Task Force Hari Sabtu

Seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Jumaat, maka akan adalah kerja OverTime pada hari Sabtu ini. Semua yang terlibat adalah saya, Aziz, Saidi, Norhisham, Hedzwan, Suhaimi, Saiful Azre, Masturah dan Zakryl, 9 orang kesemuanya.

Program yang dirancang akan dimulakan pada jam 10am dan dijangka berakhir pada jam 4pm. Breakfast, Lunch dan minum petang ditanggung beres. Cuma breakfast jer yang aku tak puas hati, sebab menu hidangan adalah Kuew Teow. Aku tak makan Kuew Teow laaa..

Namun hanya 7 orang sahaja yang hadir, manakala 2 orang lagi tidak hadir dengan alasan masing-masing. Masturah tidak dapat hadir dengan alasan demam. Aik!! semalam elok jer tiba-tiba hari ni demam. Zakryl pula dengar cerita ada event tangkap gambar.

 

Maka 7 orang ini sahaja la yang bekerja keras mengemas stor di tingkat 6 dan stor di tingkat 3. Kerja yang dimulakan dengan stor di tingkat 6 agak memenatkan kerana perlu diasingkan kotak dan cpu dan monitor.

Demi menjaga kesihatan, semua orang mengenakan sarung tangan getah dan penutup mulut agar tidak tersedut habuk-habuk yang bukan main lagi banyaknya. Nasib baiklah aku takder alergik pada habuk, kalau tak mesti dah menggerutu kulit aku ni.

Siap sahaja kerja di tingkat 6, hari pun dah masuk tengah hari. Makanan tengah hari telah pun tersedia, menu yang cukup best menjadi pembuka selera. Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Buah-buahan dan Air Blackcurrent cukup menyelerakan.

Kami berehat sebentar sementara menunggu jam 2pm untuk sambung kerja di tingkat 3. Peluang rehat yang ada digunakan untuk rehat dan ada yang tidur. Aku pula takleh tidur, mungkin sebab aku bukan jenis suka tidur tengah hari.

Terdapat 2 stor di tingkat 3, kami selesaikan stor yang kurang barangnya, maka cepatlah selesai. Manakala stor yang satu lagi begitu banyak sekali barangnya, sampaikan tiada ruang untuk menyusun barang. Nak tak nak memang kena keluarkan dahulu semua cpu dan monitor dari stor barulah boleh disusun.

Setelah berbincang secara ala kadar dan melihat masa yang ada, kami tangguhkan dahulu kerja bagi stor yang sarat dengan barang ni. Kalau kami teruskan juga alamatnya kami akan balik malam la jawabnya. So, kenalah cari satu hari lain untuk stor yang satu ni. Apa yang tak boleh tahan ialah ada bau yang sangat-sangat tidak menyenangkan keluar dari stor ni. Boleh pengsan kalau duduk lama-lama.

Pada jam 3.30pm kami pun balik ke pantry untuk minum petang. Kuih dan Nescafe panas menjadi santapan kami petang ini. Sambil berborak mengenai pelbagai perkara dari hal sunat-menyunat, kereta dan sport rim, sampai ler ke hal pejabat yang biasanya berbaur umpatan.

Lebih kurang jam 4pm kami pun beredar dan balik ke rumah setelah penat seharian bekerja. Aku pula tunggu masuk waktu Asar barulah balik. Alang-alang katakan..

Majlis Hari Lahir Azrul Gemon Yang Ke-31

Surprise!!! but not surprise at all. Sebab my friend Mohd Azrul Gemon a.k.a Dol_Mda dah tau yang boss baru dia nak sambut birthday party untuk Dol. Ikutkan harijadinya dah lepas, so ini kiranya belated birthday party la ni.

Majlis dibuat secara tertutup sebab dah memang dalam bilik, bukan buat kat luar open space. Antara makanan yang terhidang ialah 6 set Pizza Hut berserta 2 buah kek. Sungguh enak dimakan bila ada orang belanja.

Majlis dimulai dengan nyanyian lagu “Happy Birthday” dan acara meniup lilin dan diakhiri dengan makan. Kalau dah namanya JTM jangan cerita la, semua makanan disapu bersih. Cepat jer habis tanpa meninggalkan sebarang sisa makanan.

Semuanya ditaja oleh Boss baru Dol iaitu Cik Faizah. Murah hati betul boss Dol ni, bila la Boss aku nak buat benda yang sama kat aku yer. Huhuhu…

Durian @ Tembikai

Hujan masih turun dengan renyainya. Belum ada tanda-tanda yang hujan akan reda. Maka saya dan rakan sepejabat yang menggunakan kenderaan motorsikal terpaksalah menunggu sehingga hujan berhenti.

Perut sudah mula lapar, hujan pula sudah berhenti maka salah seorang daripada kami mencadangkan untuk makan bersama di Restoran Al-Amal. Saya, Usop, Pak Cu, Cd, Zaki dan Apis makan dan minum sambil menikmati buah durian yang dijual di depan Al-Amal.

Buahnya memang baik, isinya kuning dan manis. Entah berapa biji Pak Cu beli, kami cuma makan sahaja sebab dia belanja semua malam nie. Ketika saya hendak buka salah satu durian, tangan ini licin dan risau terkena durinya.

So, dengan bangganya Cd langsi saya dengan selamba, “Sufri mana reti bukak tembikai”. Entah apa bengong Cd pikir masa tu. Aku terus gelak besar. “Hahaha”.. terus Cd senyap tak berkata apa-apa.

Tue la, lain kali jangan langsi orang. Kan dah makan diri. Kalo ngko baca blog ini Cd, so sorry to say la. Akan aku archive artikel ini buat tatapan aku sampai akan datang. Hehehe..

p/s: Thanx PakCu, sebab belanja kitorang. Semua ko murah rezeki. Amin..

Aisyah Musfirah dan Baby Ke-2

Salah seorang staff di tempat kerjaku telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang telah diberi nama Mohd Hakim. Beliau melahirkan anak yang seberat 3.77kg secara normal pada jam 1.08pm bertarikh 13 Julai 2011.

Pada hari ini, barulah kami rakan sepejabat berduyun-duyun pergi melawat baby boy secara berperingkat. Kalau ikutkan memang ler nak pergi melawat semalam, akan tetapi pada ketika itu Aisyah dan Babynya pun belum masuk wad lagi.

Aisyah di masukkan ke Wad Songket tingkat 7. Rawatan direct dari Specialist Prof Hasyim, bayaran wad dan pelbagai tak perlulah saya cerita di sini. Anda pasti tidak mahu mendengarnya. Dah namanya pun rawatan swasta, specialist pulak tu.

Muka anaknya tembam, memang serupa maknya kata salah seorang rakan yang datang melawat. Baby Aisyah sesekali menguap dan tidur sahaja walaupun cuba digerakkan beberapa kali.

Seperti biasalah apabila melawat orang baru lepas bersalin ni, ceritanya semua bab-bab bersalin, mengandung, wad, nurse, doktor itu ini, sakitlah, scissor lah, meneran dan banyak lagi. Aku yang lelaki ni, tak tau nak cerita apa. Nak join cerita salah, tak join cam kera sumbang pulak.

Selesai melawat kami pun mengundurkan diri kerana sudah hampir masuk waktu Asar. Ada lagi yang belum menunaikan solat Zohor. Anyway, tahniah Aisyah kerana dapat baby yang comel dan tembam.

Kereta Kawanku Kemalangan

Kasihan one of my officemate’s car accident. Tapi bukan dia bawa, wife dia yang bawa on that time. Cerita bermula apabila ada sebuah kereta Proton Iswara hendak masuk simpang di sebelah kiri terlajak sehingga terlanggar kereta si kawan yang sebelah kanan. Alhamdulillah semuanya selamat tiada kemalangan jiwa berlaku.

Entah macam mana boleh terlajak begitu banyak sampai terlanggar. Ini mesti kes bawa kereta sambil bertelefon takpun baca SMS. Tapi disebabkan tiada bukti dan saksi di tempat kejadian, maka kedua-dua pihak bersetuju untuk selesaikan masalah ini di luar tanpa membuat report polis.

Blood Donation

Hari ini di lobi utama Pusat Perubatan UKM ada kempen menderma darah anjuran Pusat Darah Negara. Saya dan rakan sepejabat mengambil peluang yang ada untuk menderma darah kerana peluang sebegini jarang ada. Lagipun kempen sebegini adalah kempen yang baik.

Beberapa butir diri perlu diisi ke dalam borang untuk dijadikan rekod. Kalau ikutkan ini bukanlah pertama kali saya menderma darah. Ini adalah kali kedua, yang mana buat pertama kalinya saya menderma darah di IOI Mall Puchong anjuran Pusat Perubatan UM.

Setelah puas menunggu, giliran saya pun tiba. Duduk saja di atas kerusi jongkang-jongkit, saya diberi suntikan bius sebelum jarum besar dicucuk. Satu beg darah lebih kurang 450ml banyaknya, sebab tercatat 450 di atas label. Darah mengalir agak perlahan macam badan nie taknak bagi derma jer.

Selesai derma darah, saya dan rakan disajikan dengan minuman milo dan beberapa keping roti dan biskut. Kalau sebelum nie saya akan berasa mengantuk dan pening lalat, tetapi kali ini saya berasa segar seperti tiada apa yang berlaku. Alhamdulillah tiada side effect lain setakat nie. Saya masih boleh menjalankan tugas seperti biasa.

Hari Yang Sibuk

Pagi-pagi lagi saya dah keluar untuk ke Jabatan Pendaftaran, sebab risau nombor giliran habis seperti semalam. Nasib baik la saya cepat sampai, sempat la saya dapatkan nombor giliran untuk pagi tadi. Tapi alangkah terkejutnya, nombor giliran saya ialah 1057 dan nombor semasa adalah 1006. Ini bermakna ada 51 orang yang sedang menunggu sebelum saya. Jam menunjukkan 8.30am, kalau saya tunggu bermakna tak sarapan la saya. So, saya balik ke pejabat untuk sarapan bersama rakan pejabat Dol dan Sya’hed.

Sarapan pagi tadi ialah Nasi Lemak Kunyit dan Nescafe Tarik. Sambil berbual dan makan masa pun berlalu, jam menunjukkan 9.30am. Risau nombor giliran terlajak, saya pun bergegas pergi semula ke Jabatan Pendaftaran. Apabila saya sampai, nombor semasa ialah 1034. Lama lagi rupanya, kalau saya tahu lambat lagi, jam 10am baru saya datang balik. Bersabar sajalah, kalau tidak nombor terlepas lagi susah.

Pada jam 10.30am barulah tiba giliran nombor saya 1057. Selesai serahan dokumen asal dan salinan untuk dibuat Sijil Kelahiran, saya kena tunggu nama dipanggil untuk serahan Sijil Kelahiran Original. Tunggu pun boleh tahan jugak lamanya, tapi sabar sajalah. Apa yang lama sangat saya pun tak tahu. Lebih kurang jam 11am barulah nama saya dipanggil dan Sijil Kelahiran anak saya Muhammad Umair Darwisy pun telah siap. Kini hanya kena tunggu MyKid yang akan siap dalam masa sebulan.

Selesai satu perkara, saya kena hantar surat MC isteri saya ke pejabatnya di UPM. Memandangkan jam menunjukkan 12.30m, saya jangka pasti tiada sesiapa di pejabat. So, saya balik semula ke pejabat untuk makan tengah hari. Petangnya sekitar jam 3pm saya hantar surat MC, tapi tiada sesiapa di pejabat. Nasib baiklah ada seorang student, so saya kirimkan pesanan untuk diamanahkan kepada Kak Mai (kawan sepejabat isteri saya).

Selepas itu, saya ke kedai ‘susuibu.com’ Bandar Baru Bangi untuk survey Breast Pump untuk isteri saya. Bermacam jenis dan harga, dari yang sederhana hingga ke yang termahal. Produk jenama seperti Medela, Avent, Ameda, Spectra, Mavivac dan ada beberapa jenama yang saya tidak pernah dengar. Saya berkenan dengan jenama Medela Swing kerana ianya portable dan kompak. Serta boleh gunakan bateri sekiranya perlu. Tapi harganya yang tak tahan, Rm799 untuk 1 set tidak termasuk beg dan dry ice. Nama pun survey, so kena la survey tempat lain pula. Saya cuma beli buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya khas untuk isteri saya.

Selesai survey, saya pergi ke Bank Islam untuk bayar kad kredit bagi bulan ini. Kemudian saya balik ke rumah untuk bermain bersama Umair. Sampai di rumah, isteri saya dan Umair nyenyak tidur. Mungkin letih melayan tetamu, sebab saya nampak ada banyak hadiah baru berupa hamper di atas lantai.

Pada malamnya Umair, agak segar kerana puas nyenyak tidur pada siang harinya. Saya gunakan peluang yang ada untuk  tangkap gambar bersama Umair. Inilah gambar terbaik buat masa ini. Umair nampak lebih comel apabila membuka mata. Bak kata orang Jepun, kawaii…

Apabila Umair tidur saya gunakan peluang untuk periksa suhu badannya dengan termometer elektronik yang saya baru beli semalam di Farmasi Watson. Alhamdulillah, suhu badannya normal 36.1ºc.

Majlis Perkahwinan NurMardhati dan Afiq

Semalam, pada tanggal 30 Januari 2010 adalah tarikh keramat bagi kedua pasangan pengantin iaitu NurMardhati dan Afiq. Sekitar jam 9.30pm rombongan pengantin lelaki sampai ke rumah pengantin perempuan diiringi dengan dulang hantaran.

Hanya dengan sekali lafaz akad nikah, maka NurMardhati telah sah menjadi isteri kepada Afiq. Maka bertambah lagi seorang menantu dalam keluarga Haji Md Isa dan Puan Rohani.

Pada hari ini, majlis bersanding dibuat di Dewan Seri Siantan, Putrajaya. Walaupun kedatangan tetamu agak kurang memuaskan, majlis berjalan dengan lancar. Cuma terdapat beberapa isu yang menjadi buah mulut pihak lelaki dan juga pihak perempuan.

Tugas saya membantu perkara yang berkaitan dengan Lighting dan Sound System. Manakala isteri saya, membantu PA. Dia tidak boleh buat kerja berat sangat, kerana sedang sarat mengandung. Pencahayaan di pentas pelamin agak kurang memuaskan pada awal majlis kerana controller yang mengawal lampu rosak. Hanya selepas masuk jam 3pm, barulah cahaya dari atas bumbung masuk ke dalam dewan menerangi pentas.

Saya hanya boleh makan selepas majlis hampir selesai. Apa boleh buat, kita sebagai host tuan rumah kena la buat kerja. Akan datang di pihak lelaki juga akan buat perkara yang sama. Selepas majlis selesai, barulah dibuat sesi bergambar bersama keluarga. Tidak banyak gambar yang saya dapat snap, kerana banyak masa di dalam Control Room.

Saya pula baru hendak makan, selesai saja makan saya agak terkejut kerana gelas yang saya pakai itu retak. Nasib baik la, saya minum di hujung yang tidak retak. Agak merbahaya kerana boleh mendatangkan kecederaan. Awal-awal lagi saya letak bad rating pada katering ini.

Selepas majlis selesai, kami semua balik ke rumah mak mertua saya. Di sana barulah saya dengar berbagai-bagai cerita yang kurang enak di dengar. Bermula dengan katering, pembahagian tugas di pihak keluarga perempuan dan ketidakpuasan keluarga pihak lelaki.

Isunya bermula apabila pihak katering tidak menyediakan meja VIP yang mencukupi. Pada waktu itu bermulalah kisah keluarga pihak lelaki tidak mendapat tempat duduk. Dari situ, maka bersangkut-paut kepada keluarga pihak perempuan yang tidak menjaga tetamu VIP.

Maka bermulalah perbincangan hangat di rumah mak mertuaku. Masing-masing tidak mengaku salah dengan memberi alasan masing-masing. Pada saya, apa yang lepas kita jadikan iktibar supaya perkara seperti ini tidak berulang di kemudian hari. Saya pula tidak rasa bersalah dalam hal ini kerana saya telah menjalankan tugas sebaik mungkin.

Majlis perkahwinan ini nampak meriah dan gembira dari segi luaran akan tetapi ianya secara tidak langsung menjadi buah mulut dan ketidakpuasan di pihak keluarga lelaki. Harap-harap perkara seperti ini tidak berlaku semasa rombongan keluarga pihak perempuan berkunjung ke tempat pihak lelaki. Kalau tidak, pasti ada hati yang terguris.

Walau bagaimanapun, majlis perkahwinan ini berjalan dengan lancar. Amin..

Majlis Family Day PTM 2009 di Bagan Lalang, Sepang

Nama saja Majlis Family Day PTM 2009, akan tetapi dibuat pada 2010. Ini kerana program yang sepatutnya dibuat pada 2009 terpaksa ditunda ke 2010. Majlis dibuat agak meriah, walaupun tidak bermalam seperti Majlis Family Day sebelumnya.

Pihak Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) PTM telah sebulat suara untuk mengadakan Family Day di Bagan Lalang, Sepang. Kami berkelah di tepi pantai bersebelahan Gold Coast, Sepang (bukan Gold Coast, Australia tau). Masa berkumpul adalah pada jam 9am.

Seperti biasa, saya manalah boleh datang begitu awal. Jam 9am jugaklah saya mula bergerak dari rumah. Nasiblah malam sebelumnya saya berada di rumah Semenyih. So, bolehlah gunakan jalan lama untuk ke Sepang. Perjalanan sejauh 55km (ikut kiraan takometer motorsikal) dari rumah ke Bagan Lalang mengambil masa kira-kira 1 jam lebih. Lebih tu tak ingat, sebab sampai jer di sana dah tak tengok jam.

Semua orang sampai awal kecuali saya. Acara sukan dan permainan dimulakan agak lewat kerana hendak memberi peluang kepada semua orang untuk sarapan. Jamuan yang disediakan ialah air kotak dan mihun goreng. Selepas semua orang selesai bersarapan barulah acara permainan kanak-kanak dimulakan.

Selesai acara kanak-kanak, barulah acara orang dewasa pula bermula. Permainan bowling pasir, baling tin dan limbo rock diadakan. Semua orang yang telah dibahagikan kumpulan mengikut warna. Saya pula berada di dalam kumpulan Merah.

Acara yang saya sertai ialah Baling Tin dan Limbo Rock. Kalau dahulu, tiada siapa yang boleh menandingi saya dalam permainan Limbo Rock. Tapi kini, saya nak bend perut pun dah tak boleh. Walau bagaimanapun, still saya masih dalam kedudukan teratas.

Selesai semua acara permainan, barulah disusuli dengan penyampaian hadiah. Kemudian acara memotong kek bagi menyambut Hari Jadi bagi staff yang lahir bulan Julai hingga Disember 2009. Selepas itu barulah kami menangkap gambar beramai-ramai di tepi pantai.

Sebelum balik ada makanan tengah hari disediakan. Selesai aktiviti ada yang mula hendak beredar dan ada pula yang berkhemah hingga ke petang. Saya pula terpaksa balik awal kerana isteri di rumah sedang kelaparan. Kasihan dia…

Meet Old Schoolmate

Dalam ramai-ramai kawan yang ada semasa di Sekolah Menengah Teknik Labuan. Ada seorang kawan lama yang dah pun lama terputus hubungan. Dia ialah Maswari Bin Mas’all. Satu-satunya pelajar dalam kelas saya yang dapat masuk ke universiti pada masa itu. Kami terputus hubungan kerana pada masa itu keadaan hidup dia sangat susah dan serba kekurangan.

Namun berkat usaha saya serta kawan-kawan yang lain mencari semula kawan-kawan lama untuk dihubungi mendatangkan hasil. Saya dapat menghubungi Maswari melalui laman sosial Facebook. Dari situ saya mendapatkan nombor telefon serta berjaya membuat reunion kecil-kecilan di rumah mak mertua saya.

Maswari dah pun berkeluarga serta mempunyai 2 orang anak dan bakal mendapat anak yang ke-3. Kami bercerita mengenai kisah-kisah lama dan tidak menjangka yang dia hanya tinggal sekitar Puchong. Agak dekat dengan kawasan rumah kawan-kawan saya yang lain.

Walaupun perbualan kami agak singkat, tapi penuh bermakna. Bukan senang nak jumpa semula kawan lama setelah lama terpisah. Ada bagusnya juga Facebook nie, dari sudut tertentu ianya dilihat banyak negatifnya. Namun jika dilihat dari sudut yang positif, ia boleh mengeratkan semula hubungan yang telah lama terpisah.