Canon EOS 50D firmware 1.0.8

Agak lama juga kamera kesayangan saya tidak di upgrade firmware nya. Ketika masa mula-mula beli ianya bermula dengan firmware versi 1.0.3 sehingga la keluar firmware baru 1.0.7 yang dikatakan latest pada ketika itu.

Selepas sekian lama memakai kamera, berlaku “Disaster” pada kamera ini yang tidak disangka-sangka. Sejenis error yang diberi nama code “Error 70″. Ianya berlaku setiap kali trigger kamera ditekan dan tiada gambar yang dapat diambil.

Selepas dihantar ke Canon Service Centre barulah kameraku ini dapat beraksi seperti biasa. Kini, firmware baru telah keluar secara official dari website Canon, yang mana terdapat 2 penambahbaikan yang dilakukan.

1. Improves the writing/reading speeds when using UDMA 7-compatible CF cards.

2. Fixes incorrect indications in the Simplified Chinese, Traditional Chinese, Arabic, Swedish, Spanish, Portuguese, Thai and Turkish menu screens.

Firmware baru ini tidak memberi apa-apa kelebihan pada kameraku buat masa ini, kerana saya tidak menggunakan CF Card dari kelas UDMA 7. Lainlah sekiranya saya ada CF Card baru dalam kelas UDMA 7. Apapun saya upgrade jer, tak rugi pun.

My EOS50D Keep Alive

Pada hari ini aku mendapat berita baik dari Canon Service Centre. Kamera saya yang dibaiki tempoh hari telah pun siap. Tanpa banyak bicara saya terus ke Canon Service Centre di Peremba Square untuk mengambilnya. Sampai di sana saya sedang menunggu giliran untuk dipanggil.

Apabila tiba giliran saya, voucher saya hulurkan dan pekerja Canon terus mengambil kamera saya untuk saya cuba dan uji. Warranti selama 3 bulan diberikan dari tarikh sekiranya terdapat apa-apa masalah kecuali sekiranya ianya disebabkan fungus atau kecuaian pengguna.

Selepas berpuas hati, RM808.00 saya hulurkan untuk bayaran tersebut. Apa yang dibuat oleh Canon ialah menukarkan CMOS sensor yang baru. Disebabkan “Error 70″ seperti ini sangat jarang berlaku, pihak Canon mengatakan saya adalah pengguna EOS50D yang pertama dapat error macam ni. Hohoho, bunyinya macam saya menang Jackpot. Padahal kalau boleh sesiapa pun tak mahu kena macam ni.

Mulai hari ini, kamera saya sudah boleh beraksi semula seperti biasa. My EOS50D rock bebeh!!

Error 70 on My Canon EOS 50D

What the heck… while I’m playing with my gear, suddenly it show me error 70. The camera told me to switch OFF and take out the battery and reinstall the battery and switch ON again. So, I just follow the instruction but the result still same. This is so frustrating, I try to search on the net but this problem is very rare.

No exact solution to solve this problem the only answer I have just send back to Canon Service Centre. At first I thought it was my CF card problem, but when I switch new CF Card, I get error 70 on my screen. When I search on the net, I can find few 5D MkII that get this error 70, but none on 50D. Maybe I’m the 1st luckiest person got this error. What a headache..