2 Tiket Percuma Tayangan Perdana “Captain America”

As always saya akan buka beberapa laman web kegemaran, salah satunya ialah LowYat.Net iaitu website yang berkaitan dengan ICT dan informasi terkini mengenainya. Salah satu website yang banyak ilmu mengenai ICT yang boleh dikongsi di dalam forumnya.

Salah satu info atau iklan yang dipaparkan agak menarik perhatian saya. Dimana LowYat.Net akan memberi 125 tiket percuma kepada member yang berdaftar dengan LowYat.Net. Boleh layari di sini.

Apa yang perlu dibuat ialah saya perlu register dengan pantas dan submit sepantas yang mungkin. Sekiranya lambat, paparan “Error Detected” akan keluar yang bermakna anda telah gagal.

Pun begitu, tiket hanya release setiap 10 keping bagi setiap jam. Sejak pagi tadi sudah berpuluh-puluh tiket sudah diberi kepada yang berjaya. Hint bila tiket akan release ialah mengikuti perkembangan melalui twitter @LowyatNET.

Lebih kurang jam 9.20pm saya menunggu dengan sabar untuk register. Apabila masanya telah tiba saya dengan pantas register form yang diberikan. Thanx to my Razer Tarantula, you make me proud.

Akhirnya saya telah memenangi 10 tiket terakhir, dan saya adalah orang 2nd last yang berjaya mendapatnya. Rasa cukup bertuah, rasa tak sabar hendak tunggu hari Khamis nie. Huhuhu…

My Razer Tarantula

Setelah lama tidak digunakan, saya mula menggunakannya. Tapi ada sesuatu yang tidak kena semasa menggunakannya. Button Key huruf [i] tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Saya terpaksa menekan dengan agak kuat barulah ia dapat digunakan dan ini memang annoying.

Hanya huruf [i] yang menjadi begitu tidak pada button key yang lain. Untuk mengelakkan daripada warranty void saya pergi ke All IT tempat saya membelinya untuk claim warranty. Malangnya keyboard Razer hanya diberi jaminan warranty selama 1 tahun sahaja. Nampak gaya terpaksa la saya menghubungi Ban Leong secara direct untuk urusan membaiki.

Tempatnya saja sudah agak jauh, membuatkan saya fikir berkali-kali memandangkan masa yang saya ada agak terhad. Maka saya nekad untuk membaikinya sendiri. Satu persatu skru saya buka dengan berhati-hati bagaikan ada blueprint. Apabila semua sudah dibuka, maka terpaparlah board yang agak canggih berbeza dengan keyboard biasa yang lain.

Saya mencari tempat button key [i] yang bermasalah. Nampak seperti tiada apa-apa masalah, setelah diteliti ada sesuatu yang lain dari yang lain. Rupanya ada carbon waste pada button key [i] tersebut. Saya hanya perlu menggosok dengan cotton bud secara memusar untuk membersihkannya.

Selepas itu, saya pasangkan semula keyboard dengan berhati-hati. Hasilnya, sangat memuaskan. Saya dapat menggunakan semula button key [i] seperti sediakala. Saya cukup berbangga dapat membaikinya sendiri tanpa mengeluarkan kos. Semuanya dalam keadaaan yang baik.