Sofea Nama Diberi

Masuk sudah hari ke-7, segala teka-teki pun terjawab. Nama baru anak kepada Nono dan Afiq ialah Sofea. Just “Sofea”, simple and nice. Petang tadi, Afiq membawa 2 orang Ustaz untuk mencukur rambut anak sulong mereka.

Dalam proses mencukur rambut, Sofea kerap menangis mungkin kerana dicukur rambutnya. Bak kata Ustaz, kulit kepalanya halus dan lembut. Mungkin Sofea terasa sakit apabila rambutnya dicukur.

Namun Sofea senyap kembali apabila diberi susu. Segala proses mencukur berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selepas ini, rambut Sofea perlu ditimbang untuk mengetahui jumlah berat rambut.

Nono dan Afiq Menjadi Parent

Pada hari ini adalah tarikh yang menjadi sejarah buat Nono dan Afiq. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana telah bergelar Ayah dan Ibu. Seorang puteri telah dilahirkan pada 20hb Februari 2012 beratnya pula hanya 2.5kg sahaja.

Menurut cerita dari Nono, hanya dengan sekali push baby girl mereka pun dilahirkan. Sempurna cukup segala sifat, berkulit cerah macam mama dia. Nama pula mereka hendak namakan pada hari ke-7, entah apa punya surprise la diorang ni. Gambar pun diorang tak bagi upload kat Facebook.

 

Kalau Facebook tak boleh, saya upload ke Blog saya ni. Wahaha.. takyah tunggu 7 hari. Maka dengan ini bertambahlah seorang lagi cucu Haji Md Isa dan Puan Rohani. Umair pun cukup seronok dapat jumpa baby baru juga merupakan cousinnya yang ke-2.

Beruntung kedua-dua belah pihak keluarga dapat datang sekali untuk melihat cucu baru masing-masing. Bagi pihak keluarga Afiq, puteri sulong ini merupakan cucu pertama dalam keluarga. Manakala keluarga Nono pula adalah cucu ke-2 selepas Umair.

Puteri baru Nono dan Afiq ini lebih banyak menguap dan suka tidur. Orang ramai datang melawat dia lebih suka tidur sahaja. Comel pula tengok, orang kata muka baby baru macam muka Nono sebab dahi luas. Ye la kot, tapi sebab kecik lagi susah nak cakap. Dah besar sikit nanti baru nampak ikut muka siapa.

By sufri82 Posted in Family

UK’s VISA Has Been Approved

Setelah puas menanti, akhirnya VISA yang ditunggu-tunggu tiba jua. Syukur alhamdulillah, VISA saya dan Umair telah diluluskan oleh pihak kedutaan. Walaupun luar dari perancangan, tetapi kelulusan itulah yang diharapkan.

Penat jadi runner dari rumah ke Wisma MCA untuk mengambil dokumen yang penting ni. Tiada rejection, hanya sekeping sticker VISA tertampal pada Passport saya dan Umair. Maka bermulalah dari hari ini, tiba-tiba saya menjadi bertambah sibuk dengan pelbagai urusan.

Banyak benda yang perlu diuruskan lebih-lebih lagi semua ni penting untuk perjalanan. I’m a busy man..

99 Nama Allah Dan Maknanya

Allah-Lafaz – Yang Maha Besar dan Maha Agung
Ar-Rahmaan – Yang Maha Pemurah.
Ar-Rahiim – Yang Maha Penyayang.
Al Maalik – Yang Maha Menguasai.
Al Qudduus – Yang Maha Suci.
As Salaam – Yang Maha Sejahtera.
Al Mu’miin – Yang Maha Pengaman.
Al Muhaimin – Yang Maha Menjaga, Mengawasi, Memerintah dan Melindungi semua makhluk.
Al ‘Aziiz – Yang Maha Mulia.
Al Jabbaar – Yang Maha Berkuasa.
Al Mutakabbir – Yang Maha Agung.
Al Khaaliq – Yang Maha Pencipta.
Al Baari’ – Yang Maha Mengadakan.
Al Mushowwir – Yang Maha Pembentuk rupa.
Al Ghaffaar – Yang Maha Pengampun.
Al Qahhaar – Yang Maha Kuasa (Pemaksa).
Al Wahhaab – Yang Maha Pengurnia.
Ar Razzak – Yang Maha Pemberi Rezeki.
Al Fattaah – Yang Maha Membukakan.
Al ‘Aliim – Yang Maha Mengetahui.
Al Qaabidh – Yang Maha Menyempitkan.
Al Baasith – Yang Maha Meluaskan.
Al Khaafidh – Yang Maha Menjatuhkan.
Ar Raafi’ – Yang Maha Mengangkat.
Al Mu’izz – Yang Maha Memberi Kemuliaan.
Al Muzill – Yang Maha Memberi Kehinaan.
As Saami’ – Yang Maha Mendengar.
Al Baashir – Yang Maha Melihat.
Al Haakim – Yang Maha Menetapkan Hukum.
Al ‘Adl – Yang Maha Adil.
Al Lathiif – Yang Maha Lemah Lembut.
Al Khabiir – Yang Maha Amat Mengetahui.
Al Haliim – Yang Maha Penyantun.
Al ‘Azhiim – Yang Maha Agung.
Al Ghafuur – Yang Maha Pengampun.
Al Syakuur – Yang Maha Menghargai.
Al ‘Aliyy – Yang Maha Tinggi.
Al Kabiir – Yang Maha Besar.
Al Hafiizh – Yang Maha Memelihara.
Al Muqiith – Yang Maha Pemberi Kecukupan.
Al Hasiib – Yang Maha Menghitung.
Al Jaliil – Yang Maha Luhur.
Al Kariim – Yang Maha Pemurah.
Ar Raqiib – Yang Maha Teliti.
Al Mujiib – Yang Maha Mengkabulkan.
Al Waasi’ – Yang Maha Luas.
Al Haakim – Yang Maha Bijaksana.
Al Waduud – Yang Maha Mengasihi.
Al Majiid – Yang Maha Mulia.
Al Baa’ith – Yang Maha Membangkitkan.
Asy Syahiid – Yang Maha Menyaksikan.
Al Haq – Yang Maha Benar.
Al Wakiil – Yang Maha Menjaga Penyarahan.
Al Qawiyy – Yang Maha Kuat.
Al Matiin – Yang Maha Perkasa.
Al Waliyy – Yang Maha Melindungi.
Al Hamiid – Yang Maha Terpuji.
Al Muhshii – Yang Maha Penghitung.
Al Mubdi’ – Yang Maha Memulai.
Al Mu’iid – Yang Maha Mengulangi.
Al Muhyii – Yang Maha Menghidupkan.
Al Mumit – Yang Maha Mematikan.
Al Hayyu – Yang Maha Hidup.
Al Qayyuum – Yang Maha Berdiri Sendiri.
Al Wajiid – Yang Maha Mewujudkan.
Al Majiid – Yang Maha Mulia.
Al Waahid – Yang Maha Esa.
As Shomad – Yang Maha Diperlukan.
Al Qaadir – Yang Maha Kuasa.
Al Muqtadir – Yang Maha Menentukan.
Al Muqaddim – Yang Maha Mendahulukan.
Al Mu’akhkhir – Yang Maha Mengakhirkan.
Al Awwal – Yang Maha Awal.
Al Aakhir – Yang Maha Akhir.
Az Zhaahir – Yang Maha Nyata.
Al Baatin – Yang Maha Tersembunyi.
Al Waliy – Yang Maha Menguasai.
Al Muta’aali – Yang Maha Agung.
Al Barr – Yang Maha Menerima Taubat.
Al Muntaqim – Yang Maha Penyeksa.
Al ‘Afuw – Yang Maaf Pemaaf.
Ar Ra’uuf – Yang Maaf Belas Kasihan.
Malik al Mulk – Yang Maha Menguasai Kerajaan.
Zul Jalaal wal Ikraam – Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
Al Muqsith – Yang Maha Mengadili.
Al Jaami’ – Yang Maha Mengumpul.
Al Ghaniy – Yang Maha Kaya.
Al Mughni – Yang Maha Pemberi Kekayaan.
Al Maani’ – Yang Maha Menolak.
Ad Dhaarr – Yang Maha Pemberi Manfaaf.
An Nuur – Yang Maha Bercahaya.
Al Haadi – Yang Maha Pemberi Petunjuk.
Al Baadi’ – Yang Maha Mencipta Perkara Baru.
Al Baaqi – Yang Maha Kekal.
Al Waarith – Yang Maha Mewarisi.
Ar Raasyid – Yang Maha Sedar.
As Shabbuur – Yang Maha Penyabar.

Umair Rindu Mama

Saya, Umair dan eZal sekeluarga pergi menghantar Abah di KLIA kerana hendak balik ke Labuan. Oleh kerana masih ada sedikit masa, kami pergi ke McDonald untuk makan ais krim bersama.

Umair pula memandang ke arah International Boarding, tempat di mana kami pernah menghantar mama Umair sebelum berlepas ke OverSea. Seketika Umair memanggil mamanya beberapa kali “Mama.. mama.. mama”.

Walaupun Umair masih kecil, dia masih ingat akan mamanya. Tersentuh hatiku melihat Umair yang rindukan mamanya. Apabila aku cuba suapkan ais krim yang menjadi kegemaran Umair, buat pertama kalinya dia menolak seolah-olah tidak ada selera makan.

Melihat keadaan itu, Atuk Umair membawanya berjalan-jalan sekitar sebelum kami menghantar beliau ke Domestic Boarding. Kalau Umair besar sedikit mungkin dia akan menangis memanggil mamanya. Sabar yer Umair, nanti kita jumpa mama..

Umair Hantar Mama Ke KLIA

Segala persiapan untuk ke Glasgow telah dibuat. Bermacam-macam urusan yang berkaitan sebelum bertolak dilakukan pada hari ini. Pagi-pagi lagi dah bangun untuk keluar breakfast sekeluarga di kedai nasi kandar Hameed. Sebab lepas ni memang dah tak jumpa kedai mamak kat sana.

Tengah harinya, kami menguruskan barang yang perlu dibawa oleh wife saya. Oleh kerana limitation baggage ialah 20kg. Maka terpaksa la kami catu barang mana yang lebih penting untuk dibawa. Sehinggakan alat penimbang pukal digunakan untuk tujuan itu.

Setelah limit barang telah dicapai iaitu 20kg. Kami pack juga extra barang 8kg just in-case kalau pihak MAS benarkan bawa barang lebih sedikit dari muatan. Kalau tidak dibenarkan barulah tinggalkan untuk dibawa pulang.

Lebih kurang jam 8pm, kami bertolak ke KLIA. Hassan dan Zehan dah sampai di KLIA lebih awal untuk menghantar my wife sebelum bertolak. Ketika check-in, pegawai MAS yang bertugas membenarkan untuk masukkan extra baggage. Alhamdulillah.. cuma barang tersebut perlu di wrap terlebih dahulu.

Selesai urusan check-in kami sekeluarga makan di McDonald. Hanya di Malaysia sahaja yang halal, kalau di Glasgow jangan harap la nak makan McD kecuali Fillet-O-Fish. Sambil makan Zehan beri beberapa nasihat yang perlu untuk wife saya kerana Zehan pernah ke sana sebelum ini.

Apabila sampai waktu kemuncak, wife saya terpaksa bertolak kerana masa untuk bertolak semakin hampir. Pada waktu inilah perasaan sedih menyelubungi wife dan keluarganya. Bergenang air mata apabila sorang demi seorang keluarga di salam buat kali terakhir, kerana tempoh 3 tahun adalah jangka waktu yang panjang.

Umair pula tidak menunjukkan rasa sedih hanya sedikit kehairanan. Al-maklumlah, Umair masih kecil lagi. Kalau dia besar sedikit mungkin dia juga akan sedih kerana mamanya akan pergi dahulu. Tapi ini semua hanya untuk sementara, kerana apabila VISA Umair dan saya lulus, barulah Umair dapat jumpa dengan mamanya.

Ketika mama Umair masuk ke bahagian International Boarding, Umair dari atas memanggil mamanya dari jauh. “Mama.. mama.. mama.. Gen”. Maksud Umair “Mama.. mama.. mama.. nak Vitagen”. Suasana sedih tiba-tiba pecah apabila Umair berkata “Gen”.

Kasihan Umair, lepas ni Umair tidur dengan papa la yer.. selang beberapa minggu baru dapat jumpa mama.

Party Birthday Umair Yang ke-2

Happy Birthday Umair.. itulah ucapan yang diawalkan kerana Birthday Partynya diawalkan dari masa sebenar. Ini kerana mama Umair akan bertolak ke Glasgow lebih awal iaitu 7hb Februari 2012. So untuk sambut birthday Umair pada tarikh sebenar adalah mustahil.

Namun kita hanya merancang, tuhan jua yang menentukan segala-galanya. Party birthday Umair yang dirancang kurang mendapat sambutan kerana ramai di kalangan jemputan tidak dapat menghadirkan diri kerana bercuti, balik kampung, kenduri kahwin dan sebagainya.

Cuti panjang la katakan, cuti 4 hari memang ler kesempatan seperti ini orang akan balik kampung atau bercuti. Oleh kerana itu, maka banyaklah makanan yang tidak habis. Cup Cake, Birthday Cake, Sate, Laksa Penang, Aneka Kuih dan banyak makanan lain tidak habis dimakan.

Nak kata wrong timing tidak juga, sebab memang betul la buat hari cuti iaitu hari Sabtu. Takkan ler nak buat hari bekerja, nanti siapa pula yang nak datang. Tapi bila cuti tu panjang, macam ini ler pula jadinya.

Apa pun Umair tak kisah, sebab apa yang penting dia Happy…

VISA to UK – Day 3

Hari ketiga merupakan hari terakhir saya membuat permohonan VISA. Ini kerana permohonan saya telah diterima oleh pihak VFS. Pada pagi sebelum saya dan Umair ke Wisma MCA, saya pergi translate surat Cuti Tanpa Gaji saya untuk menguatkan lagi permohonan VISA saya.

Saya buat di Palace of Justice, Putrajaya. Bahagian Mahkamah Rayuan di tingkat 2 ada translator yang bertauliah. Agak lama juga proses menterjemah kerana boleh lihat betapa sibuknya keadaan di sini. Boleh dilihat bermacam-macam gaya peguam yang ada di Malaysia ni.

Selesai sahaja ke urusan terjemahan yang mengambil masa hampir 2 jam dengan bayaran RM110. Saya terus ke balik ke rumah untuk membawa Umair sekali ke VFS untuk proses VISA seterusnya. Perjalanan kami begitu lancar sampai la di persimpangan Jalan Ampang baru la masalah baru timbul.

Apabila sampai sahaja di persimpangan Jalan Ampang, jalan semakin sesak dengan banyaknya kereta yang parking di tepi jalan. Hairan sekejap apa yang sudah berlaku, rupanya MCA ada buat event pada hari itu. Parking di Wisma MCA pula penuh, juga di bangunan bersebelahan.

Masa pula semakin suntuk, Umair pula telah lena dibuai mimpi. Setelah 3 kali tawaf KLCC, akhirnya saya park kereta di tepi jalan berdekatan dengan Citi Bank. Kalau kena saman aku redha jer la, yang penting urusan VISA perlu diselesaikan.

Terpaksa la aku dukung Umair yang masih tidur sambil membawa dokumen. Nak naik lif pun satu hal, ramai sangat orang pada waktu ini. Rasa macam berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

Sampai di VFS saya terus baringkan Umair di kerusi dan uruskan dokumen untuk membuat VISA. Ketika saya sedang berurusan dengan kakitangan VFS, Umair tiba² terjaga dari tidur dan memanggil “Papa”. Rupanya Umair dah terjaga dari tidur, terus saya dapatkan Umair dan menguruskan dokumen sambil dukung Umair.

Apabila semua dokumen yang diperlukan telah diperiksa, barulah pegawai VFS berpuas hati dan hanya perlu tunggu untuk membuat biometric ID. Selang 10 minit namaku dipanggil ke bilik khas untuk membuat imbasan biometric. Umair pula kerana baru berusia 2 tahun tidak perlu melakukan biometric.

Apabila semuanya sudah selesai, barulah aku merasa lega. Sejak dari pagi belum sarapan, makan tengah hari juga belum. Betul² macam orang berpuasa, bezanya aku ada minum air kosong sahaja. Sangat-sangat exhausted.

VISA to UK – Day 2

Oleh kerana kami tidak membuat appointment untuk hari ini kami terpaksa bergegas keluar seawal jam 6.30am pagi untuk ke VFS. Bangun punyalah awal, Umair pun sama bangun awal.

Hari Khamis semua orang yang bekerja di Kuala Lumpur sudah mula masuk kerja dan besar kemungkinan jalan akan menjadi sesak semula. Kami terpaksa parking kereta di Stadium Bukit Jalil dan menaiki LRT untuk ke sana.

Dari LRT Bukit Jalil kami transit di LRT Masjid Jamek, kemudian kami tukar train Putra LRT Masjid Jamek untuk ke KLCC. Inilah kali pertama buat Umair naik train, merasai pengalaman baru menaiki train adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Umair. Mungkin kerana LRT ni banyak sangat goyang dan bunyi bising.

Sampai di KLCC kami mula berjalan kaki ke Wisma MCA, terasa jauh dan lenguh berjalan sambil saya mendukung Umair yang dah hampir mencapai berat 20kg. Diharap semua susah payah untuk membuat VISA kali ini berbaloi.

Rupanya selepas satu, ada satu lagi masalah lain timbul. Certified Copy yang diperlukan perlulah di cop dan ditandatangan oleh Lawyer atau Peguam. Kakitangan Kerajaan Kumpulan A yang lain seperti tidak laku untuk apply VISA, walaupun cop datang dari Dekan Universiti yang berpangkat Professor.

Sekali lagi kami terpaksa balik dengan perasaan hampa, kena pula cari pejabat peguam untuk selesaikan masalah Certified Copy nih. Balik dah tentu kena jalan kaki, sebab semasa datang pun dah naik LRT.

Penat berjalan kami singgah di Restoran Nasi Kandar Pelita. Servis punyalah teruk, nak kata ramai sangat pelanggan takder la ramai mana, lengang jer. Pekerja nampak jer ramai, tapi bila dipanggil untuk ambil pesanan semua angguk macam faham tapi buat tak tahu.

3 hingga 4 kali panggil barulah pelayan restoran ni nak datang ambil order. Aku ni dah la penat berjalan, dukung anak lagi, VISA pula tak boleh nak proses. Silap haribulan mau kena maki pekerja restoran ni. Nasib baiklah aku ni penyabar orangnya. Huhhh..

Petangnya saya pergi cari pejabat guaman untuk certified salinan dokumen yang perlu. Satu salinan yang dicop RM4 dikenakan. WoW, aku ada 97 salinan yang perlu disahkan, mati aku nak bayar. Melalui budi bicara peguam tersebut saya hanya dikenakan RM1 bagi setiap cop. So, saya hanya bayar RM97. Tapi itu pun dah besar jumlahnya. Huhuhu..

Mungkin lawyer tu baik hati sebab hari Ahad ni dia akan berkahwin. Semoga majlis perkahwinannya berjalan lancar. Amin..