Tefal ActiFry Black

Pada November yang lepas, saya telah membeli sebuah fryer tanpa menggunakan minyak. Konsepnya adalah sama seperti oven with blower fan cuma dalam scale yang lebih kecil. Mengapa saya memilih produk ini? Terus terang saya katakan, saya terpengaruh dengan iklan di TV. Hahaha..

PRO

Setelah hampir 2 bulan memakai produk ini, rasanya sudah tiba untuk saya memberi simple review berkenaan produk ini. Tefal ActiFry seperti di dalam iklan memaparkan, memasak Chips (British) a.k.a Fries (American) hanya dengan menggunakan satu sudu minyak masak. Cukup mudah dan kuranglah penggunaan minyak (kurang kolestrol juga).

Kalau dahulu, nak masak Fries memang terpaksa menggunakan banyak minyak. Kalau api tak cukup kuat, fries tu makan minyak. Kalau api kuat sangat, hangus la pulak fries tu. Kini dengan adanya Tefal ActiFry, saya tidak perlu risau Fries hangus, terlebih minyak dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik, fries yang telah dimasak sama seperti fries yang dijual di restoran KFC mahupun McD. Hohoho.. kalau nak merasa Chips a.k.a Fries di rumah memang wajib guna Tefal ActiFry. Best of the best la senang cerita, berbaloi-baloi bak kata frasa iklan di Malaysia.

CON

Apa yang tak berapa nak best berkenaan produk ini ialah ianya sangat bising. Bunyinya saja dah macam vacuum cleaner. Masa mula-mula pasang tu terkejut juga kerana bunyinya yang agak kuat, ingatkan rosak. Tapi bila dah lama-lama pakai barulah tahu yang ianya memang begitu.

Ianya mempunyai timer dan buzer akan berbunyi apabila countdown telah habis. Namun oleh kerana bunyinya yang agak kuat dan bising, bunyi buzer tersebut tenggelam ditelan bunyi yang lebih kuat.

Model yang saya beli adalah muatan 1kg, oleh itu sistem pengoperasiannya adalah secara manual. Apabila cukup sahaja masa, ianya hendaklah di OFF kan kalau tidak alamatnya hangus ler masakan anda.

Berbanding dengan model 1.5kg khas untuk family, ianya mempunyai sistem automatik dimana apabila timer telah habis secara automatik ianya akan OFF sendiri. Namun model ini lebih mahal harganya, sebab itulah saya beli model yang rendah kapasitinya.

Haba yang terhasil dari ActiFry ini boleh menyebabkan False Alarm sekiranya rumah anda mempunyai Smoke Detector. Entah berapa kali saya pakai ActiFry, Smoke Detector asyik berbunyi sahaja. So bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku, saya tutup pintu dapur.

CONCLUSION

Produk ini memang best, senang digunakan, fries dimasak seperti di McD mahupun KFC. Mudah untuk dibersihkan dan kurang penggunaan minyak. Namun oleh kerana ianya agak bising, buzer timer yang bunyinya seperti hidup segan mati tak mahu, sentiasa buat False Alarm pada Smoke Detector di rumah, saya hanya berikan 3 out of 5. Kalau tidak, memang saya akan beri markah 5.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s