Asus WX-Lamborghini Wireless Laser Mouse

Cool.. selepas lama menunggu pesanan yang saya order melalui ebay akhirnya sampai. Cukup matching dengan NetBook saya juga dengan color putih. Pasangan yang cukup sedondon dengan brand dan warna yang sama.

Cukup responsive dan mudah digunakan. Hanya menggunakan sebiji bateri AA yang didatangkan percuma bersama iaitu Duracel. Receiver wireless Nano yang tersimpan di dalam mouse membuatkan aku risau pada mulanya. Ingatkan hilang, rupa-rupanya tersorok di dalam mouse.

Tidak serabut dengan wayar berselirat seperti mouse yang lain. Apa yang penting saya berpuas hati dengannya.

Claim Warranty Failed

Petang tadi saya pergilah ke Asus Service Centre di Wisma SPS, Jalan Imbi. Nak claim warranty netbook kerana bateri dah tak boleh simpan cas. Battery indicator menunjukkan 0% sepanjang proses charging.

Bila sampai di Asus Service Centre, dengan selamba mereka kata warranty bateri dah habis. Terkejut juga sebab netbook ni baru beli bulan Februari yang lepas. Belum pun sampai setahun dah kata warranty habis.

Jawapan mudah dari mereka, warranty bateri hanya 6 bulan manakala warranty netbook 1 tahun. Ada pula claim warranty berasingan, memang menganiaya pengguna betul diorang ni. Lepas tu guna alasan policy itu dan ini.

Bila ditanya harga bateri baru, melompong juga dengar harganya. RM300 sahaja itu pun dengan 3 bulan warranty yang entah boleh tahan berapa lama. Last sekali, saya batalkan niat nak beli bateri baru. Harga yang ridiculous, tak berbaloi pula rasanya.

Bila check di e-bay boleh pula dapat bateri harga RM120 termasuk postage. Bezanya hanya Ori dan bukan Ori. Alamatnya netbook aku dah tak mobile la jawabnya. Kena cari plug point pulak, macam kelakar pun ada. Bodoh punya Asus Policy.

Task Force Hari Sabtu

Seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Jumaat, maka akan adalah kerja OverTime pada hari Sabtu ini. Semua yang terlibat adalah saya, Aziz, Saidi, Norhisham, Hedzwan, Suhaimi, Saiful Azre, Masturah dan Zakryl, 9 orang kesemuanya.

Program yang dirancang akan dimulakan pada jam 10am dan dijangka berakhir pada jam 4pm. Breakfast, Lunch dan minum petang ditanggung beres. Cuma breakfast jer yang aku tak puas hati, sebab menu hidangan adalah Kuew Teow. Aku tak makan Kuew Teow laaa..

Namun hanya 7 orang sahaja yang hadir, manakala 2 orang lagi tidak hadir dengan alasan masing-masing. Masturah tidak dapat hadir dengan alasan demam. Aik!! semalam elok jer tiba-tiba hari ni demam. Zakryl pula dengar cerita ada event tangkap gambar.

 

Maka 7 orang ini sahaja la yang bekerja keras mengemas stor di tingkat 6 dan stor di tingkat 3. Kerja yang dimulakan dengan stor di tingkat 6 agak memenatkan kerana perlu diasingkan kotak dan cpu dan monitor.

Demi menjaga kesihatan, semua orang mengenakan sarung tangan getah dan penutup mulut agar tidak tersedut habuk-habuk yang bukan main lagi banyaknya. Nasib baiklah aku takder alergik pada habuk, kalau tak mesti dah menggerutu kulit aku ni.

Siap sahaja kerja di tingkat 6, hari pun dah masuk tengah hari. Makanan tengah hari telah pun tersedia, menu yang cukup best menjadi pembuka selera. Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Buah-buahan dan Air Blackcurrent cukup menyelerakan.

Kami berehat sebentar sementara menunggu jam 2pm untuk sambung kerja di tingkat 3. Peluang rehat yang ada digunakan untuk rehat dan ada yang tidur. Aku pula takleh tidur, mungkin sebab aku bukan jenis suka tidur tengah hari.

Terdapat 2 stor di tingkat 3, kami selesaikan stor yang kurang barangnya, maka cepatlah selesai. Manakala stor yang satu lagi begitu banyak sekali barangnya, sampaikan tiada ruang untuk menyusun barang. Nak tak nak memang kena keluarkan dahulu semua cpu dan monitor dari stor barulah boleh disusun.

Setelah berbincang secara ala kadar dan melihat masa yang ada, kami tangguhkan dahulu kerja bagi stor yang sarat dengan barang ni. Kalau kami teruskan juga alamatnya kami akan balik malam la jawabnya. So, kenalah cari satu hari lain untuk stor yang satu ni. Apa yang tak boleh tahan ialah ada bau yang sangat-sangat tidak menyenangkan keluar dari stor ni. Boleh pengsan kalau duduk lama-lama.

Pada jam 3.30pm kami pun balik ke pantry untuk minum petang. Kuih dan Nescafe panas menjadi santapan kami petang ini. Sambil berborak mengenai pelbagai perkara dari hal sunat-menyunat, kereta dan sport rim, sampai ler ke hal pejabat yang biasanya berbaur umpatan.

Lebih kurang jam 4pm kami pun beredar dan balik ke rumah setelah penat seharian bekerja. Aku pula tunggu masuk waktu Asar barulah balik. Alang-alang katakan..

Repair PC “Baru” Dol

“Apalah gunanya ada seorang kawan yang mahir membaiki komputer sekiranya tidak dapat membantu kawan-kawannya yang mengalami masalah komputer”. Itulah salah satu falsafah aku dalam dunia ICT sebagai Computer Technician yang banyak cabaran dan dugaan.

One of my office mate iaitu Dol, mempunyai masalah dengan PC “Baru”nya. Entah kenapa PC tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Jangan kata nak loading Windows, BIOS pun tak dapat nak masuk.

Saya dengan hati yang terbuka secara suka rela membantu rakanku apabila diminta pertolongan. Dipendekkan cerita, mengikut pengalaman saya yang dah jadi asam garam dalam dunia membaiki komputer ni ianya adalah kerosakan Motherboard (MoBo).

So, nak tak nak kena la cari MoBo baru untuk diganti bagi menghidupkan semula PC “Baru”nya itu. Setelah mendapat gaji pada minggu lepas, Dol pun membeli sebuah MoBo baru seperti yang disarankan olehku. Tidak banyak pilihan yang ada untuk MoBo dengan soket 775 kerana ianya telah obsolete.

Setelah mendapat MoBo baru, bermulalah detik hitam dalam carrier aku sebagai Computer Technician. Berbagai-bagai dugaan dengan 1001 kemuskilan yang tidak dapat saya huraikan satu persatu di dalam blog ini kerana terlalu teknikal. Secara Am nya, saya pening dengan masalah yang tidak sepertinya.

Setelah saya gantikan MoBo baru untuk disalin ke dalam kotak casing, PC tidak dapat dihidupkan. Aik!!! pelik bin ajaib. Apa pula masalah PC ni, so nak tak nak kena la ganti satu persatu dengan komponen PC yang lain untuk mengenalpasti punca kerosakan.

Setelah hampir semua komponen PC diganti seperti RAM, CPU, Power Suppy, Monitor, Keyboard, Graphic Card, namun PC tidak juga dapat dihidupkan. Makin bertambah pening bila difikirkan semula. Entah apa yang tak kena, semua komponen baru pun masih tidak dapat dihidupkan.

Sehingga saya terpaksa membuat pengujian dengan memasangnya secara “Naked”, mana la tahu ada short circuit di dalam casing. Namun hasilnya tetap sama. Saya cuba dapatkan komponen PC yang lain untuk diuji, namun hasilnya tetap menghampakan.

Pada ketika ini, saya sudah mula putus asa dan timbul rasa bersalah kerana tidak membaiki PC rakan seperti yang dijanjikan. Duit sudah keluar, tapi PC tidak juga mahu hidup. Last sekali mungkin MoBo baru ni rosak orang kata manufacturer defect, tapi ini cuma andaian sahaja dan ianya boleh berlaku cuma kebarangkalian adalah jarang sekali.

Berita buruk mengenai ketidak upayaan PC “Baru” Dol untuk di CPR kan telah aku sampaikan pada tuannya. Dalam masa yang sama saya cuba cari jalan penyelesaian lain untuk memastikan bahawa bukan MoBo tersebut yang rosak sebelum tindakan claim warranty dibuat. Owner dah pun mengeluh, sampai tidak mahu mengambil tahu apa yang terjadi pada PC “Baru”nya itu.

Last sekali, saya dapatkan komponen PC yang terpakai tetapi in working condition untuk dicuba buat kali terakhir sebelum saya mengeluarkan laporan post mortem. Alhamdulillah, secara tiba-tiba MoBo tersebut dapat dihidupkan dan boleh masuk BIOS.

Selepas itu saya pun membuat beberapa pengujian dengan beberapa komponen PC yang lain sebelum ini untuk mengetahui punca sebenar tidak boleh dihidupkan. Oleh kerana banyak pengujian yang dilakukan saya pendekkan, so didapati rupa-rupanya ada satu lagi komponen PC yang rosak. Bukan MoBo sahaja RAM pun rosak sekali.

Juga didapati komponen PC baru yang diuji sebelum ini juga rosak, sekaligus menjawab segala persoalan di minda dan merungkai segala masalah. Komponen PC terpakai juga yang boleh dipercayai. Setelah membuat panggilan telefon, berita gembira disampaikan kepada owner PC ini.

Satu pengalaman berharga yang tidak dapat dengan hanya membaca iaitu melalui praktikal saya perolehi. Penat otak saya memikirkan masalah tersebut namun semua itu berbaloi.

Work, Work And Work

Balik saja dari bercuti sudah tentu kerja di pejabat sedang menunggu. Banyak kerja yang pending, tidak kira kerja baru atau kerja berterusan. Semuanya kena selesaikan secepat yang mungkin sebelum tiba masanya.

Server Symantec yang down sampai sekarang masih belum pulih dari kecederaan. Berbagai usaha dan cara cuba digunakan, baik cadangan dari vendor-vendor mahupun technical support yang saya dapatkan dari website Symantec.

Sedikit sebanyak aku mula tawar hati dengan produk Symantec kerana technical support tidak dapat memberi jawapan atau penyelesaian yang wajar. Apa yang perlu dibuat ialah reinstall and start from scratch kemudian gunakan backup yang ada untuk restore.

Itu bukanlah penyelesaian yang aku harapkan, kerana risikonya aku perlu reinstall semula kepada semua client PC yang berjumlah 1800 mengikut lesen yang ada. Satu kerja yang tidak boleh dilakukan dalam seminggu dua. Sebulan pun belum tentu selesai and by that time banyak PC yang dah diserang virus.

Lesen Kaspersky pula sudah hampir tamat, hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk renew. Well, yang ini aku tidak perlu risau sangat kerana bab renew lesen dan bayaran bukan di bawah bidang dan tugasku. Aku cuma technical person untuk antivirus ini.

Apa yang merisaukan ialah apabila lesen lambat diperbaharui dan berbagai masalah timbul apabila virus definition tidak dapat dikemaskini. Masalah juga ni, cuma benda macam ni aku boleh pandang sebelah mata.

Solution Backup pula perlu dibuat untuk backup semua server. Nampaknya penggunaan tape sebagai backup terpaksa dilakukan kerana kekangan bajet dalam membuat pembelian storan yang berTeRa-TeRa besarnya berakhir dengan kegagalan.

Maka aku juga yang terpaksa mencari solution backup yang menggunakan tape ini dengan mana-mana vendor IT yang ada di Malaysia ni. Pastu nak cari yang bajet harga below RM50k. Aiyak!!! Susah la ini macam tauke, mau bagus tapi mau murah.

Maka selagi kita masih bernafas selagi masih hidup, kerja, kerja dan kerja…

Cara Format USB Flash Drive Kepada Sistem NTFS

Di dalam dunia yang serba canggih dengan komputer serta gadget yang entah pelbagai jenis, rupa dan aksesori terdapat sejenis peralatan komputer yang tidak asing bagi kita iaitu Thumb Drive. Kadang-kadang orang sebut Pendrive, USB Flash Drive dan pelbagai lagi nama lain yang sama maksud dengannya.

Jika 3 atau 4 tahun dahulu, 2 GB atau 4Gb sudah dikira cukup besar ruang storan yang ada. Tetapi pada masakini ianya hanyalah ruang yang cukup terhad atau orang kata cukup-cukup makan sahaja.

Ditambah pula Flash Drive selalu digunakan untuk memindahkan atau menyalin (copy) data fail yang cukup besar. Ianya akan menjadi masalah apabila kita hendak memindah sebuah fail yang besar lebih dari 4Gb ke dalam Flash Drive walhal kita mempunyai storan sehingga 16GB, 32GB atau lebih.

Contoh fail yang besar ialah seperti fail movie seperti HD atau Full HD yang memakan storan sehingga 10Gb atau lebih, bergantung pada saiz fail itu sendiri. Secara standard Flash Drive adalah dalam format FAT32 yang mana ianya terhad kepada 4GB sahaja untuk sebuah fail.

Cara terbaik ialah format Flash Drive kepada NTFS yang mana ianya menyokong pemindahan data melangkaui 4GB tadi. Namun anda mungkin menghadapi masalah ketika hendak format kepada NTFS kerana option NTFS tidak ada di dalam task anda.

So, apa yang anda perlu buat ialah dengan mengikut langkah-langkah berikut..

My Razer To Let Go

Once upon a time, while I’m still young and single I’m one of Razer Fan. Almost all high-end Razer product on that time I bought. Razer product give me high satisfaction while playing games.

To make my Razer proud I must win every single game that I play. But all this memory became a history, because I let it go with a certain price to my colleague. Simple reason, because I have to let it go. Maybe some other time, I will collect again.

I start post on Facebook close group, every single piece of the item is being booked. The only left is Razer Barracuda and Razer Mako (while this article was written). Every second there are new comments.

Selling like Hot Cake, in Malaysia we call it “Goreng Pisang Panas”.

A picture I took from Razer website to show how this Razer product looks like. Below are my Razers..

Razer Tarantula

Razer Battlelight

Razer Lachesis

Razer Armadillo

Razer Vespula

Razer Barracuda

Razer Mako

By sufri82 Posted in Razer

2 Tiket Percuma Tayangan Perdana “Captain America”

As always saya akan buka beberapa laman web kegemaran, salah satunya ialah LowYat.Net iaitu website yang berkaitan dengan ICT dan informasi terkini mengenainya. Salah satu website yang banyak ilmu mengenai ICT yang boleh dikongsi di dalam forumnya.

Salah satu info atau iklan yang dipaparkan agak menarik perhatian saya. Dimana LowYat.Net akan memberi 125 tiket percuma kepada member yang berdaftar dengan LowYat.Net. Boleh layari di sini.

Apa yang perlu dibuat ialah saya perlu register dengan pantas dan submit sepantas yang mungkin. Sekiranya lambat, paparan “Error Detected” akan keluar yang bermakna anda telah gagal.

Pun begitu, tiket hanya release setiap 10 keping bagi setiap jam. Sejak pagi tadi sudah berpuluh-puluh tiket sudah diberi kepada yang berjaya. Hint bila tiket akan release ialah mengikuti perkembangan melalui twitter @LowyatNET.

Lebih kurang jam 9.20pm saya menunggu dengan sabar untuk register. Apabila masanya telah tiba saya dengan pantas register form yang diberikan. Thanx to my Razer Tarantula, you make me proud.

Akhirnya saya telah memenangi 10 tiket terakhir, dan saya adalah orang 2nd last yang berjaya mendapatnya. Rasa cukup bertuah, rasa tak sabar hendak tunggu hari Khamis nie. Huhuhu…

Revamp My PC

Kerjaku di pejabat mengadap PC, Server dan kadang-kadang printer. Sekali-sekala keluar masuk Data Centre yang sejuk sehingga ke tulang sum-sum. Adat kerja government, memang susah hendak beli software yang original kerana harganya yang mahal. Kadang-kadang software tersebut nampak ringkas dan memudahkan kerja sebagai Admin IT, tetapi oleh kerana kekangan bajet ianya tidak diluluskan oleh pihak kewangan.

To make my story short, saya ada sebuah software yang terhad penggunaannya kerana ianya trial. So, saya pun surf dalam internet mencari keygen yang berkaitan. Namun, ianya bukanlah keygen yang dicari sebaliknya spyware. Software antivirus memang dah detect sebagai virus, tetapi kebiasaannya keygen memang dikenali sebagai virus. Rupa-rupanya ianya memang spyware.

Muncul pop-up yang sering keluar secara berkala memenuhkan ruang dekstop tanpa perlu layari apa-apa. Oleh kerana risau banyak data penting hilang atau dicuri, saya mengambil keputusan untuk reformat PC yang saya pakai kepada Windows XP yang Original. OS yang saya pakai sebelum ni Windows 7 Ultimate yang ciplak.

Alang-alang dah revamp PC, saya pun revamp ler sekali partition tempat saya duduk agar lebih kemas, bersih dan teratur agar menepati piawaian 5S yang kini sedang berlangsung. Barang-barang hiasan yang tidak digunakan dan dirasakan menyemak saya simpan ke dalam kotak untuk diasingkan. Kerja selama 2 hari ni rasanya berbaloi walaupun penat. Lepas ni malas dah nak kemaskan semula hanya kerana 5S ni.

My New Thumbdrive

Thumbdrive baru? Kenapa? Sebabnya thumbdrive lama dah hilang, so kenalah beli yang baru untuk meggantikan yang hilang. Entah hilang di mana, saya pun kurang pasti. Sebab dah hilang, so tak tahu nak mula cari di mana.

Thumbdrive lama berjenama Pretec bersaiz 2GB telah berkhidmat kepada saya begitu lama. Rasanya ada dalam 3 atau 4 tahun, akhirnya telah tamat tempoh perkhidmatan kerana hilang tanpa dikesan. Puas cari merata tempat, di rumah, di pejabat, dalam beg dan sebagainya namun hampa.

Nasib baiklah sebelum hilang tue saya sempat buat salinan semua fail di dalam thumbdrive tersebut. Fuuhhh~ Selamat.. kalau tidak memang menangis tak berlagu. Perkara yang sama pernah berlaku pada saya suatu ketika dahulu ketika tersalah format HDD PC. All my work gone. Sadis sungguh ketika itu.

So, dipendekkan cerita saya perlu ada thumbdrive baru. Matlamat telah ditetapkan bahawa ianya mestilah support USB 3.0 bersaiz 16GB dan tanpa menggunakan cap. Sebab kalau memerlukan cap, let say the cap is missing the thumbdrive look ugly.

Setelah puas pusing keliling melihat berbagai jenis serta brand. Survey yang agak kurang berjaya, kerana tidak banyak pilihan yang ada bagi spesifikasi yang telah saya nyatakan. USB 3.0 memang tersangat sedikit yang ada di pasaran pada ketika artikel ini ditulis. Hanya ada 2 brand sahaja iaitu Transcend dan Patriot.

Dimana jenama Transcend lack dari segi cap, kerana cap jikalau hilang maka cacatlah rupanya. Manakala Patriot pula tersangatlah mahal harganya kerana ianya dalam kategori SuperSonic speed. 100MB/sec Read Speed dan 70MB/sec Write Speed, kapasiti yang cukup besar iaitu 64GB. Tetapi harganya RM689 telah membantutkan niat aku untuk memilikinya.

Setelah saya revise semula dan teliti, akhirnya saya beli thumbdrive biasa sahaja iaitu USB 2.0 kerana tujuan asal adalah untuk menyimpan data dan backup. Akhirnya sekali maka saya beli juga thumbdrive 16GB tanpa cap. Boleh tahan juga harganya sekitar RM89 untuk solid steel berbanding RM67 untuk plastik. Fikirkan jangka panjang, ianya lebih lasak dan tahan lama. Thumbdrive Hp V210W yang berkapasiti 16GB menjadi pilihan.