MasterCard Terminated

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya berjaya melangsaikan hutang kad kredit sekaligus membatalkan servis yang tidak lagi saya perlukan. Mungkin agak senang dan mudah menggunakannya tetapi perit apabila di luar kawalan.

Kini saya tidak perlu risau bunga bercambah kerana kad kredit. Dapat elakkan riba yang terang lagi nyata. Lepas ni, ada 2 lagi pembiayaan yang perlu diselesaikan. Semoga usahaku dipermudahkan olehNya. Amin..

Visa Debit Card and TAP from Bank Islam

Bank Islam telah membuat Sales Carnival di Low Yat Plaza bermula 21 – 27 MAC 2011. Bermacam-macam jenis produk yang diperkenalkan. Di antaranya ialah Visa Debit Card dan TAP.

Visa Debit Card sama fungsinya dengan Kad Kredit. Bezanya ialah Kad Kredit seperti biasa kita berhutang dahulu bayar kemudian. Manakala Kad Debit pula ia akan tolak kredit terus dari akaun simpanan di dalam bank.

Setelah melihat tawaran menarik yang ditawarkan, saya pun meminta sedikit penerangan mengenai dua produk tersebut. Visa Debit Card yang ada boleh berfungsi sebagai kad ATM biasa. Penerangan ringkas diberi saya pun akur dan setuju.

TAP pula bermaksud Transact At Palm, iaitu sebagai pengguna Bank Islam saya boleh membuat transaksi hanya dengan menggunakan SMS sahaja. Tidak perlu internet, tidak perlu 3G, tidak perlu EDGE, cukup sekadar ada coverage telefon sudah memadai. Dimana saya boleh membayar bil, memeriksa baki akaun simpanan di dalam bank, membeli top-up telefon dan berbagai lagi.

Pendek kata cukup mudah dan senang, memandangkan cawangan Bank Islam agak terhad, memang wajar ada servis seperti ini. Semuanya hanya dihujung jari. Memandangkan saya adalah salah seorang pelanggan Bank Islam, semua proses penukaran Kad ATM kepada Kad Debit yang baru dibuat dengan pantas dan mudah. Manakala TAP pula hanya perlu memasang sekeping device yang halus pada SimCard telefon. Selepas ini tak perlulah ke bank selalu.

Semua ini adalah PERCUMA, tidak ada sebarang bayaran dikenakan untuk membuat penukaran dari ATM ke Debit-i atau untuk mendapatkan TAP. Maybe sebab saya pelanggan Bank Islam kot. Siap diberi free gift lagi berupa beg.

Syarat Baru Kad Kredit oleh Bank Negara

Sebut sahaja kad kredit, semua orang tahu mengenainya. Dalam kepala mesti terbayang logo Mastercard dan Visa, kerana itulah yang paling popular jika dibandingkan dengan American Express, Dinner Club dan lain-lain.

Baru-baru ini Bank Negara telah mengeluarkan syarat baru untuk memiliki kad kredit. Dimana pendapatan minima adalah RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.

Manakala bagi individu yang berpendapatan RM36,000 setahun dan ke bawah hanya boleh memiliki maksima dua kad kredit sahaja. Bagi pengguna kad kredit yang memiliki lebih dari dua kad sedia ada dikehendaki memilih hanya dua kad sahaja yang ingin digunakan sehingga tempoh akhir 2011.

Had maksima bagi kad kredit adalah tidak lebih dua kali gaji bulanan bagi setiap kad. Bagi pengguna kad kredit yang telah melebihi had maksima kredit limit dikehendaki melangsaikan hutang kredit dalam masa 2 tahun.

Syarat terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Negara berkuat-kuasa serta merta. Pada 1 Januari 2012, ciri-ciri keselamatan kad kredit dipertingkatkan bagi memberi keyakinan kepada pengguna dengan adanya Transaction Alert yang dihantar melalui SMS apabila selesainya sesuatu transaksi.

Diikuti dengan penambahan ciri-ciri keselamatan seperti Personal Identification Number (PIN) pada semua kad transaksi yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2015.

Syarat terbaru yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk mendidik pengguna supaya tidak berhutang berlebih-lebihan. So, kepada pengguna kad kredit di luar sana berpada-pada lah ketika berbelanja dengan kad kredit. Guna apabila betul-betul perlu sahaja. Jika hendak selamat, bertukar kepada debit card yang mana kredit akan ditolak secara automatik dari akaun simpanan.

p/s: Saya pun pakai kad kredit jugak.. Huhu…

By sufri82 Posted in Bank

Institut Pendidikan Islam Dan Tahfiz Al-Quran (ABADA)

Sedang saya menunggu waktu untuk pulang ke rumah, saya menerima sepucuk surat dari Institut Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran (ABADA). Di dalam surat ini ada sedikit risalah memohon sumbangan ikhlas untuk membina bangunan sekolah yang terbengkalai. Ini kerana dana yang diperlukan agak besar.

Di dalam risalah tersebut tertulis ABADA merupakan antara pusat tahfiz yang terawal ditubuhkan di negeri Kedah dengan peruntukan seorang dermawan dari Kuala Lumpur. Hasrat pusat tahfiz ini untuk menambah pelajar terpaksa dilupakan kerana kekurangan bilik belajar.

Maklumat lanjut mengenai ABADA boleh dilayari di www.tahfizabada.com. Semua pembaca blog saya ini, diseru agar dapat memberi sumbangan ikhlas kepada ABADA, yang mana bantuan boleh disalurkan melalui Cek/Money Order/Wang Pos di atas nama BENDAHARI MA’HAD TAHFIZ WAL-QIRAAT (ABADA). Sumbangan melalui 2 buah bank juga boleh dilakukan iaitu Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional.

Bank Islam: MA’HAD TAHFIZ WAL-QIRAAT (ABADA) No. Akaun: 02-048-02-0035646

Bank Simpanan Nasional: BALAI ISLAM & MA’HAD TAHFIZ No. Akaun: 0211829827124372

Semoga adik-adik dan anak-anak yang sedang belajar di sana dapat mengaji dengan lebih baik dan ABADA bolehlah menambah ruang untuk menampung dan mengisi lebih ramai pelajar yang ingin belajar di bawah bumbung ABADA.

Adakah Bank Islam Syariah Compliant?

Semasa saya sedang surfing internet di laman facebook, seperti biasa ada saja news terbaru dan artikel terbaru yang dipos kepada saya. Di antaranya ialah beberapa video youtube yang pelbagai. Tetapi ada satu video yang menarik perhatian saya, iaitu ianya adalah video ceramah agama yang dikelola oleh Maulana Imran Hosein.

Pelbagai tajuk yang menarik untuk didengar oleh semua dan sedikit sebanyak membuka mata semua orang. Antara tajuk yang menarik perhatian saya ialah berkaitan dengan “Islamic Banking”. Oleh kerana saya adalah salah seorang peminjam dari Bank Islam dengan menggunakan sistem perbankan Islam (Housing Loan), sedikit sebanyak ia telah membuka sedikit minda saya.

Di dalam video ini, ada diberi contoh bagaimana Islamic Bank membuat perjanjian jual beli di mana si pembeli rumah hendak membeli rumah bernilai USD100k. Islamic Bank pula membeli rumah yang bernilai USD100k untuk dijual kepada pembeli tadi dengan nilai USD400k. Ini bermakna riba, tetapi Islamic Bank pula mengatakan terdapat perjanjian Mudharabah, yang mana ia menghalalkan riba secara backdoor.

Apa yang menarik perhatian saya ialah contoh yang diberi memang berkaitan dengan saya dimana saya membuat pinjaman perumahan dengan Bank Islam untuk membeli rumah yang bernilai RM112,344.xx dan saya perlu membayar semula dengan amaun RM375,xxx.xx (exactly amaun tak ingat). So, apa yang bermain di kepala saya sekarang, adakah Bank Islam betul-betul mengamalkan perbankan Islam sebenar?

Walaupun dahulu pernah ada perdebatan di antara Ustaz Harun Din (kalau tak silap) dengan Pak Arab berkaitan dengan Islamic Banking di Malaysia, takkan la sampai sekarang kita masih menggunakan pegangan lama. Tiada perubahankah? Apa yang menakutkan, Islamic Banking di Malaysia cuba menghalalkan riba secara halus. Wallahu a’lam..

Lecehnya Buka Akaun Bank di CIMB

Sejak dari kecil saya suka menabung. Duit belanja yang tidak habis pakai akan saya simpan di dalam tabung. Sampai satu masa tabung saya penuh dengan syiling. Maka tibalah masa untuk saya membuka akaun bank.

Saya mula membuka akaun di Bank Bumiputra (kini dikenali CIMB). Bermula dengan RM80 saya mendapat sebuah ‘Tabung Kancil’ yang mempunyai muzik apabila duit syiling dimasukkan. Semasa saya belajar di sekolah menengah nama Bank Bumiputra telah bertukar kepada Bumiputra Commerce.

Sehinggalah saya mula bekerja di Kuala Lumpur, nama Bumiputra Commerce bertukar kepada CIMB. Walaupun namanya telah bertukar berkali-kali, saya masih tetap menggunakan CIMB kerana duit gaji saya masuk melalui bank ini.

Anakku Muhammad Umair Darwisy mendapat banyak wang semasa kelahirannya. Ramai rakan sepejabatku dan saudara-mara isteriku memberi buah tangan berupa barang dan wang.

Oleh itu, tibalah masanya aku sebagai seorang ayah membuka akaun bank untuk anakku. Wang tunai sebanyak RM450 dan cek RM500 milik Umair akan aku masukkan ke dalam bank.

Dalam fikiranku, terdapat banyak bank tempatan yang menarik minatku. Di antaranya ialah Bank Islam dan Bank CIMB. Aku berminat pada Bank Islam kerana ianya mempunyai kewangan islamic. Akan tetapi, memandangkan cawangan Bank Islam dan ATM agak terhad. Maka aku batalkan hasratku dan beralih kepada Bank CIMB.

Oleh kerana aku juga pemegang akaun Bank CIMB, aku rasa agak mudah untuk aku transfer wang dari akaunku ke akaun Umair nanti. Tapi niatku untuk membuka akaun Bank CIMB terbantut disebabkan oleh polisi bank yang padaku tidak mesra pelanggan.

Pada waktu rehat, aku mula pergi ke Bank CIMB cawangan Taman Connought kerana itulah Bank CIMB yang terdekat dengan pejabatku. Bank CIMB cawangan Bandar Tun Razak telah berpindah ke Taman Connought.

Aku mula bertanya pada salah seorang kakitangan di Bank CIMB dengan tujuan untuk membuka akaun untuk anak. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya ialah “Apa alamat anak Encik?”. Aku assume dia bertanyakan alamat pada surat beranak anakku.

Spontan aku cakap “Semenyih”. Maka kakitangan CIMB tersebut berkata “Oh! Encik kena buka akaun di Bank CIMB cawangan yang terdekat dengan alamat pada MyKad” “Disebabkan CIMB tidak mempunyai cawangan di Semenyih, cawangan terdekat ialah Kajang”

Dalam hati saya, punyalah susah nak buka akaun bank. Saya pun mula bertanya pada kakitangan tersebut “Kenapa saya kena pergi ke CIMB cawangan Kajang?” Kakitangan tersebut menjawab ”Di sini tidak boleh, Encik kena buka akaun di Kajang”.

Benci betul aku masa tu, susah payah datang macam ni pula jadinya. Sedang aku berfikir sejenak kakitangan itu menambah “Kita (CIMB) sekarang dah tak isi borang macam dulu, semua urusan kita buat secara online” Maka di situ aku dapat point untuk kenakan dia balik.

Aku pun mula bertanya “Kalau CIMB sekarang berurusan secara online, kenapa perlu saya bersusah payah ke cawangan Kajang sedangkan data dan transaksi boleh diurus secara online?” Kakitangan tersebut terdiam seperti termakan dengan kata-katanya.

Kakitangan tersebut pun kata “Ini adalah polisi kita (CIMB)”. Aku berfikir andaikata aku hendak buka akaun bank di CIMB, aku kena balik Labuan disebabkan alamat pada MyKad beralamat di Labuan. Disebabkan karenah birokrasi CIMB aku membatalkan hasratku. Aku faham sekiranya karenah birokrasi seperti ini berlaku apabila orang hendak mengeluarkan wang. Tetapi dalam kes ini, aku hendak masukkan wang.

Disebabkan sakit hati dengan CIMB, aku membuka akaun Maybank di cawangan Taman Equine berdekatan dengan rumah mertuaku. Apabila aku bertanya dengan kakitangan Maybank berkaitan dengan urusan membuka akaun untuk anak. Apa yang diperlukan ialah Sijil Kelahiran Anak dan MyKad Bapa (saya). Tanpa banyak soal kakitangan tersebut menghulurkan 2 borang untuk diisi.

Selesai mengisi borang saya disuruh tunggu, tak lama kemudian nama saya dipanggil dan urusan membuka akaun untuk anakku Umair pun selesai. Cukup mudah, senang, pantas dan mesra pelanggan. Aku tidak perlu menunggu lama, akaun pun dah siap. Saya kena ambil nombor giliran untuk memasukkan wang pula. RM450 saya masukkan melalui kaunter dan cek RM500 saya masukkan melalui mesin Cek Deposit.

Selesai semua urusan, saya dipanggil sekali lagi kerana ada hadiah untuk Umair iaitu sebuah tabung mempunyai gambar harimau melambangkan Maybank. Saya rasa inilah perkhidmatan yang sepatutnya ada pada setiap bank. Aku sekarang mula terfikir untuk menutup akaun di CIMB dan beralih kepada Maybank. Hhmmm…