Setelah lama mengidam akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki Mouse Pad idaman ramai iaitu Razer Vespula. Pada asalnya saya hendak membeli Razer Destructor, akan tetapi disebabkan Razer Destructor tidak mempunyai soft gel saya lupakan hasrat niat suci lagi murni.
Jika dahulu saya memiliki Razer ExactMat, kini ialah Razer Vespula. Mempunyai fungsi yang sama dan serupa setiap side ada fungsi masing-masing iaitu Control dan Speed. Cuma perbezaan yang ketara ialah saiz Razer Vespula lebih kecil berbanding dengan Razer ExactMat. Sesuai untuk meja komputer yang mempunyai ruang yang terhad.
Razer ExactMat yang lama telah saya jual pada salah seorang rakan pejabat. So, sekarang nie pergelangan tangan dah tak sakit lagi.