Nasi Lemak

Nasi Lemak ialah satu nama makanan yang tidak asing lagi di Malaysia. Bermula dari nasi lemak yang dijual digerai tepi jalan, restoran mamak, hatta hotel 5 bintang sehinggalah sajian di dalam kapal terbang. Semuanya mempunyai cara dan rasa yang tersendiri.

Nasi lemak umumnya mempunyai nasi lemak itu sendiri, kacang, ikan bilis, sambal, telur dan timun. Sesetengah penjual hanya meletak sambal dan telur dan sesetengahnya mungkin memberi pilihan yang lebih baik dengan menyediakan lauk seperti ayam goreng berempah, kerang, daging dan sebagainya sebagai variasi nasi lemak tesebut.

Pendek kata, nasi lemak memang popular sebagai menu sarapan pagi. Apa pun ianya memang makanan yang sedap kerana lemaknya. Ditambah pula menu nasi lemak itu sendiri.

Semalam adalah pertama kali saya dan rakan seperniagaan membuka gerai nasi lemak. Buat pertama kalinya kami membuka gerai di hadapan restoran mamak Al-Azwath. Pelanggan kami adalah pelanggan yang mengunjungi restoran mamak juga.

Menu nasi lemak kami biasa tidak berlauk, cukup sekadar sambal, kacang, ikan bilis, telur dan timun. Sebagai trademark untuk nasi lemak kami menggunakan daun pisang sebagai pembungkus. Yang mana kebanyakan penjual sudah beralih kepada polistiren, pembungkus plastik dan kertas minyak. Kami menggunakan kaedah tradisional sebagai daya tarikan.

Harga pengenalan jualan kami ialah Rm1. Seronok juga menjual nasi lemak di waktu malam. Sambil mencari pengalaman dan merasa sendiri bagaimana orang lain mencari rezeki dengan hanya menjual nasi lemak. Ternyata ianya tidak semudah yang dilihat.

Business Hour gerai kami ialah 8pm hingga 2am, hari sabtu dan ahad sahaja. Apabila mendapat sambutan yang menggalakkan kami akan panjangkan ke hari biasa. Kami berjaya menjual sebanyak 12 bungkus sahaja semalam. Apa pula akan terjadi pada malam ini?

Semoga semuanya berjalan lancar. Buat masa ini memang rugi dan belum balik modal, tapi itu adalah salah satu risiko yang kami dah jangka. Malam ini seperti biasa jual nasi lemak lagi. Huhuhu…