MasterCard Terminated

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya berjaya melangsaikan hutang kad kredit sekaligus membatalkan servis yang tidak lagi saya perlukan. Mungkin agak senang dan mudah menggunakannya tetapi perit apabila di luar kawalan.

Kini saya tidak perlu risau bunga bercambah kerana kad kredit. Dapat elakkan riba yang terang lagi nyata. Lepas ni, ada 2 lagi pembiayaan yang perlu diselesaikan. Semoga usahaku dipermudahkan olehNya. Amin..

Visa Debit Card and TAP from Bank Islam

Bank Islam telah membuat Sales Carnival di Low Yat Plaza bermula 21 – 27 MAC 2011. Bermacam-macam jenis produk yang diperkenalkan. Di antaranya ialah Visa Debit Card dan TAP.

Visa Debit Card sama fungsinya dengan Kad Kredit. Bezanya ialah Kad Kredit seperti biasa kita berhutang dahulu bayar kemudian. Manakala Kad Debit pula ia akan tolak kredit terus dari akaun simpanan di dalam bank.

Setelah melihat tawaran menarik yang ditawarkan, saya pun meminta sedikit penerangan mengenai dua produk tersebut. Visa Debit Card yang ada boleh berfungsi sebagai kad ATM biasa. Penerangan ringkas diberi saya pun akur dan setuju.

TAP pula bermaksud Transact At Palm, iaitu sebagai pengguna Bank Islam saya boleh membuat transaksi hanya dengan menggunakan SMS sahaja. Tidak perlu internet, tidak perlu 3G, tidak perlu EDGE, cukup sekadar ada coverage telefon sudah memadai. Dimana saya boleh membayar bil, memeriksa baki akaun simpanan di dalam bank, membeli top-up telefon dan berbagai lagi.

Pendek kata cukup mudah dan senang, memandangkan cawangan Bank Islam agak terhad, memang wajar ada servis seperti ini. Semuanya hanya dihujung jari. Memandangkan saya adalah salah seorang pelanggan Bank Islam, semua proses penukaran Kad ATM kepada Kad Debit yang baru dibuat dengan pantas dan mudah. Manakala TAP pula hanya perlu memasang sekeping device yang halus pada SimCard telefon. Selepas ini tak perlulah ke bank selalu.

Semua ini adalah PERCUMA, tidak ada sebarang bayaran dikenakan untuk membuat penukaran dari ATM ke Debit-i atau untuk mendapatkan TAP. Maybe sebab saya pelanggan Bank Islam kot. Siap diberi free gift lagi berupa beg.

Institut Pendidikan Islam Dan Tahfiz Al-Quran (ABADA)

Sedang saya menunggu waktu untuk pulang ke rumah, saya menerima sepucuk surat dari Institut Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran (ABADA). Di dalam surat ini ada sedikit risalah memohon sumbangan ikhlas untuk membina bangunan sekolah yang terbengkalai. Ini kerana dana yang diperlukan agak besar.

Di dalam risalah tersebut tertulis ABADA merupakan antara pusat tahfiz yang terawal ditubuhkan di negeri Kedah dengan peruntukan seorang dermawan dari Kuala Lumpur. Hasrat pusat tahfiz ini untuk menambah pelajar terpaksa dilupakan kerana kekurangan bilik belajar.

Maklumat lanjut mengenai ABADA boleh dilayari di www.tahfizabada.com. Semua pembaca blog saya ini, diseru agar dapat memberi sumbangan ikhlas kepada ABADA, yang mana bantuan boleh disalurkan melalui Cek/Money Order/Wang Pos di atas nama BENDAHARI MA’HAD TAHFIZ WAL-QIRAAT (ABADA). Sumbangan melalui 2 buah bank juga boleh dilakukan iaitu Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional.

Bank Islam: MA’HAD TAHFIZ WAL-QIRAAT (ABADA) No. Akaun: 02-048-02-0035646

Bank Simpanan Nasional: BALAI ISLAM & MA’HAD TAHFIZ No. Akaun: 0211829827124372

Semoga adik-adik dan anak-anak yang sedang belajar di sana dapat mengaji dengan lebih baik dan ABADA bolehlah menambah ruang untuk menampung dan mengisi lebih ramai pelajar yang ingin belajar di bawah bumbung ABADA.

Adakah Bank Islam Syariah Compliant?

Semasa saya sedang surfing internet di laman facebook, seperti biasa ada saja news terbaru dan artikel terbaru yang dipos kepada saya. Di antaranya ialah beberapa video youtube yang pelbagai. Tetapi ada satu video yang menarik perhatian saya, iaitu ianya adalah video ceramah agama yang dikelola oleh Maulana Imran Hosein.

Pelbagai tajuk yang menarik untuk didengar oleh semua dan sedikit sebanyak membuka mata semua orang. Antara tajuk yang menarik perhatian saya ialah berkaitan dengan “Islamic Banking”. Oleh kerana saya adalah salah seorang peminjam dari Bank Islam dengan menggunakan sistem perbankan Islam (Housing Loan), sedikit sebanyak ia telah membuka sedikit minda saya.

Di dalam video ini, ada diberi contoh bagaimana Islamic Bank membuat perjanjian jual beli di mana si pembeli rumah hendak membeli rumah bernilai USD100k. Islamic Bank pula membeli rumah yang bernilai USD100k untuk dijual kepada pembeli tadi dengan nilai USD400k. Ini bermakna riba, tetapi Islamic Bank pula mengatakan terdapat perjanjian Mudharabah, yang mana ia menghalalkan riba secara backdoor.

Apa yang menarik perhatian saya ialah contoh yang diberi memang berkaitan dengan saya dimana saya membuat pinjaman perumahan dengan Bank Islam untuk membeli rumah yang bernilai RM112,344.xx dan saya perlu membayar semula dengan amaun RM375,xxx.xx (exactly amaun tak ingat). So, apa yang bermain di kepala saya sekarang, adakah Bank Islam betul-betul mengamalkan perbankan Islam sebenar?

Walaupun dahulu pernah ada perdebatan di antara Ustaz Harun Din (kalau tak silap) dengan Pak Arab berkaitan dengan Islamic Banking di Malaysia, takkan la sampai sekarang kita masih menggunakan pegangan lama. Tiada perubahankah? Apa yang menakutkan, Islamic Banking di Malaysia cuba menghalalkan riba secara halus. Wallahu a’lam..