Apabila orang bukan berjiwa ICT membaca tajuk ini, mesti ada yang tidak faham. Akan tetapi ianya adalah perkara biasa bagi orang yang biasa membeli produk IT. Ianya adalah sebuah modem yang dilengkapi dengan router dan ianya juga dilengkapi dengan wireless.
Fungsi wireless ini adalah untuk sharing dengan semua pengguna yang menggunakan wireless. Ianya boleh di access melalui wireless B, G dan juga N. Senang cerita untuk pengguna di rumah ianya lebih dari memadai sebagai moderate user.
Saya membeli modem ini kerana reputasi yang ada pada Cisco untuk menggantikan modem lama yang telah terkena lightning strike. Malangnya modem lama tersebut telah tamat warantinya. Oleh itu, modem baru ini sebagai penggantinya.
Jika sebelum ini, internet di rumahku sering berlaku spike semasa melayari internet. Tetapi perkara ini tidak berlaku apabila menggunakan modem Linksys ini. So, ini bermakna modem terdahulu sebelum ini memang bermasalah. Biasalah, modem yang telekom bagi free memang tidak boleh harap sangat.