Dewan Raja Muda Musa

Setelah aku membelek-belek jadual exam yang telah ku muat turun (download) dari website myLMS. Tempat exam terletak di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Setelah aku mendapat maklumat tersebut, pertama sekali yang telah aku buat ialah search on google.

Dewan tersebut terletak di Seksyen 7 yang mana orang luar seperti aku memang tak biasa dengan nama seksyen-seksyen ni. Tanpa membuang masa aku terus download peta ke dewan tersebut dengan menggunakan Google Maps.

Tengah hari tadi aku telah survey jalan untuk ke sana, setelah melalui 3 roundabout dan beberapa simpang, akhirnya aku sesat sebentar kerana terlajak masuk Highway Persekutuan (Federal Highway). Kemudian terlajak lagi masuk simpang mana tah, barulah jumpa dewan yang dicari.

Rupa-rupanya, Dewan Raja Muda Musa ni terletak di belakang rumah Mak Teh (Makcik Bini Aku). Cis cis cis!!! penat jer aku pusing-pusing dalam bandar Shah Alam. Kalau aku tahu dari awal, lebih senang kalau aku terus keluar exit Federal Highway di Padang Jawa terus jumpa dewan ni.

Esok confirm tak sesat la, harap-harap aku dapat jawab exam dengan tenang. Amin..