Umair Yang Manja

Awal pagi tadi, semua keluarga mertua saya bangun untuk bersahur. Kami sekeluarga bersahur hanya dengan juadah kebab home-made. Seperti biasa anakku Umair juga bangun bersahur, macam tahu-tahu saja orang hendak makan.

Umair pula bersahur dengan makanannya sendiri iaitu Baby Bites. Selesai sahaja bersahur Umair asyik hendak bermain, walaupun Umair sudah kenyang dia tetap hendak bermain. Umair hanya akan tidur apabila papa dan mama ada di sekeliling. Manja sungguh Umair ni, nak tidur mesti dekat ketiak papa.