Activity · Pertandingan Badminton · Pusat Perubatan UKM

Team “Angry Birds 1” – Match 1

Kekuatan player JTM berada di dalam team “Angry Birds 1”. Di mana player yang berpotensi untuk menang dengan erti kata lain “Pasti Menang” telah dipilih untuk masuk ke dalam team ini.

Pada pusingan pertama, pasukan bergu lelaki “Angry Birds 1” iaitu Farhan dan Saiful, telah bertemu dengan pasukan Radiology. Kedua-dua pasukan sama-sama hebat. Setiap pukulan demi pukulan sentiasa meletup dengan libasan smash. Setiap bola yang drop mampu disambut oleh Farhan dengan baik.

Permainan net yang dipersembahkan oleh Farhan cukup menarik dan disudahi dengan libasan smash oleh Saiful sebagai penutupnya. Walaupun kelihatannya seperti menang mudah, hakikatnya tidak begitu. Pasukan Radiology berjaya mengejar mata dan ini membuatkan permaianan semakin menarik dan agak suspen.

Menang pada pusingan pertama telah memberi laluan mudah kepada pasukan bergu wanita iaitu Faizah dan Azrina. Kekuatan pasukan wanita Radiology agak rapuh telah memberi kemenangan mudah kepada bergu wanita “Angry Birds 1”. Secara rasminya, kemenangan “Angry Birds 1” telah memberi inspirasi kepada bergu lelaki di pusingan ketiga.

Setelah selesa mendapat kemenangan, pusingan ketiga adalah untuk mengutip mata. Setiap mata cukup berharga kerana pasti ada lawan yang lebih kuat. Sharulhizad dan Rahman bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun kemenangan telah berada di dalam tangan.

Kekuatan yang ditonjolkan oleh pasukan Radiology tidak kurang hebatnya. Servis bertukar-tukar, mata dipungut agak rapat di antara satu sama lain. Di awal persembahan seperti ada harapan menang, tetapi disaat-saat akhir cukup cemas. Namun, akhirnya kemenangan tetap berpihak kepada “Angry Birds 1”.

Leave a comment