Barbeque di Rumah

Barbeque.. Sebut saja barbeque semua orang tahu apa dia barbeque. Aktiviti panggang dan salai makanan dari sosej, ayam, fillet daging, jagung, ubi manis, seafood seperti sotong, ikan bakar dan bermacam-macam lagi.

Keluarga saya belah isteri mengadakan Barbeque sempena Hari Ibu. Ibu Mertuaku yang berada di Penang balik ke sini (Equine) untuk menghadiri majlis yang tidak seberapa ini. Lagipun pelajar USM sedang bercuti, maka kantin tempat ibu mertuaku bekerja pun tutup dan boleh ler bercuti.

Barbeque kami bukanlah dari kategori seafood, cuma dari kategori ayam dan daging serta jagung. Selebihnya adalah nasi goreng, kek yang dibawa oleh Mak Teh dan Kimi. Makanan paling grand ialah Pizza Hut yang dibawa oleh Makcik Na. Aku pula bertugas sebagai pemanggang barbeque sekaligus merangkap Chef of Barbeque. Heheh..

Aktiviti memanggang menjadi mudah kerana saya tidak perlu menggunakan kipas tangan sebaliknya menggunakan kipas berdiri elektrik. Api pun sedang dihidupkan kerja memanggang pula menjadi bertambah senang. Tapi nak mengawal api pulak menjadi susah sebab api sentiasa marak dan menyala.

My biras Afiq juga turut sama membantu dalam bab memanggang. Dia juga yang marinate semua ayam dan daging kerana sebelum ni memang dia bekerja sebagai chef di hotel. Pengalamannya sangat membantu dalam hal ni.

Ramai juga yang hadir, keluarga Mak Teh, keluarga Mak Ngah, keluarga Makcik Na dan Tok tok sendiri juga datang memeriahkan majlis Barbeque. Semua yang hadir membawa sedikit makanan untuk dikongsi bersama. Mak Teh membawa kek, Kimi juga membawa kek, Makcik Na membawa Pizza Hut.

Penuh makanan di atas meja, yang tak cukup hanya sos cili dan gelas air. Tidak ada ucapan kata alu-aluan, yang mana datang terus je ke meja makan. Ngap apa saja yang ada di depan mata. Majlis Barbeque berakhir lebih kurang jam 9.30pm. Saya pula dah penat tapi tak pula mengantuk, mungkin sebab dah tidur petang tadi. So, tak bleh tidur punya pasal maka saya coretkan sedikit di dalam blog saya ni.

Tidak ada gambar yang ditangkap oleh saya kerana bertugas sebagai Chef of Barbeque, tangan pula kotor dengan arang. Sayang pula nak pegang kamera. Nanti ada gambar dari sedara-mara akan saya paste di sini. Majlis berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Gambar dah pun siap diupload dari iPhone iparku..

Barbecue Bersama Officemate

Semalam adalah hari Sabtu, saya bersama beberapa orang officemate yang lain membuat barbecue di Prisma Perdana. Saya, Dol, Shark, Man, Jimmy, Suhana dan Along (MSB) adalah antara yang hadir ke jamuan barbecue. Semua orang membawa pasangan masing-masing bersama anak-anak.

Orang bujang seperti Jimmy dan Along pula hanya membawa perut. Hehehe.. Jimmy yang sepatutnya datang bersama kawannya, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kawan Jimmy tidak dapat menghadirkan diri. Oleh sebab makanan yang ada adalah untuk 15 orang dan yang hadir pula 10 orang. Maka makanan memang banyak sangat lebihnya.

Maka terpaksalah diberi sedikit kepada Pak Guard yang sedang bertugas. Kasihan mereka lapar takder makanan, tapi sebenarnya makanan dah berlebih-lebihan. Makanan utama seperti biasa barbecue sayap ayam dan sosej. Manakala makanan sampingan pula ialah nasi goreng, mihun goreng, beberapa jenis keropok dan pencuci mulutnya pula ialah buah.

Tapi pencuci mulut ini lain dari yang biasa kita makan. Buahnya ialah rambutan, mata kucing dan durian. Apa yang menarik ialah durian menjadi pencuci mulut. Saya pula memang suka makan durian, maka durian la menjadi finishing. Tapi tak dapat makan banyak kerana dah makan makanan yang lain. Rasanya saya makan 10 ulas durian.

Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 5.30pm terpaksa dimulakan pada jam 7pm. Ini kerana masing-masing mempunyai komitmen lain, al-maklumlah semuanya dah berkeluarga. Kasihan pula dengan Rahman sekeluarga sebab datang awal, tetapi tidak dapat bakar ayam dan sosej kerana arang dan gril yang dibawa oleh Dol belum sampai.

Saya sekeluarga yang datang lambat adalah pasangan yang juga balik awal. Nak kata awal sangat tu taklah, sebab jam dah masuk pukul 10pm. Ini kerana malam ini saya hendak balik rumah di Semenyih, dah lama tak tengok rumah. Apa la nasib rumah tu.

Barbeque Bersama Jiran

Jumaat yang lepas, jiran saya telah buat sedikit majlis barbeque yang mana tetamunya adalah di kalangan jiran-jiran terdekat di Jalan TPS 4/12. Saya dan sekeluarga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Lazimnya saya akan balik agak lewat, tetapi disebabkan ada majlis barbeque saya balik awal walaupun tidak la seawal mana.

Selepas saya balik ke rumah, saya dan isteri ke Tesco Semenyih untuk membeli sedikit barang mentah untuk dibuat dessert. Pencuci mulut la konon. Kalau ikutkan tak perlu pun semua tue, tapi dah ‘orang rumah’ nak buat saya ikutkan saja. Isteri saya cuma buat yang simple sahaja iaitu Air Buah.

Selepas maghrib barulah majlis barbeque bermula. Dapur arang untuk memanggang ayam, kambing (biri-biri sebenarnya), ikan siakap, udang dan sotong telah disediakan. Seramai 4 orang diperlukan untuk memanggang barbeque dan dibuat secara bergilir-gilir kerana penatnya boleh tahan.

Terdapat juga juadah lain seperti mihun, kek batik sarawak, pulut kuning, nugget dan beberapa lagi juadah lain yang saya tak ingat kesemuanya. Apa yang menarik semua orang serbu kambing dahulu daripada makanan yang lain. Maka terpaksa la makanan makanan yang lain sementara menunggu kambing dan ayam siap dimasak.

Lebih kurang jam 10pm  kurang tetamu sudah mula beransur-ansur untuk pulang. Tetapi ayam, kambing, sotong, ikan siakap dan udang masih banyak lagi. Mungkin kerana barbeque lambat masak, jadi tetamu sudah mula kenyang dengan makan makanan yang lain. Saya pula berbual seketika sebelum pulang ke rumah.