Canon PhotoMarathon Malaysia 2011

Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pertandingan forografi anjuran Canon yang berlangsung di Pavilion menjadi acara kemuncak padaku. Pendaftaran dimulakan pada jam 8am, sedangkan pada jam 8.15am aku baru hendak bertolak dari rumah.

Macam tak biasa pulak, mesti keadaan pada waktu itu sesak dengan peserta-peserta yang berkerumum. Namun sangkaanku meleset apabila sampai di sana, ianya tidaklah seperti yang aku gambarkan.

Kelihatan tidak ramai seperti pertandingan sebelumnya. Mungkin disebabkan ada beberapa event yang berlangsung secara serentak di kawasan berhampiran menyebabkan keadaan menjadi begitu.

Menurut kata seorang rakan fotografiku Aime Hasan, pertandingan tahun lepas yang berlangsung di Penang jauh lebih ramai dan sesak daripada di Pavilion. Aku sendiri lihat dan buat perbezaan semasa pertandingan berlangsung di Sunway Lagoon. Memang cukup berbeza bilangannya.

Agak berbeza kali ini tema pertandingan diberikan mengikut masa dan checkpoint. Iaitu dimana tema kedua hanya akan diketahui pada jam 2pm dan tema ketiga pada jam 4pm. Setiap tema baru peserta mesti mendapatkan cop dari krew bertugas yang berada di Pavilion.

Setelah mendapat tema yang pertama iaitu “The Earth Guardian”, kami semua terkulat-kulat mencari idea dan subjek yang sesuai untuk dijadikan gambar pilihan. Susah sangat fikir kami berehat dahulu di kedai mamak berhampiran sambil sarapan, mendapatkan idea dan ilham.

Puas fikir pusing kelilingan sekitar BB Plaza dan Sungai Wang Plaza, kami akhirnya balik semula ke checkpoint kerana sudah masa untuk mendapatkan cop dan tema kedua. Apabila mendapat tema kedua “City of Colour”, semua peserta seperti mendapat buah fikiran baru dan idea.

Kemudian singgah makan tengah hari, pada waktu itu barulah idea untuk tema pertama muncul. Siap buat bermacam-macam gaya, ada yang jadi model dan ada yang tanggal baju (aku la tu). Hehehe..

Selepas dapat gambar untuk idea pertama, baru la bersemangat sikit untuk buat tema kedua. Tema kedua nampak macam senang, rupanya ianya terlalu general untuk dikupas satu persatu. “City of Colour” tidak semestinya ianya adalah bandar yang berwarna-warni, sebab judges selalunya akan berfikir out of the box.

So, sambil berfikir rupanya sudah time untuk dapatkan tema ketiga iaitu “Extraordinary of the Ordinary”. Tema kali ini memang benar-benar menguji minda kami semua. Ada yang buat gaya pelik yang menunjukkan Extraordinary dan yang mengambil gambar iklan yang kononnya extraordinary.

Tup tap tup tap, masa sudah sampai ke kemuncaknya. Kami semua pun submit gambar masing-masing di booth PC yang berdekatan. Sudah tiba masa untuk bersurai dan balik, kami pun mengundurkan diri semoga dapatlah e-mel yang menggembirakan daripada Canon nanti.

Canon PhotoMarathon Malaysia 2011

Canon PhotoMarathon Malaysia kini kembali lagi. Pertandingan akan berlangsung pada 15hb Oktober 2011, bertempat di Bukit Bintang Entrance, Pavilion Kuala Lumpur bermula jam 8am hingga  jam 9pm. Tarikh tutup pendaftaran ialah 19 September 2011. Masih ada banyak masa untuk mendaftar.

Kali terakhir aku mengikuti Canon PhotoMarathon Malaysia ialah pada tahun 2009. Pada masa itu event berlangsung di Sunway Lagoon dengan T-Shirt berwarna merah sebagai goodies. Walaupun tidak menang, tapi cukup seronok kerana merasai pengalaman baru. Walaupun namanya ialah Canon PhotoMarathon, semua jenis kamera dari pelbagai brand boleh join masuk.

Pada tahun 2010, Canon PhotoMarathon berlangsung di Tanjong City Marina, Penang. Disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat menghadiri event tersebut pada tahun lepas. Tapi pada tahun ini, harap-harapnya tiadalah masalah lain.

Cuma pada tahun ini, Canon telah mula mengenakan bayaran pendaftaran RM20 untuk pendaftaran online dan RM25 untuk Walk-In. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, hanya peserta bukan Canon sahaja yang dikenakan bayaran pendaftaran. Menurut iklan yang dipaparkan, collection dari bayaran pendaftaran akan didermakan kepada organisasi kebajikan.

Click Canon PhotoMarathon to register