Black Belt tahap 4 (apa kaitan dengan Taekwon-Do ???) dan seorang lagi ialah Farra Farinah berasal dari Kudat, Sabah. Kami menjadikan Taman Tasik Permaisuri sebagai lokasi outdoor kami.

Di sana kami menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada untuk mengasah bakat menangkap gambar dengan pelbagai skill dan ilmu di dada. Fikiran kena kreatif dan pantas, serta tahan dalam pelbagai tekanan. Rasa malu dan segan semasa menangkap gambar kami tolak tepi. Memang ramai pengunjung taman melihat gelagat dan aksi kami.

Kami hanya dapat shoot gambar untuk 2 persalinan sahaja. Bermakna 2 pakaian yang berlainan sahaja. Masa yang kurang cukup sebab model wanita kami tidak boleh terlalu lama. Namun dalam shooting kali ini tiada aksi-aksi yang mengghairahkan dan gedik seperti di dalam majalah hiburan tempatan dan luar negara. Cukup sekadar beberapa pose biasa dan elegance (yela kot).

Apa pun tujuan asal kami bukanlah untuk profit, tetapi lebih kepada mengasah bakat masing-masing di dalam fotografi. Di samping itu kami boleh menambah pengetahuan. Banyak jugaklah yang boleh dipelajari, etika ketika mengambil gambar dan peranan model, apa yang boleh dan apa yang tidak, ragam model dan photographer. Apa pun semua berjalan dengan lancar.

Makanan ringan juga disediakan, roti dan air berkarbonat sebagai mengalas perut. Selesai sesi bergambar, kami beramai-ramai makan tengah hari di Q-Bistro, Bandar Tasik Permaisuri. Semuanya di sponsor oleh Jimmy. Jimmy lagi..

